⚠️ ON MAINTENANCE ⚠️
THIS CHAPTER ADA 1 SCENE NI SAJA TAPI SAYA RASA TERLALU MERAPU DAN TIDAK LOGIK JADI SAYA TENGAH UBAH SO AWAK BOLEH SKIP CHAPTER INI SEBAB TAKKAN EFFECT STORYLINE LANGSUNG.
tapi nak baca pun takpe cuma merapu jela then tolong lupakan seperti scene ini tidak wujud
terima kasih.
PRAK! Bunyi ranting kayu yang dipijak bergema kuat di dalam suasana hutan yang sunyi itu. Diiringi dengan bunyi larian rusa liar jauh darinya dek bunyi tersebut. Titisan hujan mula menitis membasahi hoodie kepalanya yang melindungi wajahnya daripada basah.
Langkahnya diteruskan lagi tanpa teragak-agak. Seolah-olah dia tahu arah tujuannya di dalam hutan tebal tersebut. Pada tangan kanannya, terdapat satu baldi biru yang berisi buah-buahan hutan.
Sampai sahaja di hadapan satu pagar besi yang sudah dilingkari dengan pelbagai tumbuhan liar, baldi itu dilempar sehingga berterabur buah-buahan itu dibuatnya sebelum dirinya turut memanjat pagar itu. Tanda amaran 'dilarang masuk' yang separuh berkarat itu diabaikan begitu sahaja.
Buah yang bersepah dikutipnya semula. Dia kembali menusuri jalan bersemak itu untuk ke satu tempat di dalam taman tema terbengkalai tersebut.
Hujan semakin lama semakin lebat.
Semakin lebat sehingga bunyi hujan mengatasi bunyi tapak kaki lelaki itu sendiri namun Si empunya diri kekal tenang berjalan.
Akhirnya dia berjaya berlindung di bawah salah satu khemah circus yang sudah luntur warnanya. Namun langkahnya tidak berhenti di situ sahaja.
Satu bangunan lama dihampirinya. Masih lagi di dalam kawasan taman tersebut. Hoodie hitam miliknya yang sudah basah lencun itu ditanggalkan dan disidai di atas satu palang besi.
Tangan kekarnya laju naik dan meraut rambut basahnya ke belakang dari menutupi pandangan.
Tanpa menangguh lagi, satu ruangan seakan bilik tanpa pintu dimasukinya bersama dengan baldi tadi. Lantas dia mengeluarkan segala isi baldi itu ke atas lantai.
Tepat-tepat di sebelah seekor gajah tua betina di mana satu kakinya sudah dirantai kuat. Sepertinya haiwan itu ditahan dan diabaikan di sini.
"Makan Nica. Maaf sebab aku lama sangat tadi." ujarnya sambil membelai lembut kepala gajah itu. Buah-buahan hutan tadi ditolak ke arah Nica.
Perlahan-lahan Nica menggerakkan tubuhnya. Bunyi rantai besi yang sedikit terseret bergema di dalam ruangan itu.
Belalai haiwan itu mula membelit salah satu buah dan disumbat ke dalam mulutnya. Pergerakannya agak terbatas dek usianya yang semakin tua dan sakit yang dia hadapi.
Lelaki itu merenung sejenak haiwan itu dengan rasa simpati. Namun dia tahu dia juga tidak mampu berbuat apa-apa selain dari menjaga haiwan ini.
Walau hanya dengan mencari makan untuknya.
Sesudah sahaja kerjanya yang satu itu, laju dia bergerak keluar dan menggapai satu botol besar yang berisi sesuatu.
Tingkat atas menjadi arah tujunya, tangga dinaikinya dengan melangkah dua anak tangga sekaligus tanpa masalah.
Seseorang yang diikat di atas kerusi terus disimbahnya dengan cecair di dalam botol tadi. Lantas mengejutkan Si mangsa dari pengsannya.
"Wake up." arahnya.
Yang Si mangsa pula lepas terjaga terus dibuatnya wajah muak. Tak habis lagi ke nak kacau aku?
"Dyan kalau ya pun kau nak tahan aku lama-lama, at least janganlah ikat aku macam ni nak tidur pun susah. Sakit pinggang aku tau!" Cebik lelaki yang diikat itu.

YOU ARE READING
[OG] SECRET ARIETIS
ActionMAS?UERADE SERIES VOL I WaRniNG : do not trust anyone in this book -Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala. Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapn...