抖阴社区

Almaysar 21

1.1K 62 10
                                    

TENGKU Fayyadh sekeluarga pergi melawat keluarga Raja Mustafa yang rumahnya agak jauh. Kira-kira ambil masa sejam juga untuk mereka sampai ke rumah Raja Mustafa.

Sampai sahaja di sana, Darla terus tarik Alma pergi ke biliknya. Yang tua pula berada di ruang tamu.

"Macam mana sekarang? Rumah baru" usik Tengku Fayyadh.

Puan Aisyah menjeling adiknya. Tak ikhlas betul.

"Eh, aku terpaksa je ya duduk rumah kamu tu. Tak hingin aku nak duduk rumah kamu"

"Orang suruh minta apak belikan tak nak" Tengku Fayyadh hirup air teh yang Puan Aisyah hidangkan.

"Aku tak nak susahkan orang tua tu. Nanti mula la dia tanya pelik-pelik"

Tengku Elmada menggeleng dengar pertelingkahan dua beradik itu. Sakit kepala dengar mereka cakap loghat Perak pekat.

"Aysar tu macam mana sekarang? Okey ke dia?" tanya Tengku Elmada prihatin.

Dia sudah maklum akan permasalahan yang berlaku kepada keluarga kakak iparnya itu. Jatuh kasihan dia kepada Aysar.

Puan Aisyah senyum dulu sebelum menjawab pertanyaan adik iparnya.

"Macam tu la keadaannya, Mada. Kerja pagi, balik malam. Hari-hari macam tu. Akak risau dia jadi mac-"

"Shh... Tak. Aysar baik. Mada yakin dia takkan ulang benda tu. Kita doalah yang baik-baik untuk dia"

Puan Aisyah angguk faham. Dia yang besarkan Aysar. Sudah tentu dia risau.

"Ni dia ada kat rumah tak?"

"Ada, kat atas"

Tengku Fayyadh dan Tengku Elmada pandang sesama sendiri.

Ha sudah.

"KAK Alma sekarang kerja apa?"

"Petik anggur"

"Banyak ke dapat duit?"

"Banyak"

Baba yang bagi. Mestilah banyak. Telah Alma dalam hati.

Darla mengajaknya ke bilik kerana gadis kecil itu mahu Alma mengajarnya matematik.

"Darla biasanya kalau tak faham, tanya siapa?"

"Bonda atau ayahanda. Tapi diorang kata diorang dah tua. Dah nyanyok" polos betul gadis kecil itu menjawab. Alma geli hati. Tergelak dia dengar.

"Darla tak tanya abang Darla?"

"No. I rarely meet him even though we live in the same house" ujarnya sedih. Setiap hari, dia jarang nampak abangnya.

Alma senyum hambar melihat Darla yang sedang bersedih.

"He's a busy person. Go to work at day. Back from the work at night"

Darla dongakkan kepala merenung Alma yang sudah sedia melihatnya.

"He's a lonely guy, kakak. Everyday before subuh, I can hear he's crying. Everyday. He has change so much" cerita Darla tentang perubahan Aysar.

Tujuh tahun tinggal di negara orang, abangnya langsung tidak hidup seperti orang sana.

"Darla harap, dia terus jadi macam tu"

Alma yang dengar cerita Darla jadi sebak. Esakannya ditahan. Hati dia tersentuh dengar kisah Aysar. Moga-moga, Aysar terus istiqomah.

"BONDA?"

Aysar turun mencari bondanya. Kiri dan kanan dia pandang.

"Bonda?"

Dia pergi ke kolam ikan. Kebiasaannya, bondanya suka berada di situ dan bercakap dengan ikan.

Alma's King (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang