Malam ini aku temankan Iwan sendirian. Semalam kami sekeluarga tidur disini. Temankan Iwan yang panas badannya tak kebah-kebah. Baru tengahari tadi panasnya turun.
Aku tahu ianya tidak baik tapi aku juga risau andai dia ditinggalkan sendirian. Mama, abah dan semua dirumah terpaksa ke Johor Bahru untuk sesuatu yang penting. Tinggal aku kerana aku tidak diperlukan untuk urusan itu. Lagipun, mereka juga risaukan kesihatan Iwan. Disebabkan itu, aku ditinggalkan sendirian untuk menemani Iwan.
"Iwan ada?" Tegur seorang perempuan. Aku kerut dahiku.
"Saya Hanis. Kawan baru dia. Saja nak jumpa dia. Dari semalam tak nampak dia. Call tak angkat. Message pun tak reply." Katanya.
"Ooo... Hanis. Kawan baru. Kawan baru pun dah tahu rumah. Dah berani datang rumah." Sindirku.
"Ala, kak. Time Mami tak ada, beranilah nak datang. Sat nanti Mami dah balik, segan nak datang. Nanti Mami kata apa pula." Jawabnya.
"Ooo... Mami kata apa, risau pula. Allah kata apa, tak risau pula?" Sindirku lagi.
"Relaxlah kak. Bukan buat apa pun. Takat bercerita. Iwan tu tengah sedih. Kekasihku diambil orang, ceritanya." Katanya dan terus melulu masuk.
"Stop. Stop. Stop. Keluar sekarang. Apa hak kau nak masuk? Sekarang, keluar." Halauku.
"Sekejap saja kak. Dapat lepaskan rindu sekejap je pun, jadilah." Katanya.
"Tak ada maknanya lepaskan rindu. Mana ada kawan rindu macam ni sekali. Dah, berambus." Marhku.
"Biasalah, kak. Sekarang kawan. Nanti jadi suami saya. Tolonglah kak. Bagi saya peluang nak rapat dengan dia masa ni. Orang kata time sedih ni kalau kita tunjuk yang kita care kat dia, rasa sayang tu senang nak timbul. Please." Rayunya.
"Tak ada maknanya. Siapa ajar kau ajaran sesat ni? Pergi sekarang." Sekali lagi aku menghalaunya.
"Abang Lukman yang ajar. Abang Lukman yang kenalkan saya pada Iwan. Abang Lukman yang nak kami berkawan dan berkasih seterusnya kahwin. Tapi kalau akak halang amcam ni, macam mana kasih tu nak terjalin. Lagipun, esok atau lusa, Mami dah balik. Susahlah nak dekat dengan dia. Tolonglah kak." Rayunya lagi.
Aku geram. Aku tarik tangan dia dan menghumban dia keluar rumah. Aku cepat mengunci pagar rumah dan masuk ke dalam. Tanpa menghiraukan jeritan perempun tu mahupun rayuannya.
Aku terus naik keatas. Masuk ke bilik Iwan. Aku cekak pinggang menghadap dia yang sedang enak tidur. Sedap betul dia tidur. Geram betul hati kita tengok. Kawan baru yea. Huh, Nisa dah halau dah dia.
"Eee... Nisa rasa nak cekik saja abang Iwan ni. Cepat betul cari pengganti Nisa." Marahku. Aku tenung dia yang sedang tidur itu lama. Bermacam-macam suara bermain didalam benakku. Sudah macam debat perdana.
"Nisa. Nisa." Panggil Iwan. Matanya masih terpejam. Sekali lagi nama aku dipanggilnya.
"Abang Iwan. abang Iwan. Izwanshah Hazriq" panggilku. Aku rasa dia mengigau. Aku lihat air matanya mengalir. Sayup namaku disebutnya berulang kali.
Aku rasa dahinya. Lehernya. Pipinya. Badannya. Panas. Walau tidak sepanas semalam tapi dia sudah kembali panas dari tadi sebelum aku balik ke rumah tadi. Aku kejut dia sampai bangun.
"Jom mandi." Kataku dan terus menarik tangannya untuk duduk.
Dia begitu lemah. Dengan kudrat yang ada, aku pimpin dia ke bilik mandi. Aku mandikan dia. Lama sehingga suhu badannya turun. Lekas juga aku lap badannya. Dengan segera aku pakaikan kain pelikatnya dan membuang kain pelikat yang telah basah. Aku pimpin dia ke dalam bilik. Lap kakinya dan pakaikan stoking. Pakaikannya baju dan baringkan dia semula. Waktu ini dah tak fikir apa pun. Risau aku melebihi segalanya saat itu. Doaku, Allah ampunkan dosa kami
Lama aku pandang dia. Hati aku berbicara banyak benda sampai tak tahu nak cerita yang mana. Yang pasti, aku sedar bahawasanya aku masih sayang dan cintakan dia. Selama ini, aku cuba tutup tapi hati aku tak pernah tutup untuk dia. Aku cuba tahan dia supaya dia tak masuk ke dalam hatiku. Hakikatnya, dia dah lama menghuni disitu. Tak pernah aku halaunya keluar.
Entah bila aku tidur, sedar saja, aku tersedak dan batuk. Badan aku pun terasa sejuk saja. Mata aku begitu berat hendak dibuka. Bagaikan digam dengan kuat. Aku tahu syndrome demam sedang menjengahku. Aku cuba meraba apa yang boleh menyelimutkan aku. Namun, ada satu tangan menyentuh dahiku.
"Nisa demam." Suara itu walaupun lemah tapi penuh kerisauan.
Aku rasa ada pergerakan yang lemah dan perlahan turun dari katil. Akal warasku menjengah. Aku diatas katil Iwan. Aku rasa tadi aku duduk di hujung katilnya. Entah bila aku baring disebelahnya. Malunya.
"Nisa boleh bangun?" Tanyanya. Aku angguk. Mataku paksa buka.
"Jom kita pergi hospital." Ajaknya. Aku geleng. Aku duduk. Seketika aku berdiri.
"Abang Iwan rehatlah." Kataku. Batuk mula menjengah aku sekali lagi.
Aku lihat muka pucatnya sudah bersiap untuk menghantar aku ke hospital. Dengan kain pelikat dan disarungnya sweater dibadannya. Kepala aku pening. Aku kembali duduk dihujung katil.
"Jom." Dengan sepenuh tenaga dia memapah aku. Terasa hangatnya badannya. Aku pun tak tahu, siapa yang pimpin siapa. Dia sempat menyambar kunci keretaku dan telefon bimbitku.
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam sewaktu kami sudah hampir ke pintu.
"Waalaikumsalam." Jawab kami serentak. Perlahan.
"Kami dari Jabatan Agama Islam Selangor. Kami terima aduan ada pasangan khalwat dalam rumah ini." Kata salah seorang dari mereka berlima yang ada di pagar rumah saat kami mendekati mereka.
"Encik, masuk dulu. Buat macam rumah sendiri. Ini kunci rumah. Saya nak bawa tunang saya ke hospital. Dia demam. Kalau encik nak buat kes, kami ada dekat sri kota tu saja. Nanti encik cari kami disitu. Saya tunggu encik. Saya Izwanshah Hazriq dan ni tunang saya Nisa Ul Husna." Kata Iwan lemah. Dia menyerahkan kunci rumahnya kepada salah seorang dari mereka dan memasukkan aku ke dalam keretaku.
Tiba di Sri Kota Specialist Hospital, dia meletakkan aku didalam bilik kecemasan sebelum dia keluar untuk buat pendaftaranku. Selang 10 minit kemudian, dia pula dibawa ke dalam bilik kecemasan ini dalam keadaan tak sedarkan diri.
"Nurse, dia ada allergic dengan ubat tapi saya tak pasti ubat apa." Sempat aku berpesan pada jururawat yang bertugas. Jururawat itu hanya angguk.
"Nak duduk sebilik ke?" Tanya nurse tadi. Aku fikir seketika sebelum mengangguk.
"Mestilah sebilik, kan? Suami isteri." Katanya.
"Taklah nurse. Dia tunang saya." Kataku membetulkan tanggapannya.
"Tapi biar kami duduk sebilik. Senang saya nak jaga dia." Kataku. Dia hanya angguk walaupun mukanya tak setuju.
Suka hatilah. Ada aku kisah?

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...