PEN bergerak-gerak mencatit sesuatu di atas kertas. Baru menulis dua perkataan, tinta berdakwat biru itu diletak semula ke meja. Matanya tak sudah-sudah menjeling ke arah pintu, menanti sekiranya khabar tentang orang yang dinanti-nanti itu datang menjenguknya.
Sejak semalam, bukan main teruja dia mahu bertemu dengan gadis yang satu itu. Seminggu telah berlalu sejak malam dia iringi gadis itu pulang ke rumah. Tak lena satu malam dia dibuatnya asyik terbayangkan yang Yahaira akan ada dengannya 24 jam, tujuh hari seminggu!
Rancangan demi rancangan juga telah disusun atur sebaiknya dalam kepala. Peluang kedua setelah 12 tahun ini tak patut dia sia-siakan. Apa jua caranya sekali pun, dia tak mahu kehilangan Yahaira lagi. Tidak untuk kali kedua!
Bayang manusia yang kelihatan dari tingkap membuatkan dia kelam-kabut kembali mencapai pen. Buat muka serius. Anak mata ditahan daripada tertancap ke arah pintu sehinggalah bunyi kayu diketuk bergema.
"Masuk."
"Perlahan bunyi daun pintu kedengaran, wajah Janna kemudiannya menjengah pandangan mata.
"Encik Izz, staf baru dah sampai," beritahunya. Izz mengangguk sekali.
"Minta dia masuk."
"Baik, encik."
Janna hilang semula di sebalik dinding. Sempat Izz capai minyak wangi dan disembur beberapa kali ke sekitar lehernya. Cermin kecil di sisi meja ditilik, memeriksa sekiranya ada tahi mata yang tersisa atau cili yang terselit.
Al maklumlah, orang nak berjumpa dengan bunga pujaan hati!
"Assalamualaikum." Suara gemersik itu menyapa pendengarannya. Tekak berdeham perlahan sebelum dia menyambut,
"Waalaikumusalam. Silakan." Kerusi bertentangan ditunjukinya. Perlahan Yahaira menjatuhkan duduk ke atasnya.
Sunyi. Cuma bunyi penyaman udara yang memecah keheningan suasana di antara mereka. Lama mereka saling menanti siapa yang akan memulakan bicara sehinggalah Izz beralah. Dia berdeham sekali.
"Nur Yahaira..."
"Betul?" Seraut wajah yang sedari tadi membisu itu dijeling melalui ekor mata. Nampak gadis itu mengangguk perlahan.
Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu!
"So, welcome to La Malaya. As be introduced before, I am Izz. Glad to have you as one of my staffs, and I'm looking forward to work together as a great team with you." Senada dia menutur pengenalan diri dan kata alu-aluan.
"Any questions?" Yahaira menggeleng.
Izz senyum nipis. Beg kertas di tepi meja dicapai dan diletak di hadapan Yahaira.
"Ini uniform awak. Nanti Janna akan introduce awak pada staf-staf yang lain dan juga jelaskan skop kerja awak." Kali ini, Yahaira mengangguk pula. Langsung tak bersuara. Buat Izz termangu-mangu sendiri.
Bisu ke budak ni? Tapi hari tu elok saja bercakap.
Yahaira yang direnung mula tak senang duduk. Aduhai, Encik Izz ni kenapa? Memang hobi dia suka tenung orang dalam-dalam ke? Atau tudung dia senget hari ni? Hidung dia tertukar tempat dengan mulut ke?
Sesaat, dua saat, seminit.
"Err... ada apa-apa lagi ke, encik?" soal Yahaira apabila tiada tanda-tanda Izz akan mengalihkan pandangannya. Seakan tersentak, Izz kemudiannya menggeleng.
"You may leave."
Tak menanti lama, laju Yahaira bangkit dan berlalu ke arah pintu. Seram pula majikan baharunya ini, pandang orang macam nak ditelan hidup-hidup!

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Protective Guy [ongoing]
RomanceYAHAIRA | IZZ HAQQI "There's a saying said beauty is in the eye of the beholder. And for me, you are perfect enough in your own way." IZZ HAQQI. Dia lelaki yang mencintai dengan tulus dan setia. Cukup sekadar bertentangan mata cuma sesaat, nama itu...