Nur reina Batrisya melihat kawan nya, yang tengah buat assignment di atas katil nya itu dan dia berkata "jom keluar, beli novel" kata Reina ke farisha, farisha mengangkat kedua dua kening nya "eh semalam kata takde duit nak beli nasi lemak?, bila pula duit jatuh dari langit untuk beli novel ini?" Reina jeling mata dekat farisha
"tetiba rezeki masuk dompet, jom lah tak nak sudah aku pergi sorang sorang je" farisha Geleng kepala nyah "tak yah, aku datang sabar aku ambik tudung aku" kata farisha, dia bangun dari katil dan dia cari tudung dan Reina betul kan shawl hitam nya
Mereka pergi mall terdekat dengan college mereka, mereka naik grab je maklum lah dua dua takde lesen kenderaan, sampai saja mall farisha keluar kan duit dan beri pada abang grab itu dan mereka keluar dari kereta nya. Masuk saja mall mereka berdua pergi popular
"Nak beli novel apa?" Tanya farisha ke Reina Reina angkat bahu nya "entah tengok lah maybe twist lie Kut" kata reina ke farisha, farisha mengangkat kedua dua kening mata coklat cair itu memandang Reina
"Sejak bila kau baca novel English ini sape ajar" tanya dia sambil berjalan masuk ke dalam popular Reina pandang kawan nya itu "sejak rajin scroll reels kat Instagram" kata Reina tetiba BAM! dia terlanggar seorang jejaka ini kopi yang jejaka itu pegang tumpah dekat kemeja putih dan dengan suara garau nya jejaka itu kata
"Kau buta ke?" Suara dia dingin saja...Reina melihat anak mata ice blue itu, dan dia geleng kepala nya "eh sorry pakcik, tak sengaja" kata Reina, apa?! Pakcik? Jejaka itu dengan pandangan tajam nya Farisha ketawa di belakang nya
Jejaka itu melihat baju putih nya sudah kotor dengan limpahan kopi hitam itu,
"Saya mintak maaf ye, tak sengaja" kata Reina muka dia pun sama je dingin takde beza "maaf kau tak boleh bayar aku punya baju mahal ini" kata jejaka itu dengan suara garau nya...Reina menguluh dah lah takde duit sekarang tinggal pun 100 je dalam purse nya phone pulak takde battery segala duit dalam phone
"Awak bagi nombor awak, nanti saya transfer" kata Reina dengan suara dingin nya, jejaka itu melihat anak mata Reina yang warna coklat itu dan dia hanya angguk "hah Okey" kata jejaka itu selepas bagi nombor dia mau keluar popular tu tetiba Reina memanggil nya
"Pakcik nama awak apa??" Tanya Reina dah dia nampak laki tu cam tua dari dia so dia panggil lah pakcik, laki itu memandang perempuan anak mata coklat itu "Raes" dia kata lalu dia pergi dari situ farisha gelak dan melihat sahabat Reina nya itu
"Mak jumpa papa macam ini lah" usik farisha, Reina jeling mata nya kat farisha "kau ini dia bukan type aku hah, he's a jerk.." kata Reina dan farisha gelak dan dia kata "dia kacak lah mata biru, macam bukan Melayu tapi fasih bercakap melayu dia" reina hanya diam melihat novel novel disitu
"Aku sanggup single sampai mati dari trust laki lagi" kata Reina dengan dingin farisha berhenti ketawa, dan melihat sahabat nya itu "sampai bila? Nak tutup hati kau?" Tanya farisha ke Reina
"Sampai trauma aku hilang" kata Reina, tidak pernah dalam hidup nya rasa nak bercinta. Cukup lah derita hidup nya tengok kisah cinta ibu dan ayah dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Your Name In My Heart
Romance"Nur Reina bathrisya" seorang wanita yang tidak pernah merasa kasih sayang di dalam hidup nya. bapak dan keluarganya sendiri tidak pernah memberi kasih sayang pada dia, lantas kemana dia harus pergi?. dia dalam kehidupan tidak pernah mempercayai per...