抖阴社区

Part 30

12.9K 1.2K 312
                                        

JISUL merenung kotak di atas katilnya. Terkejut punya pasal, terus tercampak kotak tu tadi. Habis terkeluar isi di dalam kotak itu

"Eiii..apa benda ni?" Jisul menelan liur. Perlahan lahan dia menarik benda itu dengan hujung jarinya

Geli pulak dia tengok benda alah tu. Dia tak sangka Taehyung memberinya benda yang tak pernah dia sangka

Bikiniwarnamerah 😁

Nasib baik bukan pink

"Aigoo. Apa tujuan dia bagi bikini tak guna ni? Gila ke apa?" Entah kenapa merona panas wajahnya ketika ini apabila melihat bikini itu

Seumur hidup dia, tak pernah dia pakai benda alah ni. Jangan Taehyung suruh dia pakai nanti dahlah. Malu gila kot

Jisul mengangkat baju tu tinggi-ii. Tiba-ii ada satu kotak kecil terjatuh di atas pehanya. Mungkin kotak tu diselitkan dalam lipatan baju tu tadi

"Kotak apa pulak ni?" Jisul meletakkan semula bikini itu di atas katil sebelum mengambil kotak kecil yang terjatuh di atas pehanya tadi

Dia membelek belek kotak itu

Sebaik sahaja dia membuka kotak itu, bibirnya secara automatik tersenyum. Dia nenekup mulutnya. Suka dia melihat isi di dalam kotak itu

"Cantiknya.." ucap Jisul. Dia mengeluarkan cincin dari kotak itu dan terus menyarung cincin itu di jari manisnya

Lama dia tenung cincin di jarinya itu

Kemudian, pandangannya beralih pada bikini tadi. Terus mati senyuman di bibirnya

"Mana nak campak benda bangang ni?" Jisul mengeluh

Walau apapon, dia takkan pakai benda alah tu. Mungkin Taehyung sengaja nak kenakan dia. Mungkinlah

Tapi takpe. Tunggulah mamat tu balik dari kerja. Siap dia nanti 😡

--------------

JISUL menyidai kain yang terakhir dari dalam bakul itu sebelum masuk ke dalam rumah. Dia mencapai kunci yang tersangkut dinding dan mula mengunci pintu pagar belakang rumah itu

Sebaik sahaja dia memusingkan badan, dia terjerit kecil apabila Taehyung berada di belakangnya

Gadis itu mengurut perlahan dadanya. Lelaki ni suka sangat muncul kat belakang dia tiba-ii. Entah datang dari mana pon tak taulah

"Encik boleh tak jangan terkejutkan saya? Nasib baik tak mati kering kat sini" marah Jisul

Taehyung tersengih. Yelah. Dia balik je, sunyi rumah. Jin hyung tak payah cakap lah. Komfom ada dalam bilik

Puas dia cari Jisul dalam rumah ni tadi. Ingatkan gadis itu keluar ke mana-ii. Rupanya tengah jemur baju kat belakang rumah

"Dah lama ke encik balik?" tanya Jisul sambil berjalan ke arah sinki untuk mencuci tangan

Taehyung membuntuti Jisul. Kemudian, dia bersandar pada kabinet sambil menyilangkan tangan di dada. Matanya tak lepas memandang gadis itu

"Dah. Kau je yang tak perasan" balas Taehyung

Jisul mengeringkan tangannya dengan tuala. Belum sempat gadis itu membuka langkah, Taehyung merentap tangannya

"Encik nak apa?"

Taehyung tersenyum

"Macam mana hadiah yang aku bagi tadi? Kau suka?" soal Taehyung

Mata Jisul membulat. Terus merah pipinya apabila teringatkan benda alah tu

[C] His Little MAIDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang