抖阴社区

Bab 17

1 0 0
                                        

"Eh, mahalnya! Astaghfirullah! Heels je, kut! Apa yang sampai harga cekik tekak macam ni??" omel Kevin kepada Raes.

Raes, yang sedang memilih heels di butik YSL, hanya tersenyum. Sebenarnya, dia sedang merancang kejutan besar untuk Reina. Dia telah membeli cincin tunang dan ingin menyatukan semuanya dalam satu malam yang penuh kejutan. Sekarang, Raes berada di butik YSL untuk membeli sepasang heels yang sering Reina tunjukkan di Instagram dan repost di TikTok. Walaupun Raes jarang buka TikTok, dia sengaja menyemak akaun Reina. Akhirnya, dia nampak Reina repost heels tersebut, dan hati Raes berkata, 'Kenapa tak beli je, kan?', raes menoleh untuk memandang kevin.

Raes mengangkat kening sedikit, langsung tidak terkesan dengan bebelan Kevin. Dia mencapai kotak heels yang telah dipilihnya, menelitinya seketika sebelum menghulurkannya kepada staf butik.

"Tak perlu faham, cukup tahu aku bayar." suaranya tenang, seakan perkara ini langsung tidak membebankan.

Selesai berkata begitu, dia menyeluk tangan ke dalam poket sambil melangkah santai ke kaunter, meninggalkan Kevin yang masih terkebil-kebil dengan harga yang dirasanya tidak masuk akal.

Kevin terus pegang kepala, geleng-geleng sambil buat muka insaf palsu. "Astaghfirullah… Aku salah bawa orang ni pergi shopping. Kena panggil ustaz, nak rukyah kau sikit." Suaranya penuh drama, seolah-olah Raes baru saja buat jenayah besar.

Raes yang baru saja hulur kad kepada cashier, hanya menjeling Kevin dengan wajah selamba. Dia menyilangkan tangan di dada sebelum berkata, "Kevin, kau tu Christian. Ustaz mana nak rukyah kau?"

Kevin terkebil. "Oh… ya juga." Dia berdeham, kemudian cepat-cepat tukar skrip, "Maksud aku, aku kena panggil pastor. Ini kes berat, brother."

Raes cuma menghela nafas panjang, malas layan.

Selepas membeli heels YSL itu, mereka berdua keluar dari butik mewah tersebut. Raes terfikir untuk membeli bunga, tetapi satu persoalan timbul. Reina suka bunga apa? Dia tidak tahu.

"Perempuan suka bunga apa eh?" tanya Raes kepada Kevin, matanya sedikit berkedip seperti memikirkan sesuatu yang baru dalam hidupnya.

Kevin mengangkat keningnya, sedikit terkejut. Tiba-tiba dia terfikir, cinta boleh mengubah seseorang, bahkan manusia yang dingin macam Raes pun boleh berubah. Wow. Raes yang selama ini tidak pernah terfikir pun untuk membeli bunga untuk sesiapa selain mummy nya, kini tiba-tiba ingin membeli bunga untuk bakal tunangnya. Rasa ingin tahu itu datang begitu sahaja.

"Mana aku tahu. Bunga tu ikut individu, kalau perempuan tu suka tulip, tulip lah. Kalau dia suka rose, rose lah. Kalau dia suka orkid, orkid lah. Mana aku  tahu bakal tunang kau suka apa," kata Kevin selamba, tidak terkesan dengan pertanyaan Raes yang agak aneh baginya.

Raes menghela nafas perlahan, otaknya berputar mencari jawapan. Reina suka bunga apa? Dia tidak pernah melihat Reina berkongsi tentang bunga di media sosial. Dia suka rose ke? Tulip? Atau bunga lain? Raes tidak pasti, tetapi keinginan untuk membuat sesuatu yang manis untuk Reina kini berputik dalam hatinya.

Raes, setelah beberapa detik berfikir, akhirnya membuat keputusan untuk benar-benar membeli bunga untuk Reina. Tanpa ragu lagi, dia memberi isyarat kepada Kevin untuk mengikutinya. "Jom, kita pergi kedai bunga," katanya sambil bergerak keluar dari butik.

Kevin mengangguk, tahu bahawa Raes kini serius. Mereka berjalan menuju kedai bunga yang terletak tak jauh dari situ. Kedai itu penuh dengan pelbagai jenis bunga segar yang harum, dengan suasana yang tenang dan elegan. Begitu memasuki kedai, loceng kecil berbunyi, menarik perhatian penjaga kedai yang sedang menyusun bunga.

Seorang wanita muda menyapa mereka dengan senyuman manis. "Selamat datang! Ada yang boleh saya bantu?" tanyanya.

Raes mengangguk, kemudian bertanya dengan nada serius, "Saya nak beli bunga yang elegan, tapi… yang banyak. Yang betul-betul grand. Saya nak bagi bakal tunang saya."

Your Name In My HeartTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang