"ha, hee sampai pun kamu .ini nenek nak kenalkan kamu dengan cucuk nenek" katanya.pergelangan hee yun ditarik. disuruhnya hee yun duduk di hadapan cucunya.
hee yun terkelu manakala cucunya hanya tersenyum manis ke arah her yun.
"chim, apa senyum-senyum tu ingat kamu dah kahwin" pesan neneknya.jimin hanya mengangguk sambil pandangannya masih tidak lekang ke arah hee yun.
"nenek nak tahu siapa isteri chim" soalnya, tangan neneknya diraih.
"ini depan nenek inilah isteri chim" katanya dengan selamba.hee yun sudah menundukkan pandangan .sumpah dia tak tahu yang dia bekerja dengan nenek jimin selama ni.
nenek jimin terkelu sebentar.sebelum, tubuh hee yun didakap rapat.
"ya tuhan, seronoknya nenek! kamu pilih isteri yang baik chim.hee baik budaknya" katanya sambil mengusap rambut hee yun .lalu, dia melepaskan pelukan.tangan hee yun dan jimin dia raih.
"janji dengan nenek, kamu berdua akan bahagia"
"sudah tentu nek" jawab jimin yakin.hee yun tersenyum memandang nenek.
"apa sahaja untuk nenek" tangan orang tua itu hee yun cium lembut.atas kepala hee yun diusap lembut nenek.
"untung betul kamu chim dapat hee.kalau dia tak terserempak dengan nenek hari itu memang nenek tak hiduplah hari ni"
"nenek" ujar hee yun perlahan.tangannya hee yun genggam erat.entah, hee yun sendiri sudah mulai sayangi orang tua ini.
"nasib baik dia ada tolong nenek setiap hari, kalau tak siapa nak melayan pelanggan.dia masak pun sedap.kamu memang dapat yang sempurna lah chim." puji nenek lagi.pipi hee yun mula memerah.malu dipuji begitu sekali.
"ya, nek chim tahu sebab dia sempurna lah chim kaut dulu" katanya lalu ketawa.nenek juga turut ketawa.
"ah, nenek lupa pula kamu mahu bubur ketam tadi.nenek buatkan sebentar" nenek bangun dari duduknya.
"nenek biar hee tolong" hee yun turut bangun.
"eh tak apa, kamu layan suami kamu ya?" kata nenek lalu terus beredar.hee yun duduk semula di kerusi.sedari tadi jimin hanya melihatnya . hee tun dapat rasakan dia akan sekolahkannya sekarang.
"tak pergi sekolah?"
bingo
soal jimin lembut.hee yun geleng. jimin hembus nafas perlahan.
"saya faham awak nak tolong nenek saya, tapi sekolah jangan ponteng ya?" pesannya dengan suara yang mendatar.hee tun mengangguk.tangan jimin mengusap lembut pipi milik hee yun.
"terima kasih tolong nenek saya" dia bangun lalu menghadiahkan ciuman pada kedua-dua belah pipinya.
"jimin, tempat awam ni" kata hee yun terus memegang kedua belah pipi miliknya. jimin hanya senyum mengejek.
"habis itu, kenapa? saya suami awak" balasnya lalu menjelirkan lidah seperti budak.
"gedik" gumam hee yun perlahan.
"apa? nak kena cium bibir tu" usik jimin. cepat-cepat hee yun menutup bibir menggunakan tangan. melihat reaksi hee yun terus jimin meletuskan tawa.
nenek yang melihat dari jauh tersenyum melihat pasangan itu.dia tahu segalanya, punca kerana mereka berdua kahwin.tetapi, melihat sahaja cara cucunya melihat hee yun dia pasti lelaki itu cinta mati kepada hee yun.hatinya senang mengenangkannya.hee yun, dia tahu gadis itu masih malu dan masih merasakan dia membebankan jimin.nenek menggeleng apabila melihat jimin tidak habis mengusik hee yun.naik merah di buatnya gadis itu.
"Sekarang aku boleh mati dengan tenang" kata nenek sambil tersenyum.
🎈🗝

ANDA SEDANG MEMBACA
Diary +pjm+
Fanfiction" setiap kali mata kita bertembung, apa yang saya mahu lakukan adalah untuk menjaga dan sayangi awak " " awak bagaikan kejaiban yang hadir di dalam hidup saya " ? currently editing new storyline ? ?swearing? ?mature content? ?lower case? ?mix bm/bi?...