抖阴社区

|24|

549 15 0
                                    

Nelydia menaiki keretanya lalu memandu ke rumah. Apabila tiba di rumah, kelihatan Haura, Isabella dan Alicia sedang menonton televisyen.


"Amboi, kenapa kau tersenyum-senyum ni?" Tanya Alicia.

"Tak ada apa-apa lah." Kata Nelydia.

"Aku tak percaya." Kata Haura.

"Ok fine. Kejap lagi waktu dinner aku beritahu kau orang." Kata Nelydia sambil menaiki tangga dan menuju ke biliknya.


Nelydia terus membaringkan dirinya di atas katil. Bantal dipeluk sekuat-kuatnya. Rasa ingin menjerit aje!


Pada waktu malam, di meja makan, Nelydia dan rakan-rakannya sedang menjamu selera. Lauk pauk yang dimasak oleh Haura itu amatlah sedap.


"Um, anyways. Bila majlis perkahwinan kau, Haura and Alicia?" Tanya Alicia.

"Bulan hadapan." Kata Haura sambil menunjukkan kad kahwin berwarna merah kepada rakan-rakannya.

"Wah, cantiknya kad kahwin!" Puji Isabella.

"Thank you puji." Kata Alicia.

"Kalau kad kahwin pun dah cantik apatah lagi pelamin dia kan?" Tanya Nelydia.

"Ofc lah cantik!" Kata Haura.

"Ni Alicia kot. Mestilah semua nak glam!" Kata Alicia.

"Tak sabar nak tengok pelamin kau orang." Kata Isabella.

"Ok. Nampaknya lepas aku dan Alicia kahwin, tinggal Nelydia aje. Tapi aku rasa si Nelydia ni dah tak lama dah." Usik Haura.

"Aku pun rasa macam tu juga." Kata Alicia.

"Kan. Takkan la abang aku nak biarkan dia lama-lama single." Kata Isabella.

"Betul la apa yang kau orang fikirkan tu. Memang dah tak lama dah." Kata Nelydia sambil tersengih-sengih.


Suasana menjadi diam. Mereka berempat saling berpandangan bersama senyuman di bibir masing-masing. Isabella faham dengan kata-kata Nelydia.


"Kau dengan Aryan nak kahwin ke?" Tanya Alicia dengan nada yang teruja.


Nelydia tersenyum lalu mengangguk. Rakan-rakannya menjerit kegembiraan.


"Yay!! Inilah apa yang kita tunggu-tunggukan!" Kata Haura.

"Yayyy!!!" Jerit Alicia.

"Aku happy sangat bila kau jadi kakak ipar aku, Nely." Kata Isabella.


Nelydia hanya mengukirkan senyuman.


"Dah, jom makan." Kata Nelydia.

"Wei, macam mana dia propose?" Tanya Isabella.

"Hey, stay halal ek! No propose! Just merisik." Kata Alicia.

"Oh, sorry. Tak tahu pula yang dalam Islam tak boleh propose." Kata Isabella.

"Dia tak propose. Dia just luahkan perasaan dia dekat aku. And then dia ajak aku kahwin. Dia tanya dekat uni siang tadi." Kata Nelydia.

"Oh, so maksudnya kau blah awal bila lunch tu disebabkan ni lah?" Tanya Haura.

"Yes." Kata Nelydia.

"Nasib baik kita orang tak halang kau waktu tu. Kalau tak, habis single lah kau sampai mati." Usik Alicia.


Nelydia menyemburkan tawa. Begitu juga rakan-rakannya.


"Congrats, Nely!" Kata Alicia.

"Congratulations, Nelydia." Kata Haura.

"Congratulations, my bakal kakak ipar!" Kata Isabella sambil memeluk Nelydia.

"Thanks, my friends!" Kata Nelydia.


Mereka berempat saling berpelukan. Selepas ini, Nelydia, Alicia dan Haura akan mengakhiri zaman bujang.


"Ok lah kau orang. Aku naik atas dulu. Nak video call dengan Callum kesayangan I." Kata Isabella.

"Ok bestie, go bersawit dengan Callum kau tu." Kata Nelydia.

"Ok, don't worry. Lepas beberapa bulan ni, kau orang pula. Entah entah lagi rancak dari aku." Kata Isabella.

"Tambah-tambah si Nely ni. Bukan boleh percaya sangat Aryan tu." Kata Haura.

"Mesti kena lagi teruk dengan abang aku nanti." Kata Isabella sambil ketawa.


Alicia dan Haura pun turut ketawa. Nelydia hanya menggelengkan kepalanya. Haih, sampai ke situ pula difikirnya?


𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎. 𝐵𝑖𝑎𝑟𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑚𝑖.

Mrs. Aryan Levine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang