Perkarangan Istana Imperial Wolf sunyi sepi. Hanya beberapa orang pengawal kelihatan. Bulan mengambang indah di dada langit. Angin malam terus bertiup tenang.
Bunyi derapan tapak kaki kuda memecahkan keheningan. Seorang lelaki berjubah hitam menambat kuda di tiang kayu, kemudian dia berjalan masuk ke dalam istana.
Pengawal yang ada memberi tunduk hormat kepadanya tatkala mereka berselisih. Lelaki berjubah hitam hanya membalas dengan senyuman. Obor api menyala menerangi kawasan koridor istana.
Tatkala tiba di perpustakaan diraja, pintu besi ditolak perlahan. Kelihatan sang Raja sedang menelaah buku bersama gadis musang. Bibirnya menguntum senyuman.
"The Great King of Valenthia..."
"The Great One..."
King Aiden dan Merlin berbalas teguran. Queen Eilya menutup buku di tangan, kemudian bangun dari kerusi kayu.
"Saya buatkan air..."
"Ah, no need Eilya...Aku tak lama..."
Merlin menahan tindakan Eilya. King Aiden mempelawakan si ahli sihir duduk. Merlin melabuhkan punggung di sisi sang raja. Eilya kembali menelaah buku.
"Sooo, kau dari mana Merlin...?"
King Aiden menyoal ramah. Merlin tersengih. Rambutnya digosok ke belakang. Dia menyandar pada kerusi.
"Dari Moonvalend..."
"Jumpa Lycans...?"
"Yeah, he's fine...Don't worry..."
King Aiden menyimpulkan senyuman. Ekor musang Eilya, diusapnya perlahan. Si permaisuri tidak mengendahkan perbuatan suaminya itu.
"Aiden, aku nak tanya...."
"Apa...?"
"Kau...Minta Rania bawa anak Vlademir ke sini...?"
"Yes..."
"Oh, aku fikir itu cuma rumor..."
"Rumor...?"
Merlin menghela nafas panjang. King mengerut dahi melihat Merlin seakan resah. Rambutnya digosok berkali-kali.
"Merlin, whats wrong...?"
"Hurmm..."
"Apa kau resahkan ni...?"
"Tyara..."
Eilya menoleh apabila mendengar nama tersebut dari mulut Merlin. Si ahli sihir menekup dahi dengan sebelah tangan. King Aiden berdiam diri. Tidak tahu apa hendak dicakapkan...
"Inilah masanya untuk awak pujuk Tyara, Merlin...Kalau awak masih cintakan dia...Grab this chance..."
Eilya berkata dengan nada serius. King Aiden tertawa sinis. Merlin memeluk tubuh.
"Its easy for you to say, Eilya...Kau tak kenal Tyara tu macam mana..."
"Setiap perempuan dambakan benda yang sama, Merlin...You should know this..."
"Apa benda yang perempuan dambakan..?"
"Perhatian dan kesetiaan..."
Merlin terdiam mendengar balasan kata King Aiden. Eilya tersenyum simpul mendengar kata-kata sang raja.
"C'mon, Merlin...Awak ni playboy.. Takkan awak tak tahu pasal ni...?"
"Hurmmm, no comment..."
"See? Kau masih ada ego, Merlin..."
Merlin bangun dari kerusi. Dia mengeliat seketika. King Aiden dan Queen Eilya mendongak memandang dia.
"Sudahlah, aku malas nak bertekak...Yang penting, sekarang aku nak berehat...Ada bilik kosong...?"
"Ada, di tingkat atas...Pilihlah mana kau nak..."
Merlin berjalan ke pintu besi. Langkahnya terhenti tatkala dia mahu membuka pintu. Dia termenung seketika.
"Aiden..."
"Yes...?"
"Bila mereka sampai...?"
"Tyara dan Quinn...?"
"Yelah, sapa lagi...?"
"Esok rasanya..."
"Ok..."
Si ahli sihir menarik pintu besi, kemudian beredar dari perpustakaan diraja. King Aiden dan Queen Eilya berbalas jelingan, kemudian tersenyum.
"You see that, my queen...?"
"Yeah, Merlin is so cute when he's blushing like that..."
"Haha! Yeah...!"
"Oklah...Sekarang masanya untuk kita tidur"
Queen Eilya bangun dari kerusi. Lengan King Aiden ditarik. Lirikan manja diberikan.
"What...? Kenapa senyum macam tu...?"
"Saya tak sabar nak jumpa anak Vlademir.."

ANDA SEDANG MEMBACA
THE LOST HEIR [C]
FantasyQuinn, seorang remaja lelaki biasa. Hidupnya normal sebagaimana remaja yang lain. Tiada keluarga, hanya tinggal bersama Auntie Tyara. Hidupnya terasa tidak bermakna. Kosong. Sepi. Namun begitu... Kehadiran seorang gadis misteri membuatkan hidupnya...