抖阴社区

Part 7

18.4K 1.8K 72
                                        

"BILA encik balik? Maaf, saya tak perasan"

Taehyung diam membisu. Tak jawab pon pertanyaan Jisul. Dia memandang Jin. Entah sejak bila abangnya terbuka hati nak keluar dari bilik. Mungkin sebab Jisul. Ya. Dia mula nampak perubahan sikap abangnya sejak Jisul berada di sini

"Tae. Duduk sini. Kita makan sekali" perlawa Jin

"A'ah. Saya ada masak sup ni. Cubalah Encik Taehyung rasa"

Taehyung menjeling tajam ke arah Jisul. Bila teringatkan pasal tadi, terus dia takde selera nak makan. Tak tau kenapa hatinya sakit bila nampak Jin memegang tangan Jisul tadi. "Takpe. Aku dah kenyang. Sorry 'kacau' korang bedua tadi"

Terus Taehyung pergi dari situ untuk naik ke biliknya

"Encik!"

Taehyung menoleh sebaik sahaja mendengar Jisul memanggilnya

"Encik tak nak rasa sup ni ke? Penat saya masak"

"Daripada aku makan sup kau, lebih baik aku makan kat luar. Kau masak bukannya sedap pon" kata Taehyung sebelum meninggalkan mereka

Bulat mata Jisul mendengar kata-ii Taehyung tadi. Gadis itu tertanya tanya. Apa selama ni dia masak tak sedap ke? Sebelum ni, Taehyung makan okey je. Tak cakap pape pon

Jisul memandang Jin. Jin membuat isyarat supaya membiarkan sahaja Taehyung pergi. Dia tau, mesti ada sesuatu yang membuatkan mood Taehyung berubah. Atau mungkin adiknya itu jeles nampak dia pegang tangan Jisul tadi? Dia kurang pasti

--------------

JAM menunjukkan pukul 11 malam. Jisul langsung tak boleh nak lelapkan mata. Dia bangun dari katil lalu membuka pintu biliknya. Dia nak amik angin kat luat sebentar

Perlahan dia berjalan melepasi ruang tamu. Namun, langkahnya mati apabila dia melihat lampu dapur yang terang bederang itu. Tak silap, dia dah matikan lampu tu tadi sebelum masuk bilik

"Aku lupa matikan suis lampu ke?"

Jisul menghampiri ruang dapur. Dia menyorok di sebalik dinding untuk mengintai. Takut jugak kalo ada pencuri masuk rumah ni ke

Dia menarik nafas lega. Bibirnya mengukir senyum sebaik sahaja dia melihat Taehyung di dapur. Tapi..apa yang majikannya dia tengah buat malam-ii macam ni kat dapur?

Senyap-ii dia menghampiri Taehyung dari belakang. Ouh..tengah makan rupanya. Sebelum ni cakap masakan aku tak sedap! Huh!

Jisul tersenyum nakal. Setapak demi setapak dia berjalan menghampiri Taehyung. Kedua dua tangannya diangkat sedikit. Hehe

Sikit je lagi..

Sikit..je lagi..

"Kau nak apa?"

Jisul terus kaku di situ. Alamak! Dia dah tau aku kat sini ke? Hmm..baru nak terkejutkan mamat ni. Nak tengok muka terkejut dia. Mesti hodoh 😁

"Err.." Jisul menggaru garu kepalanya yang tak gatal itu

"Tak pernah tengok orang makan?"

Jisul mencebik. Cepat-ii dia menarik kerusi di depan Taehyung. Duduk sambil menongkat dagu. Sempat dia jeling mangkuk berisi sup di atas meja

"Encik cakap, masakan saya tak sedap. Kenapa encik makan?" Jisul menjongket kening. Tsk! Tak sedap pon makan jugak

Taehyung buat tak tau. Malas dia nak layan gadis itu. Lebih baik dia makan

"Hmm..ni membuktikan yang masakan saya memang sedap. Encik malu nak mengaku kan? Sebab tu encik tipu. Cakap masakan saya tak sedap" Jisul bersuara lagi

Taehyung meneruskan makan. Ikutkan, nak je dia sumbat ayam ni dalam mulut Jisul. Bising. Nak makan pon tak senang

"Encik dengar tak apa saya cakap ni?" soal Jisul. Macam cakap ngan tiang lampu pon ada

Taehyung meletakkan sudu di tepi. Geram. Kemudian, dia memandang Jisul di depannya. Pandangan mereka bersatu buat seketika sebelum Jisul menoleh ke tempat lain. Jisul dah tak senang duduk

Eotteoke?

Jisul mengetap bibir. Dia pandang Taehyung semula. Still. Lelaki itu masih memandangnya dengan muka macam nak telan orang hidup-ii

Jisul menelan liur. Sebelum gunung berapi meletus, lebih baik dia bla dari sini. Tak baik kacau orang makan. Nanti, tak pasal-ii dia yang kena makan ngan Taehyung

"Err..takpelah. Sorry kacau encik makan. Saya pergi dulu"

Perlahan lahan Jisul bangun dari kerusi. Belum sempat dia melepasi meja makan, tangannya direntap Taehyung. Terkejut beruk dia dibuatnya

"Kau nak ke mana?"

Taehyung bangun dari kerusi. Tangannya masih menggenggam erat pergelangan tangan Jisul. Jarak antara mereka hanya beberapa meter

Gulp!

Kering anak tekak Jisul sebaik sahaja Taehyung menapak selangkah ke depan. Memendekkan lagi jarak antara mereka berdua

"En..encik?" Jisul mula gelabah. Dia mengundur setapak ke belakang apabila Taehyung semakin mendekat. Dia mengundur lagi sehingga dia merasa sesuatu di belakangnya. Apabila dia menoleh ke belakang.. Damn! Kacau betullah sinki ni

Taehyung mengjongket kening. Tangan Jisul dilepaskan. Dia kemudian meletakkan kedua dua belah tangannya di sisi Jisul. Memerangkap gadis itu supaya tidak boleh lari darinya. Langsung tiada senyuman di wajahnya

Macam biasa, jantung Jisul mula tak stabil bila Taehyung dekat dengannya

"Kau tau apa erti senyap? Hmm..?" perlahan suara Taehyung berbisik

Jisul hanya diam. Dia menoleh ke kiri. Sumpah! boleh cair hati dia bila Taehyung pandang dia macam tu. Tak sanggup nak bertentang mata dengan lelaki ni

"Ke kau nak aku tolong senyapkan mulut kau?" Sekali lagi, Taehyung mendekatkan wajahnya pada wajah Jisul. Secara automatik anak matanya turun pada bibir gadis itu

Jisul menekup mulut. Dia tau apa maksud Taehyung tadi. Tak mungkin dia akan biarkan lelaki ni rampas first kiss dia

"Saya mintak maaf, encik. Saya takkan ganggu encik makan lagi. Tolong lepaskan saya.." rayu Jisul

Taehyung memegang dagu Jisul lalu menarik wajah gadis itu supaya memandangnya. Dia tenung mata cantik Jisul dalam-ii. Ya. Bukan Jin seorang je. Dia pon tertarik dengan mata gadis di depannya itu

Jisul menggigit bibir bawah. Pandangan mata Taehyung yang menggoda itu membuatkan dia rasa tak tentu arah. Rasa panas tiba-ii

"Saya mintak maaf.. Tolong encik..lepaskan saya..". Sekali lagi Jisul merayu untuk dilepaskan. Macam nak nangis pon ada. Menyesal gila dia masuk dapur tadi.

Taehyung pula seperti berada dalam dunianya sendiri. Terus dia menarik wajah Jisul ke depan, mendekatkan lagi wajah mereka. Hampir sahaja bibir mereka bersatu

Apa lagi yang Jisul boleh buat? Nak lari pon tak boleh. Dia hanya mampu memejamkan mata..

TBC

--------------

Hai. Macam mana part kali ni? Sorry kalo tak best. Saya akan update part seterusnya secepat mungkin. Mohon bersabar okay

VOTE ✔
KOMEN ✔

[C] His Little MAIDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang