抖阴社区

Plot 51

1.7K 72 1
                                        

Dua hari telah berlalu sejak Hani menjalani pembedahan mengeluarkan rahimnya. Dia tidak sedarkan diri sejak dari hari tersebut kerana masih ditidurkan. Betapa setianya Arasyh pada Hani sehinggakan dia menunggu Hani tanpa jemu siang dan malam di sampingnya.

Tangan Hani dielus lembut oleh Arasyh berharap untuk Hani sedar dari lenanya.

"Dah dua hari Abang tak dengar suara sayang... Aha... Rindunya nak dengar sayang ketawa.... Hmm." Ujarnya perlahan.

Arasyh mendekatkan tangan Hani kepada wajahnya dan mencium perlahan tangan itu. Sedang Arasyh leka membelai tangan Hani, lamunannya terhenti apabila dia merasakan tangan Hani seperti menggenggam kuat tangannya.

Matanya mulai membulat dan terus menoleh memandang ke arah Hani.

"Sayang?.... Sayang dah bangun?" Bisik Arasyh.

Terlihat Hani membuka mata memandang Arasyh dengan wajah yang polos.

"Ya Allah! Sayang tunggu kejap ya... Abang panggilkan doktor..."

Apabila Arasyh mula bangun dari kerusinya, tangannya digenggam kuat oleh Hani seperti menahannya dari keluar.

"Sayang... Kenapa ni?" Soal Arasyh memandang Hani.

"Ab... Abang... Kenapa... Hani..." Bait kata kata Hani terhenti apabila Arasyh membuka topeng penafasannya supaya percakapan Hani kedengaran lebih jelas.

"Abang tak dengar... Cakap lagi sayang..."

"Kenapa.... Hani... Tak dapat nak rasa baby gerak.... Hani rasa kosong.... Perut Hani rasa sakit.... Apa yang dah... Jadi.... Abang...." Soal Hani dengan matanya yang kuyu.

"....... Abang pergi jumpa doktor dulu ya? Kejap lagi Abang bagitahu... Sayang tunggu kejap..." Arasyh cuba mengelak.

"No... Tell me... Now... Apa yang dah jadi..." Gesa Hani.

"Maafkan Abang sayang... Semua ni demi kebaikan sayang... Abang tak nak hilang sayang... Abang terpaksa buat keputusan macam ni..." Balas Arasyh.

Tangan Hani yang menggenggam tangan Arasyh kemudiannya jatuh lemah. Hani membeliakkan biji matanya.

"Apa yang Abang cakap ni? Abang bergurau kan? It's not funny..." Ujar Hani serius.

Arasyh menyapu wajahnya kasar.

"Abang tak main main sayang.... Abang terpaksa... Abang tak nak hilang sayang..." Ujarnya lagi.

Dengan secara tiba tiba Hani bangunkan tubuhnya dan menggenggam kuat baju Arasyh.

"Abang bunuh anak kita?! Abang bunuh anak kita Abang?!! Abang dah gila ke?!! Anak kita Abang?!! Abang sedar tak?!!!" Jerkah Hani.

"Sayang... Sayang tak boleh bangun macam ni... Sayang kena baring ... Berehat." Arasyh cuba menolak tubuh Hani namun tidak berjaya.

"Abang sedar tak itu ja peluang kita untuk ada anak?!!" Jerkah Hani lagi. Tangannya masih menggenggam kuat baju Arasyh.

"Maafkan Abang sayang... Maafkan Abang... Abang lebih rela hilang anak dari hilang isteri Abang... Maafkan Abang..." Balas Arasyh perlahan.

"Kau ni memang tak guna lah!!! Kalau macam ni lah... Baik kau biar aku mati ja dengan anak aku!!! Aku benci tengok muka kau!! Aku benci kau!! Kau punca hidup aku jadi macam ni!!! Semuanya salah kau!!! Kalaulah dari awal aku minta cerai dari kau... Aku tak perlu hadap semua benda bodoh ni!!!!! Aku benci kau!!!!" Hani memukul lemah tubuh Arasyh.

"Sayang... Janganlah macam ni... Abang minta maaf sayang.... Maafkan Abang..." Arasyh menahan tangan Hani dari terus memukulnya.

Badan Hani terkaku. Tubuhnya secara pantas terbaring kembali ke atas katil dan menggeletar seperti di serang sawan.

"Ya Allah.... Doktor!!! Nurse!!! Tolong!!!" Jerit Arasyh dari dalam bilik.

Arasyh menekan bukan kecemasan sebelum kembali membantu Hani dari terus menggeletar.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Hajjah Hannum meletakkan panggilan setelah mendengar segala penjelasan Arasyh. Air matanya menitis membasahi tudung yang dipakainya.

"Hannum? Kenapa ni sayang?" Soal Haji Zafir yang baru sahaja turun dari bilik.

"Arasyh cakap... Tadi Hani dah sedarkan diri cuma dia kena serang sawan..." Ujarnya perlahan.

"Allah... Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Haji Zafir lagi.

"Arasyh cakap sebab dia stress... Hani ada marahkan Arasyh sebab keputusan yang dia buat... Mungkin dia sedih sebab baby..." Balas Hajjah Hannum.

"Ya Allah.... Kesiannya anak kita... Berat dugaan anak menantu kita... Tapi Arasyh tetap sabar..." Balas Haji Zafir.

"Kadang saya terfikir.... Dari mana lah dia dapat kekuatan macam tu sekali. Langsung dia tak pernah marahkan Hani... Boleh pula dia salahkan diri sendiri atas apa yang dah jadi pada Hani." Air mata yang mengalir dikesat perlahan.

Terduduk Hajjah Hannum dibuatnya akibat semua yang berlaku.

"Kejap lagi kita pergi jumpa dia... Mungkin dia boleh tenang sikit..."

"Tak boleh bang... Arasyh cakap doktor limitkan orang untuk jumpa Hani.... Dia cakap lagi mungkin Hani perlu stay dekat sana beberapa hari." Ujar Hajjah Hannum.

Haji Zafir membetulkan rambutnya tidak mahu menjadi gelisah.

"Assalamualaikum! Abang! Akak!" Suara Haji Asrul kedengaran dari luar.

"Suara macam Asrul... Kenapa tiba tiba datang?" Soal Haji Zafir kehairanan.

"Abang! Akak! Kenapa Asrul panggil salam tak disahut?" Haji Asrul mengelap peluh yang memenuhi dahinya.

"Waalaikumussalamwarahmatullah... Kami tengah bersembang tadi... Kenapa Asrul datang tak bagitahu dulu?" Soal Haji Zafir.

"Asrul sebenarnya nak cakap benda penting.... Ingatkan Arasyh ada balik sini... Dia masih di hospital ya?" Soal Haji Asrul.

"Ya... Hani masih belum stabil... Entahlah... Kami pun makin risau..." Ujar Haji Zafir.

"Asrul minta maaf kalau Asrul tak dapat nak tolong Hani... Asrul pun sayang sangat pada anak sedara Asrul sorang tu tapi Asrul memang dah cuba bang... Asrul tak dapat nak lawan aura ni..." Selorohnya.

"Tak apalah Asrul... Abang faham. Kamu pun dah cuba yang terbaik. Tiga hari tiga malam kamu tak tidur semata mata nak bantu Hani... Itu pun kami dah bersyukur sangat." Haji Zafir dan Hajjah Hannum tersenyum lembut.

"Abang... Asrul memang tak boleh nak tolong... Cuma... Asrul dah dapat tahu siapa yang buat semua ni... Asrul yakin dia yang buat. Tapi... Arasyh sahaja yang kenal pembuat onar ni..." Ujarnya.

Haji Zafir mula mengerutkan dahinya.

"Baik... Kalau macam tu... Asrul masuk lah dulu... Kita sembang sikit sementara Abang telefon Arasyh supaya datang sini esok.. kalau harini mungkin tak sempat sebab Hani teruk sangat tadi..." Ujar Haji Zafir.

Haji Asrul mengangguk. Dia menanggalkan kasutnya dan masuk ke dalam rumah.

Hate You Abang Ustaz! (Complete!)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang