Perjalanan ke Indonesia mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang masa tersebut aku tidur dengan nyenyak sekali. Mana tidaknya, malam tadi aku tidur pada pukul 3 pagi gara-gara mata yang gatal tak mahu lelap.
Aku pandang ke arah cermin dan menikmati pemandangan laut yang begitu indah sekali.
"Attention to all passengers, we will be landing in 10 minutes. please put on your seat belts......"
Aku dapat rasakan mata aku amat berat dan aku tertidur kembali.
Tiba2 aku terasa bahuku ditepuk lembut."Hey, wake up. We're almost there"
Aku membuka mata dan berpaling wajah.
Aku terpesona seketika kerana melihat muka jejaka tampan tadi yang duduk di sebelahku memakai beanie berwarna kelabu. Dia senyum ke arah aku dan aku cepat2 berpaling kerana tidak mahu pengsan di bahunya pula kerana senyumannya itu. Indahnya ciptaanmu Ya Allah.;
Aku tunggu di tempat mengambil beg. Kelihatan ramai sudah mengambil beg-beg mereka kecuali dua tiga orang lagi yang masih menunggu.
Lebih kurang 10 minit menunggu, akhirnya beg aku sudah kelihatan. Alhamdulillah. kemudian, aku terus pergi ke lobi untuk bertemu dengan Pak Cik Arino iaitu pemandu aku sepanjang aku berada disini.
Pak Cik Arino mengatakan dia akan sampai sebentar sahaja lagi kerana trafik yang agak sesak . Mungkin lagi 15 minit. Haih, hari ini semua benda asyik kena tunggu saja.
Sementara menunggu, aku duduk di bangku yang telah disediakan di kawasan lobi tetapi cukup untuk aku lihat ketibaan Pak Cik Arino.
Tidak lama menunggu, dia pun sampai dia hadapan lobi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Myra ??
RomanceMyra tidak mengetahui bahawa dia akan dikahwinkan oleh seorang jejaka. Maka, dengan itu bermulalah kisahnya dengan segala pahit dan manis. Adakah kesudahannya dapat membahagiakan dirinya, jejaka tersebut dan seluruh keluarga mereka?