抖阴社区

14

5.6K 599 32
                                        

Yumi menoleh ke arah Yuri dan Jungkook silih berganti. Bibir diketap. Mindanya buntu. Jungkook mungkin akan nampak semua ni. Habislah!

"Cikgu," Yumi berlari ke arah Jungkook lalu memegang lengannya. "Jom pergi dekat tempat lainlah. Saya... nampak Yuri," Yumi memberitahu. "Kalau dia nampak kita bersama macam ni, mesti dia marah. Kita pergi tempat lainlah, ya?"

Jungkook menjadi ceria setelah mendengar nama Yuri. Senyuman lantas muncul di wajahnya. "Ya ke? Takpelah, kamu tunggu dekat sini, biar cikgu masuk dalam. Lagipun dia bukan tahu kamu ada dekat sini kan?"

Masalahnya dia dengan lelaki lain! Bercumbuan!

Jungkook melepaskan tangan Yumi, dan ingin bergerak masuk ke dalam kafe sebelum Yumi menghalangnya. "Tak! Cikgu tak boleh masuk!"

"Kenapa dengan kamu?" Jungkook menoleh dengan muka kerut seribu. Tangannya sudah sedia memegang tombol pintu untuk membukanya. Yumi menghela nafas yang tercungap-cungap, merasakan yang ini semua mungkin akan berakhir dengan satu tragedi.

"Saya takut ..."

"Takpelah. Saya pergi beli cepat. Saya cuma hendak jumpa Yuri sekejap sahaja. Saya rindu dialah," Dengan itu, Jungkook menolak pintu itu lalu menerpa masuk dengan wajah yang gembira. Yumi mengekori dari belakang.

"Yu...ri?" Jungkook terhenti. Terhenti tepat di hadapan Yuri yang sedang asyik bersentuhan dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Senyumannya mati. Begitu juga Yuri. Serta-merta tangannya ditarik manakala tangan Kris yang mengusap pipinya sebentar tadi ditolak kuat.

Segera Yuri berdiri dan memberanikan dirinya untuk mendekati Jungkook. Tembelangnya sudah pecah! Senyuman palsu dibuat untuk menyedapkan hati Jungkook yang mungkin sedang kepanasan.

"Awak..."

Tanpa diduga, Jungkook menerpa ke arah Kris lalu bertindak membelasah jejaka itu dengan teruk. Bertubi-tubi tumbukan dihayun ke wajah Kris disertai dengan hamburan kata-kata kesat.

Yuri cuba untuk meleraikan mereka, namun keadaan semakin teruk dengan tindak balas Kris yang turut membalas dengan tumbukan. Seluruh kafe menjadi sesak dan kecoh. Sesetengah pelanggan meninggalkan kafe itu, dan ada pula yang turut menyaksikan pergaduhan itu.

Yumi sudah kecut perut. Tidak pernah dia lihat Jungkook semarah ini. Dia sekadar berdiri dengan senyap di sudut kafe itu sambil memerhati dengan sepasang mata yang penuh ketakutan. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat, menggigil.

"...cikgu..." rintihnya.

Selepas beberapa ketika, akhirnya pergaduhan itu terlerai setelah pengurus kafe itu membabitkan dirinya. Terlepas juga beberapa tumbukan ke arah pengurus itu. Kesian.

Kris meninggalkan kafe itu dengan segera dengan wajah yang membengis. Jungkook pula dipimpin oleh Yuri, perlahan-lahan keluar dari kafe. Yumi yang ketakutan hampir mengalirkan air mata, dan Jungkook pula menyedarinya. Sedang dalam perjalanan keluar, matanya sekadar merenung redup ke arah gadis kecil itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

Jungkook menolak perlahan tangan Yuri, lantas meninggalkan kafe itu dengan segera. Keadaan kembali tenang dan terdapat beberapa pekerja kafe itu yang sedang mengemas kembali meja-meja yang bertaburan.

Yuri menggigit bibirnya geram. Tangan Yumi dicapai kuat, lalu ditarik ke luar kafe, dan terus ke lorong belakang kafe yang gelap itu. "Apa masalah kau?!" Bahu Yumi ditolak sehingga belakangnya terhentak dengan dinding bangunan itu. "Kau sengaja bawa dia pergi ke kafe ni kan?! Kau sengaja nak bocorkan semua ni?!"

Yumi mengerang kesakitan sambil menahan air matanya keluar dari tubir mata. Dia menggeleng perlahan. "Tak. Saya cuma nak beli makanan, tak sangka pula terserempak dengan awak dekat sini."

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang