Dato Naim dan Nurin sudah balik ke rumah.
Haider dan Datin Aminah masih berada di dalam wad Nellysha. Nellysha terlelap selepas penat menangis.
"terima kasih Haider, sebab halang Uncle Naim tadi. Kalau Haider tak halang tadi, mesti Nellysha dah kena tampar." kata Datin Aminah.
"sama-sama aunty, Haider pun terkejut jugak uncle nak tampar Nellysha tadi." kata Haider.
"sorry lah Haider, tolong jangan bagitahu siapa-siapa ye." Datin meminta maaf dengan perangai suaminya yang tak semegah itu.
"baik aunty." jawab Haider sambil senyum.
"Haider minta diri dulu.... Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." jawab Datin Aminah.
Haider keluar dari wad Nellysha. Datin Aminah duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil Nellysha. Datin Aminah mengusap kepala Nellysha dengan lembut.
"maafkan mommy Sha.... Mommy tak bersedia nak bagitahu siapa ayah kandung Sha.... Disebabkan mommy, Sha kena seksa dengan daddy. Mommy tahu...Sha anak yang kuat. Maafkan mommy ye." kata Datin Aminah sambil mengusap kepala Nellysha.
Skip
Semasa waktu rehat, Aurora makan nasi goreng cina seorang diri. Aurora memilih tempat duduk di bawah air cond.
"emm, sedap nyee." kata Aurora sambil Menikmati Nasi goreng tersebut. Tiba-tiba Aleena datang menghentak meja yang di duduki Aurora.
"Oi!, Mane Nellysha?" Soal Aleena dengan cara yang tidak beradab.
"salam pon tak bagi, kau ingat aku nak jawab soalan kau?" jawab Aurora dengan sinis.
"eii, kau jangan n-" Aleena tidak sempat Menghabiskan ayatnya kerana dia dipotong oleh Harraz.
"kau ade masalah ape dengan dia?" soal Harraz sambil meletakkan pinggan dia atas meja yang diduduki oleh aurora.
"hmmp" Aleena menjeling Harraz dan beredar dari situ. Harraz mengambil tempat di hadapan Aurora dan makan bersama-sama. Harraz memecahkan kesunyian. "my princess, asal kau tak suka aku erkk? Aku kan Handsome." soal Harraz.
"sebab boleh." jawab Aurora. Harraz mencebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Aurora. Mereka sambung makan tanpa ada apa-apa gangguan.
*
Selepas sahaja waktu persekolahan. Semua murid sudah mula pulang ke rumah. Aurora jalan kaki untuk pulang ke rumah sambil melihat ke arah langit.
Tiba-tiba ada 3 orang lelaki datang ke arah Aurora. "Ya Allah.... Jauhkan lah aku daripada lelaki lelaki yang gatal di hadapan aku ni" kata Aurora di dalam hati.
Seorang lelaki bersiul ke Aurora. "piwwit... Hai awekk, nama sape?" soal seorang lelaki. Aurora mengabaikan Mereka dan berlalu pergi.
"Acah mahal pulak, woii perempuan!" jerit lelaki itu sambil menarik pergelangan tangan Aurora.
"ishh... lepas lah." marah Aurora. "jom dating... cantik lah kau. Aku suka." kata lelaki itu.
"tanak aku, muka kau dah lah hauk. Sakit mata memandang" jawab Aurora lantang tanpa ragu-ragu.
"apa kau cakap!!" lelaki itu menolak Aurora sampai terjatuh.
"WOII!!" jerit Harraz yang baru melihat kejadian itu.
"baik kau berambus sebelum penumbuk aku ni hinggap kat muka hauk kau." kata Harraz dengan penuh amarah.
"kau sapa haa! nak tumbuk muka aku?" soal lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Enemy to Lover
Teen Fiction-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta menjadi pelajar contoh di sekolahnya. Disebabkan pencapaiannya, dia suka melihat Nellysha kalah di sisi...