抖阴社区

?belon sebelas?

100 8 0
                                        

hee yun pov

kalau dikira dengan jari, lagi dua hari jimin akan menetap di rumah ini dan terus bekerja di busan.mungkin kami berdua tidak lagi akan menjejakkan kakikan seoul.Oleh sebab itu, aku bersiap hari ini untuk ke seoul.bukan apa, semalam rose mesej aku.katanya mahu jumpa aku.rindu.

sekarang aku sudah tiba di seoul.cafe yang diberi alamat oleh rose aku tuju.sampai sahaja di cafe tersebut aku duduk di sebuah meja yang mempunyai dua kerusi.

you
rosiee, awak kat mana?😝

🌹
otw

you
cepatlah, boring ni🤦🏻‍♀️

🌹
I'm right behind your back

membaca mesej baru dihantarnya membuatkan aku bangun dari duduk .tubuh aku dipusingkan dengan senyum mekar dibibir.tetapi senyuman tu tidak lama.mata aku membulat.

"oh, hai lama tunggu?" soalnya.dia duduk dihadapan aku tanpa dipelawa.

"maaf, saya pergi dahulu" kata aku.beg galas aku capai.belum sempat aku melangkah keluar dia memegang pergelangan tangan aku kuat.

"taehyung, sakit" rintih aku.

"duduk, atau aku buat lebih lagi" katanya.aku akur.pergelangan tangan aku tarik dan aku duduk dihadapannya.

"tak sangka kau kawan dengan sayang aku?" katanya sambil menjungkit bibir.

"awak nak apa?" soal aku, mengendahkan soalannya.

"jadi betulah, khabar angin kata kau dengan park jimin dah kahwin?" soalnya dengan cukup sinis.

aku tersentak.bibir aku gigit kuat.kaki aku mula menggeletar.aku tak nak libatkan jimin dalam hal ini. tetapi tengoklah sekarang.

"kenapa?kawan aku kena kahwin dengan kau sebab kau mengandungkan anak haram orang lain?dan kau reka cerita nak suruh dia bertanggungjawab?!"

"hey, aku tanya jawab lah!" jeritnya kasar.semua orang yang berada di cafe mula tertumpu ke arah kami berdua.

"taehyung , kita boleh bincang dekat tempat lain.bukan dekat tempat awam" kata aku dengan nada yang bergetar.

"kau tahu pun malu?! Perempuan jenis apalah kau ni.seronok dapat musnahkan kehidupan normal jimin?!" marahnya lagi.

aku hanya menunduk.tidak dapat aku keluarkan sebutir ayat pun.

"aku kata, balas apa aku cakap" dagu aku ditarik kasar.aku tahu dia akan bertindak untuk menampar pipi aku.aku menutup mata, bersedia untuk kena tamparannya.

belum sempat aku rasakan apa-apa.dagu aku tiada lagi siapa pegang.tubuh aku dirangkul erat oleh seseorang. bau ini, aku kenal bau ini

"sayang, awak ok?" soalnya.kedua belah pipi aku dipegangnya.aku mengangguk.

"hey, jimin! jadi betullah khabar angin dekat sekolah tu? Kau kahwin dengan betina ni?!"

"kalau betul pun kenapa?!"

"betina ni buat apa sampai kau kahwin dengan dia hah?!"

"kau tak perlu tahu, mulai sekarang taehyung jangan kau pernah sentuh atau dekati isteri aku!" kata jimin, pergelangan aku dia tarik lembut.

aku hanya mengikutinya sampai ke kereta miliknya.keadaan hanya kekal senyap.jimin tidak membuka mulutnya mahupun aku.dia membawa keretanya, ke busan mungkin.aku mengedipkan mata aku beberapa kali.air mata mula jatuh, aku masih terasa akan kata-kata taehyung tadi.jimin masih fokus memandu dan tidak menghiraukan aku.aku menutup mata untuk tidur.biarlah marahnya redha.

🎈

gosh, tulis taehyung jadi a**hole ini amat perit ya, gagagaga

Diary +pjm+Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang