抖阴社区

~SPECIAL CHAPTER~ 01

589 13 4
                                        

19 TAHUN BERLALU...

Dia menyilangkan kedua-dua tangannya di dada. Riak muka usah di kata, bengang gila. Sesekali dia melihat jam di tangannya.

Kebetulan ada sekumpulan gadis yang lalu di situ. Dia sudah buat muka menyampah bila melihat sekumpulan gadis itu memandang ke arahnya dengan wajah penuh minat. Sekejap lagi adalah tu bunyi bangau keluar. Oink oink...

Eh macam lain je bunyi bangau, ahh lantak lah apa aku kisah kalau bunyinya lain.

"Handsome doh mamat tu. Kalau ajak couple dia nak tak?"

"Eh kau jangan berangan. Dia tu dah berpunya lah."

"Ha? Mana kau tau dia dah berpunya. Kau kenal dia pun tidak."

"Aku taulah. Sebab dia tu aku yang punya HAHAHA. Bye aku gi dulu..." kata gadis itu sebelum dia datang dekat ke arah jejaka handsome yang berdiri di tiang bangunan itu.

Dua orang rakan gadis itu sudah buat muka tak puas hati. Kuang asam punya member. Tak boleh jadi, apa pun terjadi mereka akan pastikan yang jejaka itu akan jadi milik mereka.

Bertambah dingin wajahnya bila sekumpulan gadis tadi mula datang ke arahnya. Elok kau duduk jauh dari aku boleh pula kau datang dekat dengan aku. Eee ada yang kena tembak ngan aku kang.

"Hye boy. You look so...handsome. I like you. Can I..."

"Yow yow yow bro. Wahh boleh tahan eh playboy kau." sergah Tengku Aqeef yang baru sahaja datang.

Tengku Aqil, Tengku Adelia juga turut berada di situ. Berasap sahaja telinga Tengku Ariq mendengar ayat adik Kembarnya.

Kepala adik kembarnya itu terus dipukuo kuat tanpa peduli pandangan gadis-gadis di depan mereka.

Gadis-gadis di depan mereka apa lagi, mulalah skru lutut longgar bila tengok tiga jejaka handsome berada di depan mereka. Ada yang memintal jari ke rambut, yang sorang pula sudah tidak duduk diam, sorang lagi tersengih-sengih macam kerang busuk.

Kini Tengku Adelia pula yang buat wajah menyampah. Aku cocok mata tu ngan garfu baru tau. Gedik.

"Korang ni memang nak berdiri kat sini macam tiang ke? Kalau nak berdiri lagi boleh, kitorang caw dulu." dingin sahaja suara Tengku Adelia bersuara. Dia terus menarik lengan kembarnya untuk berlalu pergi dari situ.

"Kau! Ikut aku. Dan kau... Bukan test aku, aku tak luak lah nak bercouple ngan korang. Tu pergi lorong sana cari laki. Hah tak kuasa aku." Tengku Ariq terus menarik badan adik kembarnya.

Hilang sahaja kelibat jejaka-jejaka itu, mereka bertiga terus menghentakkan kaki tanda protes. Tak guna punya jantan.

*Hah padan muka, kan dah kena setepek. Jp author menyampuk jap HAHAHA.

MASUK sahaja dalam villa milik keluarganya, tubuh Aqeef di campak atas sofa.

"Aduh! Sakitlah Ariq! Kau ingat aku ni barang ke nak main campak-campak. Mama! Tengok Ariq ni." ngadu Aqeef manja bila dia ternampak kelibat Aisya yang baru sahaja keluar dari dapur.

Aisya yang tak tau apa-apa terus duduk di sebelah anak kembarnya itu.

"Ariq kenapa buat adik macam tu? Tak baiklah." tegur Aisya lembut. Muka bengis anak sulungnya di pandang.

"Ma tengok lah anak ma ni. Dekat 2 jam ma 2 jam orang tunggu dia kat luar pintu mall macam tiang dia boleh jalan sambil lewa je. Lepas tu boleh pula ada tiga ekor bangau betina kacau orang, dah lah cantik gedik pulak tu ada hati nak ngan orang."

Cerita Tengku Ariq panjang lebar. Sedikit sebanyak membuatkan Aisya rasa ingin ketawa. Aduhlah hai anak, perangai sebijik macam papanya.

"Ma...orang tengah bercerita ni. Boleh pula korang gelak. Eee geram pulak aku. Tolong pegang jap tangan aku...kang ada pula yang terbang ke udara kang." marah Tengku Ariq. Mukanya sudah cemberut  habis.

"HAHAHA memang patut pun kau kena tinggal lama sikit kat situ, kalau tak mesti kau dah kena jual ann HAHAHA!" gelak Tengku Aqeef sambil bergolek-golek dia di atas lantai. Kemain dia gelak kan orang eh.

Tidak dapat tahan lagi, dia terus teranjang kembarnya itu dengan kuat. Ha kau rasakan... Sakit betul hati aku.

"Ahh! Apa ni main sepak-sepak. Akit tau ontot ite." ngadu Aqeef yang sengaja menggunakan bahasa pelatnya. Bahagian yang kena sepak tadi di sapu perlahan.

"Kau tengok muka aku?"

Aqeef terus memandang wajah kembarnya itu. "Tak handsome pun. Aku lagi handsome."

Mata di jeling ke atas. Rasa loya pula tekak dia dengar.

"Ada aku kisah. Muka macam muka tak siap, perasan betul kata diri sendiri handsome. Jual kat Thailand diorang tak nak kau. Hah malas aku layan kau, baik aku naik atas mandi lepas tu solat lagi bagus." kata Tengku Ariq sebelum kakinya muka melangkah untuk naik ke atas. Dia malas nak guna tangga jadi punat lif di tekan sebelum pintu lif itu di buka.

Tengku Aqeef mengepalkan tangannya membentuk penumbuk. Kembarnya ni memang suka cari pasal. "Aqif! Sini kau!"

Aisya menggelengkan kepalanya melihat perangai tak matang anak kembar mereka. Umur sudah menginjak 19 tahun pun perangai masih tidak matang. Ikut perangai siapalah tu. Pening kepala dia nak layan perangai kembarnya itu.

MINGGU ini mereka semua bercadang untuk berkelah di tepi sungai. Kata mereka sudah lama tidak mandi sungai dan dinner malam di sana. Itulah aktiviti mereka bila semua keluarga mereka berkumpul, selain berkelah di tepi sungai mereka juga selalu melancong ke luar negara. Hanya tahun ini sahaja mereka plan lain sikit.

"Semua barang-barang dah masuk dalam bonet? Pastikan tiada satu barang pun yang tertinggal eh?" suara Amsyar mula bergema di luar villa. Siap pakai speaker lagi.

"Dah!"

Jawap mereka semua kecuali Dayyan, dan Tengku Aaryan. Mereka berdua hanya menjadi pemerhati sahaja dari tadi. Sakit telinga diorang dengar suara lelaki itu, macam itik pok pek-pok pek aja kerja.

Itu tak termasuk Tengku Addyan, Amir dan Shahrul lagi. Mereka berdua awal-awal lagi sudah siapkan diri untuk ber konsert dalam kereta. Nasib baik mereka berdua tak naik dengan dia, kalau memang mereka berempat aku tinggalkan tepi highway.

"Alright! Let's go babe! Kita pergi berkelah! Hora! Harey!"

"Siapalah yang bagi nama lelaki ni tuk ketuai camping ni. Aku dapat orang tu memang siap aku kerjakan." gumam Dayyan keseorangan.

Kini, mereka semua mula bertolak pergi ke lokasi yang telah ditetapkan oleh Amsyar. Masing-masing excited untuk pergi berkelah.























*uuu bestnya gi berkelah...xnk bwk author ke? Kesian author korg stress hadap buku je. Haishh bilalah nak habis SPM 🤧

SHE IS MRS.ADDYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang