SEMUA pandang Alma pelik. Alma pula pelik kepada mereka yang pandangnya macam pertama kali tengok orang utan.
"Dah kenapa tengok aku macam tu?" Soal Alma sebelum Aysar siapkan nasi ke dalam mulutnya. Mmm... Sedap betul air tangan suami dia.
"Kau ni betul ke sakit? Nampak sihat walafiat je" kata Tania sambil mencekak pinggang.
"Entah. Kau prank kitorang ke hah?" Soal Natalia melulu. Mata dijegil ke Alma.
"Hei! Sorry sikit! Aku ni tak ada masa lah nak prank-prank bagai. Aku banyak lagi kerja lain nak buat" ujar Alma bengang. Suka hati je tuduh dia macam tu.
Mike, Iqbal dan Nazrin pandang sesama sendiri. Loya tekak pula rasa.
"Aku rasa bini Aysar ni lain macam weh" kata Nazrin.
"Itulah. Bahu lepas kena tembak tu. Berselera pula dia makan" kata Mike pula. Dari dulu lagi, dia memang tertarik dengan Alma. Orangnya lain daripada yang lain.
Tania lihat sekeliling. Matanya tertancap pada sejambak bunga ros hitam yang ada di atas meja di depan katil Alma. Dia curiga. Tanpa sedar, kakinya sudah terpacak di situ. Bunga diambil. Bila dibelek, ada satu kat terselit di celah-celah bunga. Kad itu dipandang selang seli dengan bunga. Dia pusing dan bergerak ke katil Alma.
"Ni siapa bagi Alma?" soalnya.
Alma toleh. Kunyahannya berhenti.
Damn.
Siapa bagi?
"Mana kau dapat?" Alma merampas bunga itu dari tangan Tania. Tangannya membelek lalu tersentuh sesuatu. Dia bawa keluar.
Kad.
Air liur ditelan kelat.
Jangan dia datang balik...
Isi kad dilihat.
I hope I can hurt you more.
Bila nampak muka isterinya bertukar pucat, Aysar ambil kad itu.
Nampak sahaja isi di dalam, Aysar pandang isterinya.
"Alma... Bagitahu aku. Siapa yang bagi?"
Alma geleng.
"Jangan sorok, Alma. Aku suami kau. Aku kena tahu" pujuk Aysar lembut.
"Saya tak tahu, awak. Jangan la paksa saya"
Dengar respon Alma, Aysar tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus.
"Okey. Tak apa. Mike, tolong cari tuan punya tulisan. Nazrin, kau check CCTV rumah aku waktu Alma kena serang. And Iqbal..."
Aysar pandang kawannya yang seorang itu atas bawa.
"...kau buat bodoh je la"
"Hoi! Aku pun nak kerja juga"
"Hmm... Muka-muka kau ni elok menganggur je"
"Argh! Tak kenang budi punya kawan!"
Aysar angkat bahu tanda tak kisah.
BADANNYA penuh dengan luka akibat dibelasah sebentar tadi. Mulutnya habis berlumuran dengan darah. Matanya bengkak. Bajunya kini penuh dengan darah. Nafasnya tercungap-cungap. Dia melihat lelaki tua yang sedang duduk angkuh di depannya dengan kaki bersilang.
"Aku dah cakap, Rahmat..." cincin yang tersarung pada jarinya dipandang.
"Kalau dalam masa seminggu kau tak boleh bagi apa yang aku nak..."
Bang!
"ARGHHHH!"
"Memang itu yang kau dapat"
Raja Saiful tidak kisah dengan erangan Rahmat. Malah dia lagi suka mendengar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Alma's King (C)
RomanceBuku ini adalah kesalahan saya sendiri. "People fall in love in a mysterious way" Raja Faiq Aysar seorang lelaki yang dikenali ramai kerana wajahnya yang tampan, bakatnya bermain bola keranjang dan... seorang playboy. Ya, dia buaya darat yang terke...