Yumi bergerak keluar dari dapur dengan semangkuk potongan tembikai dan duduk di sebelah Jungkook yang sedang menonton rancangan 'Running Man' dengan muka kosong. Yumi turut menyertai dan serta-merta ketawa besar disebabkan lawak yang dibuat oleh Kwangsoo.
Tapi Jungkook buat muka kosong.
"Cikgu tak sihat ke? Diam semacam je ni." Merisaukan keadaan Jungkook yang seperti cicak tersepit pintu, segera sepotong tembikai diambil dan dihulurkan kepada si lelaki itu. "Cikgu makanlah ni! Biar saya pergi cari ubat demam dekat almari jap ek?" Dengan gerakan ninja, Yumi mencari-cari ubat di dapur.
Setelah ubat berjaya dijumpai, Yumi duduk di hadapan Jungkook sambil menuangkan sesudu penuh ubat demam. Dengan hati-hati, ubat tersebut selamat ditelan.
"Cikgu, ada masalah ke? Cubalah ceritakan dekat saya." ujar Yumi sambil mengurut tangan Jungkook. Kesian, mungkin penat menanda buku pelajar.
Jungkook sekadar merenung kosong ke arah wajah Yumi. Segera kejadian sebentar tadi terbayang-bayang di fikirannya. Yuri kata dia akan minta putus hubungan sekiranya Jungkook masih meneruskan hubungannya dengan Yumi seperti ini.
"Rasanya awak tak perlu tahu kot." Lemah Jungkook bersuara.
Hati Yumi bergetar apabila Jungkook membahasakan dirinya 'awak' dengan tiba-tiba. Tapi dia tak peduli lagi pasal tu, yang dia kisah sekarang mesti ada sesuatu yang mengganggu Jungkook.
"Tak mungkinlah. Mesti ada sesuatu ni, kan? Beritahulah. Apa gunanya kalau kita duduk sama-sama tapi tak kongsi masalah?" Yumi cuba mendesak dengan cara perlahan.
Jungkook mengeluh dan menarik tangannya perlahan walau hatinya masih menginginkan urutan yang istimewa itu. "Saya rasa, lebih baik kita ikut hal masing-masing mulai sekarang."
Hati Yumi terhenti seketika. "Ya? Kenapa?" Kedua-dua tangannya digenggam kuat.
Dengan terpaksa, Jungkook memberitahu. "Akak saya, Yein dengan Yuri dah tahu. Diorang berdua minta saya putuskan hubungan ni dengan awak. Yein beri masa sehingga lepas peperiksaan kemasukan universiti awak, lepas tu saya wajib tinggalkan awak dan pindah ke Busan,"
Yumi mendengar dengan hati yang patah.
"Lepas tu, Yuri pula kebetulan ada di kafe tu. Dia pun terdengarlah semua ni. Dia minta saya batalkan perjanjian ini dan tinggalkan awak sekiranya tidak mahu kehilangan dia."
Jungkook mengurut-urut ubun kepalanya manakala Yumi sudah mengalirkan air mata dalam diam. Kepalanya tertunduk.
"Cikgu, macam mana kalau..."
Jungkook mengangkatkan kepalanya dan memandang Yumi.
"saya kata yang saya nampak Yuri dengan seorang lelaki bercium di tempat awam?" Terketar-ketar Yumi memberitahu perkara yang benar.
Jungkook tersenyum sinis. "Apa yang awak merepek ni? Mentang-mentang kepala saya tengah pening ni, awak mulalah mereka cerita kan?"
"Tak! Saya berkata yang benar! Saya tak menipu!"
"Kau tahu tak Yuri tu siapa?! Aku bercinta dengan dia sebelum kau muncul! Kau boleh faham tak apa yang terjadi sekarang ni!? Yein dengan Yuri nak kita berpisah!"
Jungkook menjerit dengan tiba-tiba, membuatkan Yumi tersentak. Tubir mata diisi dengan air lagi. Perasaannya begitu takut, ditambah pula dengan kekecewaannya.
Kini mereka berdua berdiri menghadap masing-masing. Bertentangan mata.
"Tak, cikgu kena percayakan saya sekarang! Saya tak menipulah!"
"Takkan aku nak hancurkan hubungan tiga tahun disebabkan oleh seorang budak perempuan sekolah menengah huh?"
Yumi terdiam, Jungkook menggenggam tangannya dan hanya mendengus geram. Air mata sudah membasahi wajah putih mulus Yumi, namun semua itu tidak lagi dipedulikan oleh Jungkook.
"Kau siapa? Ingatlah balik apa tujuan kita setuju dengan perjanjian tu. Cuba fikirkan pasal Puan Han."
"Tak! Sekarang ni saya sedang cakap tentang Yuri dengan lelaki tu! Betul! Yuri curang dengan cikgu!"
"Kau fikir aku nak percaya? Kau fikir lepas kau luahkan cinta kau tu, aku nak percayakan kau terus? Boleh pergilah dengan cinta monyet kau tu! Dah! Aku nak tidur! Lepas ni, apa-apa masalah pun, tak payah nak ceritakan antara kita berdua. Kau pergi dengan Jin kau, aku dengan Yuri. Selesai masalah."
Pintu bilik dihempas kuat, membiarkan Yumi keseorangan dalam keadaan terkejut. Air mata masih lagi mengalir laju membasahi pipi. Cinta monyet? Tidak pernah dia berfikir sebegitu.
Jaket dicapai. Dia perlu menenangkan dirinya atas apa yang terjadi. Sama juga dengan Jungkook. Dia turut memerlukan masa. Yalah, Jungkook dah ada Yuri, dia pula ada Jin di sisi.
♡
Jam di telefon ditenung. 2:30 pagi. Masih lagi penuh dengan orang di taman rekreasi itu. Ada yang sedang bersenam, sedang belajar, dan ada yang sedang menikmati temujanji lewat malam.
Tapi bagi Yumi pula, dia sedang khusyuk menyendiri dan melihat bintang-bintang yang bersinar di langit dengan aiskrim coklat di tangan. Air mata masih lagi rajin mengalir. Terdapat sesetengah orang di situ memandang pelik, mungkin disebabkan oleh Yumi yang menangis sambil makan aiskrim.
Yumi menyorokkan mukanya disebalik skaf yang tebal, dan menyambung kembali tangisannya. Pegangan aiskrimnya masih lagi kukuh. Ternyata dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Selalunya Jungkook dan Jin, tetapi kenapa hatinya meronta memanggil Jungkook?
"Aku nak Jin. Mana dia?" Tapi hatinya memilih Jungkook. Yumi menutup matanya dan sekadar menahan kesedihan dalam dirinya sendiri.
"Apa kau buat dekat sini?"
Yumi mengangkat lemah kepalanya. "Jongdae?" Serta-merta tangisnya terhenti. Skaf tebal di leher dibuat untuk mengelap air mata. "Kau buat apa dekat sini?"
"Aku tengah siram pokok ni. Kau asal? Jumpa kau je sedih, jumpa kau je sedih. Bila aku sedih je kau gembira. Apa kena ni?"
"Kau ni cakap tak serupa bikin. Kau tengah joging kan, macam mana boleh siram pokok pulak?"
"Dah tu asal tanya lagi? Menyampah pulak aku cakap dengan kau ni. Dia yang tanya serupa tak bikin." Jongdae menjeling sambil mengelap peluhnya dengan sehelai tuala kecil. "Nak bau tuala ni?"
Segera tangan Jongdae ditepis apabila tuala itu semakin hampir ke hidung Yumi. "Eii, aku tampar jugak kau ni kang. Aku dahlah tengah sedih ni, kau nak buat aku pulak rasa menyampah ya?"
"Dari sedih memanjang, lebih baik kau cerita dekat aku apa yang jadi. Kot aku boleh tolong." Yumi memandang sejenak sebelum menceritakan segalanya. Jongdae pula sekadar menganggku dan kadang-kadang menekup mulut sebab terlalu terkejut. Yumi nak saja cubit dia tapi Jongdae tengah khusyuk jadi dia tak boleh nak ganggu.
"Ish, apa susah? Lagi sekali kalau kita terserempak si Yuri dengan lelaki tu, kita tangkap gambar lepas tu tunjuk bukti dekat cikgu Jeon. Apa susah?" Jongdae memberi cadangan. Yumi pula menghela nafas, letih.
"Tak payahlah! Biarlah dia nak percaya ke tak nak. Lagipun, dia suruh aku ingat balik apa tujuan aku setuju dalam perjanjian tu kan? Jadi, lepas ni aku memang akan betul-betul tekun belajar. Aku nak ikut Jin pergi Seoul University. Untunglah dia diterima." Yumi tersenyum malu apabila mengenangkan teman lelakinya itu. Berbunga-bunga!
"Kalau macam tu aku pun nak belajar betul-betullah! Aku nak ikut juga Jin mana dia pergi!" teriak Jongdae dengan penuh kegedikan.
"Ah! Tak payah! Aku doakan kau dapat tawaran yang jauh dari sini! Sibuk tahu tak!?" Yumi mengejek sebelum melarikan diri daripada cubitan kala jengking Jongdae.
"Tak guna Yumi! Aku kejar kau sampai lubang jamban! Siap kau!"
Dan malam itu, perasaan Yumi kembali stabil dan pulih disebabkan oleh Jongdae yang sudi menjadi teman luahan perasaannya.
♡♡
Never never never fall ohemgi Jungkook really kejam haduh .

ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...