Pada waktu pagi, Nelydia sedang menolong Puan Naimah memasak di dapur. Hari ini, mereka akan memasak masak lemak cili api.
"Nely, tolong sambung masak boleh? Mama nak kena basuh baju lah." Kata Puan Naimah.
"Oh, ok mama. Mama pergilah basuh baju." Kata Nelydia sambil mengukirkan senyuman manis.
Puan Naimah membalas senyuman tersebut dengan senyuman yang manis. Dia segera pergi membasuh baju.
Semasa Nelydia sedang menggaul masakan yang di dalam kuali, Aryan memeluk pinggang rampingnya dari belakang. Bibir Aryan mendarat di leher isterinya.
"Abang, jangan lah cium cium orang dekat sini." Kata Nelydia sambil melihat sekeliling.
"Alah, apa salahnya kalau peluk isteri tercinta. Bukan dosa pun. Tambah pahala ada la." Kata Aryan sambil tersengih.
"Daripada abang cium saya, baik abang tolong saya masak." Kata Nelydia.
Nelydia masih lagi didalam pelukan. Dia memegang tangan berurat suaminya. Diusap tangan itu dengan lembut. Suasana menjadi diam.
"Nak tolong ke tak?" Tanya Nelydia dengan lembut.
Aryan hanya mengangguk. Dia melepaskan pelukan itu lalu berdiri di sebelah Nelydia. Aryan merenung isterinya.
"Nak abang tolong apa?" Tanya Aryan.
"Tolong potong ayam. Nak masukkan ayam dah ni." Kata Nelydia.
"Ok, sayang." Kata Aryan sambil mengukirkan senyuman.
Aryan mengambil seekor ayam sudah dibasuh yang berada di dalam beg plastik. Dia ingin memotong ayam tersebut kepada 12 bahagian.
"Tak berapa tajam lah pisau ni, guna kapak lah." Kata Aryan.
"Bagus juga idea tu." Kata Nelydia.
"Ok then." Kata Aryan lalu menuju ke stor.
Nelydia memandang gerak-geri suaminya. Dia nak ambil kapak betul ke?
"Abang ni jangan serius sangat. Melawak aje pun. Merepek potong ayam guna kapak." Kata Nelydia.
Terus terhenti kaki Aryan. Aryan menoleh kebelakang dan melihat isterinya sambil tersenyum sinis. Dia terus mendekati Nelydia.
"Tapi betul lah. Pisau tu tak cukup tajam. Tak ada pisau lain ke, ha?" Tanya Aryan.
"Mana pisau abang tu? Mari saya tengok. Saya rasa pisau tu dah cukup tajam." Kata Nelydia.
Aryan menunjukkan pisau tersebut kepada Nelydia. Terus Nelydia ketawa terbahak-bahak apabila melihat pisau Aryan.
"Eh, sayang dah kenapa ketawa?" Tanya Aryan.
"Abang. Kenapa abang guna pisau ni? Orang potong ayam guna pisau cleaver lah!" Kata Nelydia sambil memberikan Aryan sebilah pisau cleaver.
Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Perasaan malu datang secara tiba-tiba. Alahai, nampak sangat tidak pernah masuk dapur!
"Dah habis gelak?" Tanya Aryan.
"Dah." Kata Nelydia.
Aryan membuat muka masam. Lah, merajuk ke si Aryan ni?
"Ala, merajuk ke? Sorry la. Nely gelak sebab lawak. Nampak sangat abang tak pernah masuk dapur." Kata Nelydia.
Aryan mencebik bibir. Nelydia tersenyum melihat wajah Aryan.
"Dah la, jom sambung masak." Kata Aryan sambil memotong ayam.
"Nasib baik abang tak guna pisau tu lagi sekali." Usik Nelydia.
"Eh, dia ni. Tak habis habis gelakkan abang. Abang buat salah sikit aje pun." Kata Aryan.
"Ok la, sorry. Jangan marah marah lagi tau. Sayang abang!" Kata Nelydia. Bibir merahnya mendarat di pipi lembut suaminya.
Aryan mengukirkan senyuman yang lebar. Dah habis merajuk la tu. Senang je rupanya nak pujuk si Aryan ni.
Nelydia sambung memasak. Ternyata, Puan Naimah dan Encik Naim sedang melihat mereka dari taman rumah.
"Abang tengok tu, bukan main lagi dia orang berasmara cinta dekat dapur tu. Mentang-mentanglah kita tak ada." Kata Puan Naimah.
"Biarlah dia orang berasmara cinta. Dia orang kan pengantin baru. Kita yang pengantin lama ni mampu tengok aje la." Kata Encik Naim.
"Ala abang ni. Nak berasmara cinta dengan saya ke? Boleh Aje." Kata Puan Naimah.
"Mestilah nak." Kata Encik Naim sambil memeluk isterinya.
"Eh, awak ni." Kata Puan Naimah sambil membalas pelukan suaminya.
Mereka membiarkan kedua-dua pasangan itu berbahagia di dapur. Nelydia sering memeluk suaminya dari belakang. Aryan pula sering mengacau isterinya yang sedang memasak. Pelukan dan ciuman diberi beberapa kali kepada isterinya yang tercinta.
𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎. 𝐵𝑖𝑎𝑟𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑚𝑖.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Aryan Levine (C)
RomanceAryan Levine X Nelydia Sofea * ?????????? ???? ?? ????????? * Start : September Finish : November 55966 words | 52 chapters #1- romance #1- ceo