Di rumah Humaira, Hawa termenung sendirian di ruang tamu dengan wajah muram.
Humaira melabuhkan punggung di sofa yang sama di sisi sahabatnya itu.
"Nah, minum." Humaira meletakkan muk berisi hot chocolate di atas meja di hadapan Hawa.
Hawa masih memandang kosong televisyen yang gelap hitam di hadapannya.
"... Humaira, aku rasa aku nak minta cerailah.." Tiba-tiba dia bersuara.
Humaira di sebelahnya terdiam seketika sebelum akhirnya bersuara,
"Okay."
Hawa terus berpaling memandang wajah Humaira.
"... Kau takkan hentikan aku?" Soalnya perlahan.
Humaira tersenyum nipis.
"Masa kau datang menangis kat aku kali kedua dulu, dalam hati aku dah buat keputusan. Kalau kau datang kat aku sekali lagi, aku tak akan halang apa pun keputusan yang kau buat." Ujarnya lembut.
Tubir mata Hawa bergenang kembali mendengar sokongan sahabat baiknya itu.
"Cuma Hawa, kau kena tanya balik diri kau dua soalan ni.
Satu, apa sebenarnya sebab utama kau nak bercerai dengan Adam?" Humaira mengangkat jari telunjuknya, menunjuk angka satu.
"Kedua, lepas kau dan Adam dah bercerai nanti, apa akan jadi pada kau? Pada Adam?" Lontar Humaira.
Dua persoalan yang dibangkitkan temannya itu buatkan Hawa terdiam.
Benar, apa sebenarnya yang membuatkan dia mahu meninggalkan Adam?
Adakah kerana dia gagal mendapatkan balasan cinta lelaki itu?
Sedangkan, bukankah dari awal perkahwinan dia lagi, Hawa sudah memasang niat untuk bertahan dengan perkahwinan mereka kerana Allah?
Bukankah dia telah membuat keputusan untuk tidak menjadikan cinta Adam kepadanya sebagai destinasi?
"Hawa sayang, bila Allah uji kau berulang-ulang kali dengan ujian yang sama, mungkin Dia nak kau re-check dan renew balik niat di hati kau yang mungkin dah tersasar." Tenang, perlahan Humaira memberi nasihat.
"Tapi of course kalau kau rasa perkahwinan kau dengan Adam ni toxic relationship, kau boleh step out dari perkahwinan ni." Tambah Humaira.
"But, is it? Dari aspek lain, macam mana Adam layan kau selama ini? Compared with Adam masa awal-awal perkahwinan dulu dengan Adam yang sekarang, tak ke kau sendiri yang bergembira share dengan aku perubahan demi perubahan ke arah kebaikan yang dia dah buat?" Humaira mengingatkan.
Hawa tertunduk mendengar bicara Humaira.
Benar, dari setiap aspek lain, Adam boleh dikatakan lelaki sempurna. Lelaki itu begitu lembut melayannya, melayan permintaan-permintaan Hawa, sabar meluangkan masa bersama-sama dengan Hawa. Malah, meskipun datang dari keluarga berada dan berjawatan tinggi, Adam tidak ego. Lelaki itu sentiasa terbuka menerima teguran Hawa dan cuba membuat perubahan semampunya.
Mungkin kerana itu Hawa jadi berharap lebih dan meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap Adam.
"Hawa, kau tahu tak dalam surah an-Nisa' ayat 19, Allah ada pesan sesuatu pada kau?" Humaira berkata lagi, menarik perhatian Hawa.
"Allah kata kepada para suami, tapi ayat ini boleh juga dituju untuk para isteri.
Allah kata, 'Kemudian, jika kamu rasa tidak suka dengan dia disebabkan tingkah laku dia, janganlah kamu terburu-buru. Kerana boleh jadi kamu tak suka sesuatu, sedangkan Allah menjadikan apa yang kamu tak suka itu kebaikan yang banyak untuk kamu.'"

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. A.H.
RomanceAdam Haiqal dan Aisy Hawa. Kedua-dua mereka datang dari keluarga berada namun gersang kasih sayang keluarga. Atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Tapi Hawa tak sangka pula calon suaminya itu adalah insta-famous pandai memasak yang pernah menja...