You are about to enter the world full of 𝘭𝘪𝘦𝘴.
𝒾t's not about 𝘸𝘩𝘰 you trust.
𝒾t's about 𝘸𝘩𝘢𝘵 you trust.
be careful.
do not stuck in her dream.
or you might lost forever.
do not ride the red horse carousel.
only if you want to open the path.MAS𝑸UERADE SERIES VOL I
fiction • romance • action • mystery
★
ALL KIND OF DRUGS, COMPANY'S NAME, HOSPITAL, OR SOME PLACES IS CREATED
PROLOGUE
Kain hitam yang menutupi wajahnya ditarik ke atas oleh seseorang. Tarikan yang tangkas sehingga terasa tamparan angin halus pada wajah mulusnya. Rambut coklat panjangnya sudah bertukar menjadi serabai, persis orang gila yang dikutip dari tepi jalan.
Dhea menggerakkan kedua belah tangan dan kakinya yang diikat bagi melepaskan diri. Mulutnya yang ditutupi dengan kain putih cuba untuk bersuara sebelum figura itu membongkokkan badannya lalu meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda diam.
Nafas Dhea menjadi laju. Lebih kepada bengis dengan tindakan figura yang tidak dikenalinya ini. Seperti harimau di dalam sangkar yang bersedia untuk menerkam mangsanya.
Kerusi di hadapannya ditarik dengan tenang oleh Si dia. Punggung dilabuhkan ke atas permukaan kayu kerusi dan mereka berdua kini saling menghadap antara satu sama lain.
Di bawah cahaya satu-satunya lampu yang ada, Dhea dapat melihat dengan jelas wajah Si dia walaupun hanya separuh. Dia kenal dengan panahan anak mata itu. Mereka pernah bertemu.
MeW guy.
"Shhh." bisik lelaki itu sebelum dengan perlahan, dia membuka ikatan pada mulut gadis tersebut.
Perbuatannya sangat lembut, begitu juga dengan ikatan asal tadi. Dhea sedar bahawa semua ikatan di tubuhnya tidak terasa ketat.
Sepertinya dia tiada niat mahu mencederakan gadis ini.
Akhirnya kain putih sudah dilepaskan. Dhea kekal dalam mod berjaga-jaga walaupun dia tidak menjerit. Anak mata ambernya kekal bergerak mengikut pergerakan MeW guy yang sedang merungkaikan ikatan di tangan dan kakinya.
Separuh jalan dalam melepaskan ikatan pada kaki Dhea, perbuatannya terhenti. Dhea melihatnya aneh.
Lelaki itu kembali ke posisi tegak sambil jari telunjuk yang digerakkan ke kiri dan kanan tanda tidak. Ikatan pada kaki dan tangannya dibiarkan sahaja.
Dia tidak akan mudah percaya bahawa Dhea tidak melakukan apa-apa selepas gadis itu dilepaskan.
"You don't kill me."
Si dia menggeleng perlahan.
"You didn't mean to." ujar Dhea, masih segar lagi di ingatannya dimana nyawanya selamat di tangan lelaki ini ketika suaminya sendiri tidak memilih dirinya untuk diselamatkan.
Dyan. Entah mengapa hati terasa sayu namun rasa sakit hati lebih menguasai. Rasa dikhianati.
Gelengan lelaki ini mula digantikan dengan anggukan.
"Who are you? Kenapa kau selamatkan aku?" soalnya ingin tahu. Sedikit sebanyak Dhea dapat meneka bahawa lelaki ini bergerak seorang diri. Tidak berpihak kepada sesiapa.
Bukan Red Eyes dan bukan The Cuera.
Jadi siapa dia?
"Aku adalah satu-satunya orang yang boleh patahkan mimpi ngeri yang menguasai hidup kau, Elaura." ujarnya tenang. Dhea menggeleng tidak faham. Tubuhnya dibongkokkan ke hadapan, merapatkan jurang antara mereka berdua.
"Siapa cakap hidup aku adalah mimpi ngeri?"
Jikalau namanya Dhea Elaura, egonya memang nombor satu. Titik kelemahannya tersembunyi rapi.
"Better a dream than a reality right?" balas lelaki itu semula. Dhea terdiam. Dia sudah faham akan metafora itu.
"You poisoned me once. Macam mana aku nak percayakan kau walaupun kau dah selamatkan nyawa aku?" soalnya lagi. Selepas kepahitan hidup yang ditempuhinya, dia tidak akan semudah itu sahaja mempercayai seseorang.
Dikhianati suami sendiri, orang yang paling dipercayainya.
Meninggalkan kesan yang dalam.
"Sebab tu kau tak mati dengan dadah tu. I need you for something. Only you can help me. I trust you and no one."
"Desperately?" kening sebelah diangkatnya sekali.
Kesunyian menyapa mereka sehinggalah lelaki itu kembali bersuara, "Absolutely."
Dhea ketawa sinis. Lama. Rasa lucu pula. Leher diregangkannya sekali. "Stop talking business, untie me first." arahnya. Panahan anak matanya tepat menyatakan bahawa dia sangat serius sekarang ini.
Lelaki itu menurut arahan. Ikatan dileraikan tanpa memakan masa yang lama. Seolah-olah dirinya sudah mahir dengan cara mengikat dan melepaskan ikatan tersebut.
Tangan Dhea yang sudah bebas itu diangkat dan rambutnya ditarik ke belakang bagi keselesaan diri. Bukan main panas lagi rasa apabila helaian rambut tebal itu menutupi lehernya.
"Jadi, apa yang kau perlukan?"
"I need you to work with Falcon." ujarnya senada bercampur tegas. Riak wajah Dhea lantas berubah ketat. Dia sudah tahu jawapan yang akan dia berikan. Satu-satunya jawapan.
"No."
WELCOME TO THE WORLD FULL OF TWISTS

YOU ARE READING
[OG] SECRET ARIETIS
ActionMAS?UERADE SERIES VOL I WaRniNG : do not trust anyone in this book -Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala. Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapn...