抖阴社区

Part 25

5.3K 263 8
                                        

Macam tak percaya cerita Lukman ni. Nisa cakap dia akan nikah minggu ni. Itu pun belum pasti lagi bergantung kepada tunangnya.

"Aku takkan tipu kau, Iwan. Kau kawan aku. Kawan baik aku. Aku mesti nak kau gembira. Lupakan dia. Dia dah kahwin. Dah jadi hak orang lain. Untuk kau bahagia, kau kena lupakan dia. Selagi dia masih dalam ingatan kau, kau akan jadi macam ni. Robot dengan nyawa. Langsung tak ada perasaan. Senyum tidak, marah pun tidak. Kosong." Nasihat Lukman.

"Mungkin kau salah nampak tak?" Kataku cuba untuk tak percaya walaupun aku sudah tahu yang Nisa bakal menjadi milik orang lain.

"Taklah."

"Abang dia kot. Dia ada abang dekat JB tu." kataku. Masih cuba menafikan.

Mereka tak tahu yang aku dah tahu yang Nisa bakal kahwin. Aku cuma cakap Nisa merajuk dan bawa diri. Macam mana aku nak cerita pada orang lain bila aku sendiri tak boleh terima lagi hakikat bahawa dia sudah tinggalkan aku dan sudah punya pengganti aku?

"Abang apa kalau dekat jari dia ada inai? Cincin lagi." Sangkal Lukman.

"Apa cite inai cincin ni? Kau nak kahwin dah ke Lukman?" Suara Adli yang baru muncul kedengaran. Ros disebelahnya sudah duduk disebelah Lukman. Adli mengambil tempat disebelahku.

"Ni ha. Aku bagitau dia aku jumpa Nisa hari tu. Nisa dah kahwin tapi dia tak nak percaya." Cerita Lukman.

"Nisa? Oh, budak gemuk hari tu, tu?" Tanya Ros.

Lukman angguk.

"Aku jumpa dia juga hari bila tah. Terlanggar dia. Nampak juga jari dia berinai. Cincin dia satu belah rotan, yang satu lagi tu cincin zaman dulu. Mungkin cincin warisan keluarga suami dia lah kot. Design zaman tok nadok tu." Ros mengadu.

"Kalau baru sebulan dia tahu dan dia tinggalkan kau, bukan kau mainkan dia. Dia yang mainkan kau ni, Iwan." Sambung Ros.

"Lupakanlah dia Iwan. Ramai lagi perempuan lain yang lebih sesuai dengan kau. Kalau kau nak aku carikan pun, aku boleh saja tolong recommend kan." Sambung Ros lagi setelah seketika berhenti untuk memesan pesanannya.

"Awak ni, cakap senang saja. Ini melibatkan hati dan perasaan." Kata Adli. Menegur Ros.

"Sebab tu aku pun nasihatkan dia supaya lupakan. Kau tak tahu, dia dah macam robot. Hidup tak ada perasaan. Ini Mami tak ada. Nanti Mami dah balik, bukankah dia risau tengok anak dia macam ni?" Kata Lukman.

"Iwan dengar cakap aku. Kau kena lupakan Nisa untuk Mami." Nasihat Lukman.

"Betul tu Iwan." Sokong Ros.

"Aku balik dululah." Kataku dan terus bangun.

Aku abaikan suara yang suruh aku duduk disitu. Aku nak balik. Aku nak rehat.

Lupakan Nisa? Mana mungkin aku lupakan dia. Biarlah dia sudah berkahwin pun, cintaku padanya tetap utuh berada dihati. Tidak mungkin aku dapat pernah lupakan dia walaupun suatu hari nanti cintaku sudah berganti. Kerana dia pernah menjadi sebahagian dari hidup aku.

Gemuk DurjanaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang