抖阴社区

PROLOG

97 10 3
                                    

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka, "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."

-Surah Al-A'raf ayat 80-81-

"Adam Haiqal!"

Sebaik sahaja pintu rumah apartment itu diterjah buka dari luar dengan tiba-tiba, suara tengkingan keras daripada sang penerjah menggegak gempita.

Dua tubuh lelaki yang sedang berpeluk mesra di atas sofa di ruang tamu itu terus berpisah.

Wajah Adam Haiqal, salah seorang daripada dua lelaki itu pucat lesi melihat kemunculan Tan sri Khalid, ayah kandungnya di muka pintu rumah miliknya.

Wajah berang ayahnya saat ini menimbulkan rasa gemuruh dan kegerunan yang amat dalam jiwa Adam. Dia cuma terpaku memandang ayahnya tanpa mampu bersuara untuk membela diri.

Walaupun jika dia mampu sekalipun, tindakan tersebut tiada gunanya kerana sudah terang lagi bersuluh tindakan sumbangnya sudah dilihat oleh mata kepala ayahnya sendiri.

Dada Tan Sri Khalid berombak menahan marah.

Dengan langkah yang besar, lelaki itu terus maju ke arah anaknya, dan satu tamparan kuat dilandaskan ke wajah tampan Adam sehingga terteleng kepala lelaki itu.

Pang!

Adam terasa kepalanya berpinar dek tamparan keras ayahnya, dan rasa karat darah merebak di dalam mulut.

"Adam, kau memang nak malukan aku ya! Aku tak pernah ajar anak aku berperangai songsang macam ni!"

Satu lagi tamparan keras mendarat di pipi kiri Adam pula.

Melihat Adam yang cuma menerima tamparannya dengan wajah tertunduk semakin memarakkan api kemarahan dalam hati Tan Sri Khalid.

Penumbuknya sudah diangkat untuk melunyaikan wajah tampan Adam yang padanya saat ini begitu menjijikkan itu.

Dari kecil lagi, anaknya itu punya wajah baby face yang menarik perhatian. Kulit putih cerahnya, beserta dengan dua bibir merahnya memberikan Adam ketampanan yang menarik perhatian, disertai pula dengan pakej hidung mancung dan dagu runcingnya yang persis kacukan mat saleh.

Namun dia langsung tidak menyangka yang rupa anaknya itu akhirnya digunakan untuk menggoda manusia jantina sejenisnya!

Belum sempat penumbuk Tan Sri Khalid mendarat di wajah Adam yang sudah sedia merah bekas daripada dua tamparan yang diterimanya, satu tangan sasa mencengkam lengan Tan Sri Khalid, menghentikan pergerakannya.

Tan Sri Khalid membeliakkan biji matanya, memandang lelaki tinggi sasa dengan wajah tampan yang telah menghentikannya.

"Tan Sri, bawa bertenang. Kita berbincang elok-elok. Jangan gunakan kekerasan." Lelaki itu yang merupakan pasangan Adam beraksi mesra di sofa tadi berkata tenang.

"Bertenang kepala otak kau! Kau kan yang dah rosakkan anak aku? Kau kan yang ajar dia jadi macam betina!" Penumbuk Tan Sri Khalid bertukar sasaran, dihalakan pula ke arah lelaki itu.

Namun lelaki tinggi lampai itu jelas sekali bukan lawan lelaki separuh abad seperti Tan Sri Khalid. Dengan wajah dingin, lelaki itu dengan mudahnya menangkap penumbuk Tan Sri Khalid dan memutarkan tangan Tan Sri Khalid ke belakang tubuh.

"Hilman, stop it!" Adam akhirnya mencelah dengan suara bergetar.

Lelaki yang dipanggil Hilman itu akur dan segera melepaskan tangan Tan Sri Khalid.

Adam menggigit bibirnya begitu kuat sehigga berdarah. Tubuhnya saat ini terasa dingin bagaikan baru disimbah air sejuk beku.

Mindanya terasa kelam. Rasa malu, terhina, takut, semuanya bercampur dan bergejolak di dalam jiwa.

"Papa, Adam..." Adam cuba menerangkan situasinya, namun tidak tahu bagaimana hendak menyambung ayatnya.

Ya, dia seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kaum sejenisnya. Dia seorang gay yang selama ini menyembunyikan rahsianya dalam-dalam, tanpa diketahui sesiapa pun, kecuali Hilman yang mempunyai orientasi seksual yang sama dengannya.

Namun Allah mentakdirkan pekung di dadanya dibuka hari ini, dan dalam keadaan yang sangat mengaibkan baginya, di hadapan ayahnya, individu yang paling digeruni dan juga dihormatinya.

"Adam, kau putus dengan jantan ni sekarang! Aku sendiri akan carikan kau isteri dan kau kena kahwin dengan dia! Aku tak nak ada anak yang songsang!" Tan Sri Khalid memutuskan dengan nada suara yang masih tinggi.

"... Baik, papa." Adam menjawab perlahan. Tangannya yang dari tadi menggigil digenggam erat. Dalam hatinya terasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya ayahnya tidak membuangnya dari keluarga.

"Adam!" Hilman di sisinya terus bersuara tidak setuju.

"Hilman, please... Go back." Adam berkata lirih, pandangan matanya begitu sayu memandang Hilman.

Wajah Hilman saat ini begitu kecewa dan terluka mendengar bicara Adam yang menghalaunya pergi.

"....Fine." Lelaki itu mengatur langkah kaki panjangnya dan berlalu meninggalkan Adam.

Dan Adam cuma mampu memandang belakang kekasihnya itu pergi, dengan rasa pedih yang mencucuk-cucuk di dada.

....................


Author's note: Nk menulis cerita berkaitan topik ni mmg memerlukn keberanian author_:(´ཀ'」 ∠):_ Disebabkn topik ni taboo, kita jarang nk bincang lbh lanjut, & sbb tu kita kdg2 x tahu mcm mana cara yg btl nk berinteraksi dgn golongan ni. Sdgkn bilangan mereka pula slowly semakin berkembang di negara kita.
Yes, they are increasing. As someone involved in medical field, I can tell you that.
Kisah ini adlh kisah bagaimana seorg isteri berhadapan dgn suaminya yg gay & jg pendosa in general. I hope this story will teach us how to treat this group. Benci dosa mereka tp jgn benci pendosanya. Kalau kita sisihkn mereka, mcm mana mereka nk kembali ke jalan sebenarnya?
Jadilah perawat, jgn jadi penghukum.

Mr. A.H.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang