抖阴社区

Plot 24: Nikah

Mula dari awal
                                        

11:56

Skrin telefon dipadamkan semula.

"Hani... Kau dah ready nak ke masjid? Walid dah telefon tadi."

Nafasnya ditarik dan dihembus panjang.

"Nak tak nak, aku kena pergi juga... Ini yang Walid nak..."

Hani bangun dari bangku dan meletakkan telefonnya di atas meja solek lalu mendekati Asma.

"Tu, telefon tu?"

"Biarlah... Tak penting pun kalau aku bawa... Biar ja lah telefon tu dekat situ."

Hani berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Eh Hani, tunggu ah!" Balas Asma sambil mengejar.

Mereka masuk ke dalam kereta bersama sama. Hani hanya tertunduk diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi pada wajahnya.

Asma memandu sambil memerhatinya setiap saat dari cermin pandang belakang namun tidak menegurnya kerana takut jika tersalah kata.

"Hani... Kita dah sampai.... Ingat apa yang Walid cakap, walau apa pun yang jadi... Hani kena"

"Terima dengan hati yang terbuka... Ya, aku ingat."

Wajahnya masih tidak diangkat.

"Betul ke apa yang aku buat ni Asma?"

"Aku... Aku tak tahu nak balas apa Hani... Kau pun dah setuju... Majlis pun tengah nak mula..."

Hani menggenggam perlahan gaun yang di pakainya.

"Jum lah kita turun... Pengantin lelaki pun mesti dah tunggu lama tu."

Hani membuka pintu serentak bersama Asma dan berjalan masuk ke dalam masjid bersama Asma.

"Ha, itu pun pengantin kita dah sampai." Ujar Imam Bakar dari jauh.

Hani di tarik perlahan oleh Asma sehingga ke tempat duduk pengantin perempuan bersama Hajjah Hannum dan Puan Fatheha iaitu isteri Imam Bakar. Kak Suraya dan Puan Aisya juga turut ada bersama mereka untuk menjayakan pernikahan ini.

Haji Zafir mula bersedia untuk memulakan akad nikah.

"Pengantin lelakinya mana?" Soal Haji Zafir.

'TAP... TAP... TAP... TAP' Bunyi tapak kaki seperti berlari dan berhenti di hadapan pintu masuk masjid. Kelihatan seorang lelaki sedang membetulkan tuxedo berwarna biru gelap yang di pakainya.

"Maaf saya lambat... Pergi tandas tadi."

Dia segera duduk di kerusi yang tersedia di hadapan Haji Zafir.

Hani berkali kali menggosok matanya seperti ada serangga yang telah menyerang bola matanya.

"Hani? Ok tak? Jangan la gosok mata tu, nanti makeup comot lah." Asma menegur.

"Kau nampak tak apa aku nampak? Kau nampak tak Asma?!" Hani berbisik pada Asma.

"Nampak apa kau ni?"

Hate You Abang Ustaz! (Complete!)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang