SEJAK kejadian semalam, Aisya langsung tidak keluar dari bilik. Nak turun makan apa tah lagi.
Azzahra sendiri tidak tau ingin buat macam lagi. Tidak pernah Aisya buat perangai seteruk ini sebelum ni, kali terakhir Aisya buat perangai pun masa kejadian lamanya.
"Mummy!"
Panggilan Tengku Adelia menyentakkan lamunannya. Bajunya juga ditarik oleh tangan kecil itu sejak tadi.
"Ya sayang. Sayang mummy ni lapar ke?"
Tengku Adelia menggelengkan kepalanya bagi soalan dia tadi. Malah jari telunjuk terus di halakan ke arah sliding door.
Azzahra terus palingkan wajahnya bila anak perempuannya itu seperti ingin menunjukkan sesuatu di luar sana. Di lihatya Tengku Aqil sedang bermain pasir di luar rumah tanpa di pantau oleh sesiapa pun.
"Ya Allah!" mengucap Azzahra dibuatnya dengan perangai anak lelaki manja dia tu. Cepat-cepat dia bergegas turun ke bawah bersama Tengku Adelia di dukungannya.
Sampai sahaja di depan anak lelakinya itu, dia terus mencapai tangan kecil Tengku Aqil sebelum dia membuang pasir-pasir yang ada di tangan kecil itu.
"Rayyan, why you play in the sand? You know right the sand is dirty." bebel Azzahra kegeraman. Bebel-bebel pun dia tetap bangunkan tubuh kecil itu untuk basuk tangan di sinki yang terdapat di situ.
"I am sorry mummy."
Azzahra mengeluh perlahan, dia terus duduk mencangkung menghadap anak lelakinya itu sambil kedua-dua bahu kecil itu dipegang.
"After this, don't play in the sand again, ok?"
"Ok mummy. Rayyan won't play in the sand again after this. I promise!"
Azzahra tersenyum lebar. Jarinya terus di cantumkan dengan jari kecil milik Tengku Aqil sebelum si kecil itu mencium pipi kanannya.
Aisya yang berdiri di luar bilik itu hanya jadi pemerhati sejak tadi. Dia juga turut tersenyum sambil mengusap perutnya yang memboyot itu.
"Nanti baby keluar jadi anak yang baik ya untuk mama and papa."
"ISYA, jomlah makan. Sejak pagi tadi lagi kau tak makan. Kau tak kesian kan kat baby kau ke?"
Dia hanya senyap tanpa ada rasa ingin menyahut soalan Azzahra. Kepalanya yang berdenyut kuat itu cuba dia tahan sambil memejamkan matanya. Dua hari jugalah dia memikirkan keberadaan suaminya.
"Mana hubby... Princess nak minta maaf... Baby... I miss your papa..." rintih Aisya perlahan bersama air matanya.
Azzahra mengeluh buat kali yang entah keberapa. Ini tidak boleh jadi ni, dia mesti buat seseuatu. Dia risau kalau ada apa-apa terjadi kepada Aisya dan kandungannya nanti.
PINTU bilik kerja Tengku Addyan di ketuk dari luar sebelum dia masuk ke dalam bilik itu tanpa menunggu jawapan dari orang dalam.
Kerusi yang terdapat di depan meja lelaki tu terus dia duduki dengan penuh bergaya. Mata tajam memerhati tingkah laku lelaki itu.
Tengku Addyan yang perasan ada orang sedang memerhatikan tingkah lakunya terus mengangkat kepala memandang kembarnya itu. Pandangan tajam itu di balas olehnya.
"Kau bila nak balik villa? Kau lupa ke yang kau dah jadi suami orang? Kau lupa ke bini kau tengah bawa siapa? Bini kau kat rumah dua hari tak makan sebab kau. Kau tak kesian ke kat bini dan anak kau dalam kandungan tu? Kalau tak reti nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, baik kau tak payah ada bini. Elok kau bujang je sampai ke tua." marah Tengku Aaryan dengan muka seriusnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SHE IS MRS.ADDYAN (C)
Romance??Karya kedua- Kim Asyr Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?" - Tengku Addyan Zareef "Encik cakap ngan saya ke? Maaflah saya dengar lagu tadi. Saya tak pekak, telinga saya masih elok lagi dan pende...