"Betul ke apa yang Ayah cakap ni?" Soal Arasyh kepada Imam Bakar.
"Iya Arasyh... Azreen dah serah diri pada polis pun.... Dia pesan yang dia buat semua ni demi tuntun keadilan bagi pihak Arasyh... Dia nak berbaik semula dengan Arasyh..." Ujar Imam Bakar.
"Hmm... Bukan Arasyh tak nak berbaik dengan dia.... Arasyh cuma buat semua ni demi kebaikan dia... Mungkin dia boleh berubah kalau Arasyh abaikan dia." Ujar Arasyh.
"Ayah rasa dia dah berubah... Kalau hati Arasyh dah boleh terima ... Esok kita jumpa dia ya? Dia nak sangat jumpa Arasyh..." Imam Bakar memegang bahu Arasyh.
Arasyh hanya mengangguk tanpa membalas.
"Baiklah... Ayah balik dulu ya? Nanti kirim salam Ayah pada Hani.... Rindu pula Ayah nak tengok muka dia tapi tulah... Ayah faham... Ayah pergi dulu... Assalamualaikum... Arasyh banyakkan sabar ya?" Imam Bakar bangun dari kerusi lalu keluar dari rumah tersebut.
"Ha Naim... Ayah cakap apa tadi?" Soal Puan Aisya.
"Ayah cuma cakap yang Azreen nak jumpa. Naim belum tahu nak pergi le tak. Berat rasa hati ni. Haih." Arasyh menekup wajahnya dengan telapak tangannya.
"Apa susah? Kalau tak nak pergi, tak payah lah pergi... Kalau rasa nak pergi, pergi ja... Kita tak boleh paksa hati kita. Dah, jangan stress... Mak nak masak dulu sementara tunggu mertua kamu balik dari masjid..." Balas Puan Aisya selamba.
"Baik .."
"Kejap lagi naik atas tengokkan Hani... Dia ada panggil Mak tadi rasanya.. mak baru perasan. Mak nak masak, Naim tengokkan ya?"
"Eh Mak! Hani kan tak nak tengok..." Bait kata katanya putus disampuk Puan Aisya.
"Tak ada alasan... Later you go upstairs aaaa, you don't go... I slap slap you." Balas Puan Aisya dengan bahasa inggeris yang berterabur.
Arasyh turutkan juga apa yang diperintahkan oleh Puan Aisya. Perlahan lahan dia masuk ke dalam bilik Hani.
Langkahnya terhenti melihat Naira sedang berbaring di sebelah Hani sambil bermain dengan patung beruang miliknya.
Arasyh mendekati Naira.
"Psstt... Naira... Nair buat apa dekat sini sayang? Mama kan tengah tidur." Arasyh berbisik.
"Hah? Mana ada Nair kacau. Mama yang panggil Nair duduk sini. Papa meh la duduk sini jugak... Main dengan Nair." Ujar Naira dengan suara yang manja.
"Eh... Tak boleh sayang... Nanti Mama terjaga." Balasnya.
"Alaaa... Boleh laaa..." Rayu Naira sambil memuncungkan bibirnya seperti Hani.
"Alolo, tau lah awak tu comel. Buat mulur gitu pulak. Jual dekat pasar kang."
"Naira... Kan Mama cakap jangan bising sangat... Kau buat apa dekat sini? Siapa suruh kau masuk?" Soal Hani tegas.
"Abang.... Abang cuma nak tengok keadaan Sayang itu aja... Abang tak ada niat nak ganggu sayang... Sumpah.." Jelas Arasyh.
"Mama, boleh tak kalau Nair main dengan Papa dekat sini? Naira janji Naira tak buat bising." Pujuk Naira dengan suara kecilnya.
Hani memandang Arasyh tajam dan kemudian memalingkan wajahnya memandang Naira.
"Boleh Sayang... Apa sahaja untuk anak Mama ni... Cuma, jangan main dekat luar tau... Mama nak Naira main dalam ni ja... Teman Mama tidur. Boleh?"
"Boleh!!! Thank you Mama! Cayang Mama!!" Naira mencium pipi Hani sebelum turun dari katil dan menarik tangan Arasyh untuk bermain bersamanya.
"Papa... Naira nak tanya boleh?"
"Tanya apa tu sayang?"
"Kenapa Tok Umi cakap Adik dekat syurga?" Soal Naira.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hate You Abang Ustaz! (Complete!)
RomanceCover yang lawa ni by @wynsdom anything just dm her!!! "Ya Zaujah, bila nak terima?" -Arasyh "Diamlah, tak nampak orang tengah pilih kobis ni? nak aku jadikan kau kobis ke?"-Hani "Masyaallah... comel sungguh gurauan Cik Hani ya? harap kita dapat ber...