抖阴社区

Bab 15

305 29 0
                                        

Deringan bunyi telefon Haura membuatkan bacaan Radwa terganggu. Buku novel ditutup dengan ibu jari menyelit ditengah isi buku, mata menjeling Haura yang sedang berselubung di dalam selimut.

"Haura, tak nak angkat ke phone kau tu?"

"Tak nak." Haura tahu pasti kejadian petang tadi sudah sampai ke telinga Tengku Rayyan. Apa yang dia nak jawab dekat suaminya nanti? Dan, Haura tak mahu Tengku Zaim turut dipersalahkan.

Bunyi deringan tidak berhenti membuatkan Radwa jadi tidak tenang membaca. Dengan keluhan berat, Radwa turun dari katilnya dan bergerak mendekati katil Haura. Telefon yang berdering tadi terus di angkat.

"Sayang."

Radwa tersentak. Telefon dijauhkan untuk memastikan nama yang dia tengok tadi adalah orang yang sama.

Tengku Rayyan.

"Sayang?" ulang Radwa.

Haura mengeluarkan kepalanya dari selimut. Membulat besar matanya melihat Radwa memegang telefonnya. Sangka Haura telefonnya berhenti berbunyi disebabkan Tengku Rayyan pasrah menghubunginya.

"Radwa!" Laju Haura bangkit dan telefon dirampas dari tangan Radwa yang masih mengejung di situ. Punat merah ditekan sebelum kembali memandang Radwa.

"Radwa, aku... aku explain..."

"Kau dengan Tengku Rayyan ada hubungan apa-apa ke, Haura?"

"Radwa..."

Deringan telefon Haura bergema sekali lagi. Radwa memandang telefon yang berada di cengkaman Haura sebelum mata itu naik memandang Haura semula.

"Dah berapa lama?" soal Radwa.

Haura meneguk air liur. Mukanya sudah berubah pucat. Kalaulah dia angkat panggilan Tengku Rayyan tadi, Radwa tidak akan tahu.

"Radwa, aku minta maaf sebab tak beritahu kau pasal ni. Tapi, aku buat ni bersebab."

"Sebab apa? Sebab kau tak percayakan aku?" tuduh Radwa melulu.

Haura tak ada sebab untuk tidak mempercayai Radwa, tapi memang Haura tak nak orang lain tahu.

"Tak, Radwa. Kau salah faham ni."

Radwa mengangguk kepala. Sedikit kecewa dengan tanggapannya tadi. Dia dah anggap Haura macam keluarganya sendiri dan bila tahu Haura menyimpan rahsia sebesar itu, Radwa jadi hampa. Dirinya terasa dipinggirkan. Memang rahsia patut disimpan rapi, tapi Radwa terkilan kerana ianya adalah Haura dan bukannya orang lain.

"Rad... Radwa, aku explain dekat kau nanti, okay?" Sambil mencapai tudung dan disarung menutupi kepala lalu keluar dari bilik mereka. Haura rasa bersalah tinggalkan Radwa bersendirian, tapi Haura tak nak keruhkan keadaan. Biarlah Radwa bertenang dulu barulah Haura jelaskan semuanya.

Tiba saja Haura di depan pintu bilik Tengku Rayyan, belum sempat tangannya mengetuk pintu, ada suara mencelah.

"Buat apa berdiri di depan pintu Ray?"

Laju Haura berputar.

Tengku Amanda.

"Sa... saya..." Degupan jantung Haura berdetak laju. Darah yang mengalir dari pembuluhan dari mengepam laju. Bulu roma di belakang tengkuk berdiri bersama perasaan cuak.

Tengku Amanda datang mendekati Haura. Mata melirik ke arah pintu bilik Tengku Rayyan.

"Ini dah jam waktu habis kerja, kan?" Tengku Amanda melirik jam pada telefon bimbitnya.

Haura mati kutu hendak memberi alasan. Selama ini dia tak pernah kantoi dengan Tengku Amanda, tapi hari ini macam-macam pula dugaan yang berlaku.

"Err..."

Dalam Luka Ada KamuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang