"Tapi untuk awak, mungkin berbeza."
Timbul kerutan halus di dahi Yahaira. Kata-kata jejaka yang tidak diketahui namanya ini berjaya buat dia menoleh.
"Maksud encik?"
Tiada jawapan yang diterima, cuma ada garis bibir yang ditarik naik. Membiarkan dia terus-terusan diselubungi persoalan.
Ting! Pintu lif terbuka dan di kala itu muncul satu kelibat wanita sedang menanti dengan wajah cemas di hadapan pintu.
"Encik Izz!" serunya. Spontan, Yahaira mengangkat kening.
Encik Izz? Siapa? Takkanlah mamat ni pula?
"Sini pun encik, saya telefon tak angkat. Riuh semua mencari encik sebab tak ada khabar kami dengar sejak pagi tadi."
"Maaf, telefon saya buat hal pagi tadi. Semua dah ada?"
Gulp! Memang sah, dialah Encik Izz! Izz Haqqi, pemilik La Malaya!
"Kami tunggu encik aje. Calon temuduga pun dah ada beberapa orang yang dah sampai." Jejaka itu mengangguk sekali.
"Kita ke sana teruslah," putusnya mudah dan terus berjalan diekori wanita tadi dari belakang. Meninggalkan Yahaira kaget sendiri di hadapan pintu lif.
Oh. My. God. Jangan kata dia baru layan bos besar acuh tak acuh tadi?
Stupid, Yahaira!
...
JARI-JEMARI disulam sesama sendiri sambil matanya melilau ke sekeliling. Dapat dilihat ada beberapa kerusi yang telah kosong, menandakan dia satu-satunya calon yang tinggal untuk ditemuduga.
Pintu di sebelah kanan yang terbuka buat dia spontan berpaling. Seorang wanita kecil molek tersenyum sedang kepadanya.
"Cik Nur Yahaira, boleh masuk ya." Mendengarkan itu, lantas Yahaira bangkit dan membetulkan pakaian di tubuh. Fail yang dibawa bersama dipeluk rapat ke dada.
Fuh... Bismillah! Langkah diatur memasuki bilik berkenaan.
"Assalamualaikum," ucapnya perlahan. Dapat dia lihat lelaki yang sama menegurnya ketika di dalam lif tadi sedang duduk sambil memandang ke arahnya.
"Waalaikumussalam. Sila duduk." Ibu jarinya menunjuk ke arah sebuah kerusi berhadapan dengannya. Yahaira labuhkan punggung selepas meletakkan fail yang dibawa di hadapan lelaki itu. Sempat dia lilaukan mata memerhati ruang bilik. Hiasan yang ringkas, kemas dan rapi, itu yang boleh dia katakan.
Bunyi kertas dibelek menarik irisnya kembali ke jejaka di hadapannya. Sempat dia kerling papan acrylic di atas meja.
Izz Haqqi | Chief Executive Officer
Mata kembali kepada jejaka itu. Kelihatan dia yang bernama Izz itu sedang khusyuk membaca muka surat yang tertera resumenya. Seketika, lelaki itu mengangkat kepalanya.
"Nur Yahaira Yusuf, am I right?"
"Yes, I am."
"I'm Izz Haqqi, and I will be the one who interviewing you today. Can you introduce more about yourself?"
Yahaira ketap bibir sesaat. Nafas dalam dihela dan dia senyum segaris. Tangan yang terasa sejuk digenggam erat.
"My name is Nur Yahaira, and I am Bachelor of Culinary Arts and Management from UiTM Puncak Alam."
Izz mengangguk. Tanda berpuas hati dengan jawapan Yahaira.
"Among all restaurants, why did you choose La Malaya?"
"La Malaya is a great restaurant with speciality in serving Malay's cuisine. I believe there's a lot of things I can learn and improve my skills, including explore my own culture."
"Alright." Izz tutup fail dan bersandar pada kerusi. Matanya memandang tepat anak mata Yahaira.
"Sesi temuduga tamat di sini. Ada apa-apa soalan?" Yahaira tersentak. Terkebil-kebil matanya mendengar ayat yang Izz katakan. Jam tangan dikerling sekilas.
"Dah habis, encik?"
"Ya."
"Oh..." Yahaira hilang kata. Terkejut juga dia. Masa dia menunggu di luar tadi, calon-calon yang ditemuduga sebelumnya bukan main lama lagi berada di dalam bilik temuduga.
Atau jangan kata dia dah ditolak daripada awal lagi sebab kes lif tadi?
"I'm sorry sir but, are you mad at me?"
Kening lebat Izz berkerut.
"I'm sorry? Pardon?"
"Encik Izz marahkan saya sebab kes dalam lif tadi ke? Sebab tu ke sesi interview saya sekejap sangat?" soal Yahaira polos. Dia tertunduk malu tatkala tawa pendek Izz menerjah kokleanya.
"Awak nak duduk dalam ni sejam ke dengan saya?" Izz pulangkan soalan. Laju Yahaira menggelengkan kepala. Sekali lagi Izz tertawa kecil.
"Why should I mad at you? It's a normal response when strangers approach you. I don't mind, really." Yahaira hela nafas kelegaan mendengar kata-kata Izz.
"Terima kasih, Encik Izz." Dia kemudian bangkit dan keluar dari bilik temuduga. Kaki laju melangkah menuju ke lif. Dan entah kenapa, ritma jantungnya jadi laju semacam.
Sungguh dia tak tipu, berada di bawah pandangan Izz buat dia rasa berdebar. Mata Izz sikit pun tak lepas dari wajahnya. Tidaklah dia nak kata dia cantik rupawan macam bidadari sampaikan lelaki itu terpikat, tapi dia nampak cara pandangan Izz kepadanya itu... lain.
Tidaklah menakutkan, cuma buat dia rasa berdebar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Protective Guy [ongoing]
RomanceYAHAIRA | IZZ HAQQI "There's a saying said beauty is in the eye of the beholder. And for me, you are perfect enough in your own way." IZZ HAQQI. Dia lelaki yang mencintai dengan tulus dan setia. Cukup sekadar bertentangan mata cuma sesaat, nama itu...