抖阴社区

CHAPTER 1 | EARS DROPPING

8.8K 682 24
                                    

Tombol pintu dipulas perlahan. Aku melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat. Kelihatan seorang gadis sedang duduk di ruang tamu. Televisyen memaparkan rancangan humor.

"Bila kau balik, sekurang-kurangnya cakaplah 'i'm home'..."

Auntie Tyara menegur tatkala aku membuka pintu peti sejuk. Sebotol air sejuk diteguk. Gadis berambut hitam separa pinggang langsung tidak tertoleh kepadaku.

Seusai meneguk air, aku mencampak beg ke atas sofa. Aku terus duduk di sisi dia. Auntie Tyara asyik menghirup cecair merah di dalam gelas kaca. Matanya tertacap pada televisyen di depan.

"How your day? Good...?"

Auntie Tyara menyoal apabila dia melihat aku meraup muka dengan kedua tapak tangan. Helaan nafas dilepaskan perlahan.

"Good..."

"Habis? Kenapa kau macam takde mood je? Something happened?"

"Nothing...Oklah, aku naik atas dulu..."

Aku terus bangun dari kerusi. Beg galas digapai dari atas sofa. Auntie Tyara memerhati gelagat aku tanpa berkata apa-apa. Dengan malas aku melangkah naik ke tangga.

"Quinn..."

Aku menoleh apabila dia memanggil. Gadis berambut hitam merenung aku kosong. Aku menanti butir kata darinya.

"Cuti musim sejuk kau sudah tiba, kan?"

"Yeah..."

"Aku nak belikan kau baju sejuk nanti..."

"Thanks..."

Aku membalas ringkas, kemudian kembali menapak menaiki tangga. Auntie Tyara meneguk cecair merah di dalam gelas kaca. Pintu bilik dibuka, beg galas dicampak ke atas meja.

Aku menghumban diri ke atas katil. Sebelah tapak tangan diletakkan ke dahi. Fikiranku menerawang seketika...

Auntie Tyara is not a human. She's a vampire...

Aku juga bukan manusia, she's said i'm a wolf...

Telapak tangan, aku perhatikan lama. Helaan nafas dilepaskan sekali lagi...

Jika aku serigala? Kenapa aku persis manusia? Siapa ibubapa aku?

Siapa aku?

Auntie Tyara tidak pernah membuka mulut jika aku bertanya. Dia cuma cakap...

"Apabila tiba masanya, kau akan tahu Quinn..."

Thats it. Nothing more. Apa rahsia dia simpan dariku?

Shit, i wanna know...

Aku bangun dari terus berbaring. Jendela kayu, ditarik ke sisi langsirnya. Pandanganku tertacap pada kelibat gadis di balik jendela.

Rumah Amelia hanya bersebelahan denganku. Malahan, jendela biliknya hanya berhadapan denganku. Sejak kecil lagi kami berkawan.

Hurmmm, aku terus memerhati gelagat dia. Amelia menanggalkan butang kemeja di tubuh. Aku menelan air liur.

Thats it...

Open your treasure, little girl! Let me see!

Aku tersentak apabila kami bertentang mata tiba-tiba. Amelia memasamkan muka. Langsir tirai ditarik ke sisi. Aku tersengih.

Shit, aku fikir dia tak perasan tadi...


🔱🔱🔱🔱🔱

Selepas makan malam bersama Auntie Tyara, aku kembali memerap di dalam bilik. Jendela kaca ditolak ke depan. Angin malam menghembus tenang. Aku menarik nafas dalam-dalam...

Dikala aku asyik memerhati pemandangan malam, mataku tertacap pada seorang lelaki di depan. Dia bersama seorang gadis. Aku mengerut dahi melihat mereka bertengkar.

"John! Apa awak cakapkan ni!?"

"Maafkan aku, Amelia...Aku tak boleh nak teruskan lagi hubungan ni..."

"Tell me why!?"

Aku menongkat dagu melihat mereka berdua berbalas tengkaran. Deria pendengaran aku boleh tahan hebatnya. Biarpun mereka berada di bawah sana, tapi aku boleh dengar butir kata mereka.

"Fine! I don't need you anyway!"

"Quinn boleh jaga kau! Kau rapat dengan dia, kan!?"

"Jangan libatkan Quinn dalam hal ni!"

"Apa-apa jelah!"

John membidas seraya memakai helmet ke kepala. Dia memulas pedal minyak, kemudian beredar pergi dari situ. Aku memerhati Amelia mengesat airmata.

Hurmm, bergaduh lagi la tu...

Inilah sebabnya aku tak suka benda macam ni. Its a big pile of shit, really...

Amelia menghempas pintu tatkala dia masuk ke dalam rumah. Aku menyisir rambut ke belakang.

Hurmm...

THE LOST HEIR [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang