抖阴社区

Episode 35?

Mula dari awal
                                        

"Kau ni jangan lah cakap macam ni ahhhh!"

Baru sahaja air matanya mahu berhenti ni dah nangis balik, Aiman mengusap-ngusap badan belakang Damia cuba menenangkan sang isteri,

"Sorry Aiman aku ambik first night kau, patutnya sekarang korang you know uhm uhm"

Sempat lagi Carla membuat lawak dengan keadaannya sekarang, Aiman, Damia dan Madison terpinga,

"Kau ni tak lawak au"

Aiman berdecik marah,

Carla ketawa kecil,

"Betul lah"

"Alah benda tu bila-bila boleh"

Selamba Aiman bertutur kata tidak pandang kanan kiri, dengan sekuat hati Madison dibelakang menepuk bahu Aiman kuat,

"Kau jangan otak kuning boleh tak?!"

Aiman mengusap-ngusap bahunya, ni minah ni tepuk ke tumbuk ni sakit bodoh,

Carla tersenyum melihat sahabat-sahabatnya tidak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang, Damia dan Aiman yang dia kenal dari sekolah menengah, Madison yang dia kenal dari University STENFORD, sejenak dia teringat kenangan lama, kenangan Madison memeluknya tiba-tiba karena mengingat dirinya adalah ibu Madison, segala kenangan terimbas di kepala Carla,

Sedang termenung jauh tiba-tiba Carla teringat,

"Mika mana?"

"Mika ada kat luar nak aku panggil ke?"

Carla mengangguk kepalanya laju, dia sangat merindukan anak lelaki nya, walaupun sehari tidak nampak wajah baby Mika hari-hari Carla terasa kosong tidak bercahaya,

"Mama!"

Dengan lajunya Mika berlari dengan kecilnya kearah Sang mama, rindu dia sangat rindu,

"Mama tak mati kan?"

Ketawa kecil Carla mendengar pertanyaan polos sang anak,

"Tak sayang, mama sehat"

"Kalau sehat kenapa mama naik Ambulance?"

"Mama penat je"

Mendengar mamanya menipu Mika bersilang tangan, muncungnya termuncung panjang kedepan seperti itik,

"Mama ni cakap macam lupa yang anak mama ni genius"

Susah untuk percaya tapi dalam usia yang muda Mika sudah boleh membaca, dan mengira, jadi benda ini semua memang dia tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan, dia tahu apa itu Kanser dia tahu apa itu juga mati,

"Sayang sini?"

Mika memandang Papanya yang sedang bersandar didinding bilik hospital, setelah melihat sang papa mengangguk memberi kebenaran Mika dengan cepat naik ke katil bersize besar mamanya itu, maklum lah bilik hospital peribadi,

Mika dekat erat memeluk mamanya membenamkan mukanya kedada sang mama,

"Mika... Mama tahu anak mama ni bijak genius, tapi sayang..."

Kepala Mika dielus lembut,

"Mika boleh nangis, boleh lemah didakapan mama, Kalau sakit Mika tak perlu simpan, lari lah ke mama peluk lah mama"

Carla tahu anaknya dari kecil selalu menyimpan perasaannya, dia tidak mahu Mika memendam segalanya sendiri, selagi dia masih ada dia nak Mika mendapat hidup yang bahagia riang ceria,

"Tapi mama pun sakit"

"Sakit mama, mama boleh tanggung, mama Mika kan kuat"

Mika mengangguk, mukanya masih disembamkan kedada sang mama,

I'M NOT HER (Is In The Process Of Editing)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang