抖阴社区

BAB 4

969 38 0
                                        

Nellysha masuk ke dalam rumahnya. Baru sahaja hendak menapak ke tingkat atas, ada satu suara yang menegurnya. "pergi mana malam-malam buta ni?, kau tu anak dara tak elok keluar malam malam"

"pergi amik buku nota, tadi tertinggal kat rumah kawan." balas Nellysha ke Dato Naim. "pergi amik buku nota ke pergi jumpa lelaki?! Daddy Nampak kau pergi rumah si Haider tu. Dah pandai ye kau pergi jumpa lelaki malam-malam macam ni." marah Dato Naim dengan nada yang marah.

"Ape daddy ni? Sha pergi rumah dia sebab tertinggal buku nota masa buat kerja berkumpulan. bukannya buat maksiat. Daddy nak tuduh sha, tuduh lah. Sha dah penat nak bertekak dengan daddy. Sha naik atas dulu" jawab Nellysha. Dia dah penat dengan daddynya yang selalu cari gaduh dengannya.

Setelah tiba di dalam bilik, Nellysha merebahkan badannya di atas katil yang bersaiz quuen. Nak saiz king tapi kitonyo dok mampuq. "haishh, asal lah mamat tu pergi baca buku aku. Tak ade adab betul. Main baca je buku nota aku. Dah lah aku nak tidur." Kata Nellysha di dalam hati.
                                                                                                     Skip

Nellysha mengunci jam pukul 6:00a.m, untuk solat subuh. kemudian Nellysha menutup lampu dan melelapkan matanya sambil memeluk bantal busyuknya yang berbentuk shark.

Malam berganti pagi, Nellysha turun dari anak tangga. Dia sudah bersiap untuk pergi ke sekolah. "ehh Sha dah siap? Jom lah sarapan sama sama. Cik Salma dah sediakan sarapan ni" kata Datin Aminah.

"tak ape lah mommy. Sha beli sarapan kat sekolah je. Sha pergi dulu Assalamualaikum." jawab Nellysha dan pergi ke kereta bersama PakCik Daud. "Walaikumussalam." jawab Datin Aminah.

Ketika sampai di depan pagar sekolah, Nellysha keluar dari perut kereta yang di bawa oleh Pakcik Daud. "Terima kasih Pakcik Daud" kata Nellysha. "sama sama" balas Pakcik Daud.

Nellysha masuk ke dalam kelas. Dia duduk di tempatnya. Nellysha membatalkan niatnya untuk membeli sarapan. Tiba-tiba tak ade mood nak sarapan. Nellysha mengeluarkan telefon pintar dan earphone lalu dia menyumbatkan earphone ke telinga.

Nellysha membuka lagu yang bertajuk 'senorita'. Nellysha bernyanyi lagu senorita itu dengan nada yang perlahan sambil melihat ke luar tingkap. Tanpa dia sedar ada seorang jejaka yang menyandarkan tubuhnya di pintu sambil menyilangkan tangannya di dada. Haider mendengar suara yang merdu milik Nellysha.

2 minit kemudian, Haider mengeluarkan suara. "wow buruk gila suara kau. Ngisau aku dengar. Nanti mesti hujan lebat" kata Haider sambil menepuk tangan. Terhinjut sedikit bahu Nellysha apabila mendengar suara Haider. Dia terus memandang ke arah haider yang sedang bersandar di pintu.

"aku nyanyi hujan lebat tak ape. Tapi kalau kau nyanyi aku risau ribut je nanti tak pun banjir. Lagi lah ngisau" bidas Nellysha sambil senyum sinis. "ehh aku nyanyi sedap okay. Kau je yang nyanyi tak sedap. Hampir menanah telinga aku dengar kau nyanyi" kata Haider

"tutuplah telinga kau tu. Tak ade lah menanah bila aku menyayi nanti" balas Nellysha sambil menjeling Haider." Jeling jeling....juling baru tahu." Kata Haider. " biarlah, yang juling tu mata aku bukan mata kau pun." Bidas Nellysha.

"ishhh perempuan niii. Geramm je aku ngan kau ni. Aku hempuk kepala kau kat meja ni kang menangis." Kata haider. "hempuklah kau ingat aku kisah" balas Nellysha. Haider hanya diam dan duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan Nellysha.

"Malas lah aku nak layan kau" kata haider. "tak yah lah layan" balas Nellysha. Haider memekakkan telinganya dan bermain telefon pintar sambil menunggu kawan baiknya yang sengal iaitu Harraz. Begitu juga dengan nellysha yang mendengar lagu sambil menunggu kawan baiknya Aurora.
                                                                                                    Skip

"Terima kasih, Cikgu." Guru matapelajaran Bahasa Inggeris mereka keluar dari kelas. Selepas ini subjek Addmath, subjek Cikgu Fatin. Cikgu yang letak Haider duduk sebelah Nellysa tu! 

Nellysha mengeluarkan buku-buku subjek addmath, bersedia untuk kelas Cikgu Fatin. Haider di sebelah hanya memandang lewat ekor matanya. Kemudian, Haider mencari sesuatu di dalam bag sandangnya. Haider membeliakkan matanya. 'takkan aku tak bawak.' 

Cikgu Fatin masuk ke dalam kelas. "Ok class, I want everyone to pay attention. Subjek ni paling penting banyak masuk untuk periksa SPM tahun lepas." Cikgu Fatin sedang mengajar di hadapan. Nellysha pula sedang khusyuk mendengar. "Wei, aku tertinggal buku teks kat rumah lah." Tumpuan Nellysha terganggu. Nellysha memandang ke arah Haider di sebelahnya. "Jadi? kau nak aku buat apa?" tanya Nellysha kembali. 'Mamat ni tadi kemain kritik aku nyanyi, ni mintak tolong pulak. Memang aku tk layan lah' 

"Alah kongsi lah jom. Kalini jer." rayu Haider. Entah macam mana dia boleh terlupa pun tak tau lah. "Ehh yang kat belakang tu dengar tak?!" jerit Cikgu Fatin. Suara dia dah lah sedia ada kuat, pastu menjerit pulak. Bergema kelas ni. "D-Dengar, cikgu." jawab Haider dan Nellysha serentak dengan suara perlahan. "Pandang depan, jangan bercakap masa saya sedang mengajar." Cikgu Fatin kembali mengajar balik.

Haider kembali pandang ke arah Nellysha. "Haa lebih baik kita kongsi, kang gaduh kena marah dengan cikgu lagi karang." Nellysha mengecilkan matanya tanda tidak puas hati. "Ok, fine." Nellysha mengalah dan meletakkan buku teksnya di tengah-tengah meja. Haider tersenyum puas dan kemudian membelek sikit buku teks itu.

Selepas beberapa minit, hanya Haider sahaja yang dapat guna buku teks tu, setiap kali Nellysha nak tengok mesti Haider dah tengok dulu. Jadi dia tak sempat nak rujuk apa-apa pun dalam buku teks tu. Siapa yang bawak dan siapa yang pinjam sekarang ni? 

"Yah, kata kongsi. Ni macam kau sorang jer yang tengok" marah Nellysha. Dia punya tengok buku teks tu macam taknak orang lain tengok. Baik masuk jer dalam buku teks tu! "Lah kau tu yang jauh sangat. Sini lah sikit." Haider tarik kerusi yang diduduki Nellysha mendekat ke tepinya. Berat Nellysha yang tidak seberapa itu senang sahaja untuk Haider memandangkan dia adalah atlet sekolah.

Nellysha terpana. Mukanya sangat dekat dengan 'side profile' milik Haider. Dengan masa yang terselit Nellysha sempat meneliti muka Haider. 'Boleh tahan muka mamat ni, tapi perangai macam babun' kata Nellysha dalam hati. Perasan dengan renungan Nellysha, Haider pun memandang ke arahnya. 

"Oii, aku tau lah muka aku ni hensem tapi tak yah lah sampai tenung macam tu, pandang depan. Kang nanti dapat Top 2 lagi kang menangis." Kata Haider kemudian fokusnya kembali ke arah Cikgu Fatin di depan. "Tch, perasan." Nellysha mendengus dan kemudian memandang ke hadapan. "Kau ada cakap apa-apa ke?" tanya Haider balik. Rasa macam dia ada dengar sesuatu tadi. "Aku cakap.....kau perasan hensem, tapi sebenarnya muka jambu!" jawab Nellysha kembali tanpa memandang ke arah haider. 

TBC

Enemy to LoverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang