Jimin memandu kereta sambil memikirkan hal yang berlaku dirumah Bella tadi. Aku rasa bersalah sangat sekarang ni. Sepatutnya aku yang kena mintak maaf bukan Bella. Aishh.. serabutnya fikiranku..
Aku memakirkan kereta di halaman rumah dan terus naik ke bilik.
Otak aku masih lagi memikirkan tentang apa yang terjadi kat rumah Bella tadi. Kata-kata papa Bella masih mengiang-giang di telinga aku. Perasaan bersalah muncul dalam diriku. Aku tak sepatutnya buat macam tu kat Bella. Aku kena rendahkan ego aku, kalau tak aku yang akan menyesal nanti. Haih.aku mengeluh.
*SKIP*
MAJLIS PERKHAWINAN JIMIN & BELLA..
(Selepas Majlis Perkhawinan)'Akhirnya Bella khawin jugak dengan aku. Senanglah aku nak buli dia lepas ni. semua kerja rumah dia yang akan buat. Senang hidup aku.' Kata hati Jimin.
"Malam ni Bella nak tidur sini atau rumah Jimin?" Tanya puan park.
"Malam ni Bella kena ikut Jimin balik rumah dia. Mana boleh tidur sini. Bella dah jadi isteri orang, Bella kena lah ikut suami Bella" kata Puan Kim.
"Yelah, mama. Bella ikut Jimin. Bella taknak jadi isteri derhaka...hehe." kata Bella.
Selepas mengemas pakaian untuk dibawa ke rumah Jimin, Jimin terus mengajak aku ke rumahnya tanpa menukar pakaian pengantin. Panas tau tak...
Di Dalam Bilik Jimin..
"Malam ni aku taknak tidur dengan kau" kataku pada Jimin.
"Suka hati kau lah.. tapi kau nak tidur mana. Atas lantai." Tanya Jimin. Aku terdiam. Takkan aku nak tidur Atas lantai kot. Sakit lah pinggang aku. Macam mana ni?
"Tidur jelah mana-mana tapi aku Taknak tidur Atas lantai. Kau tidur bawah, aku tidur Atas katil. Ok?" Kataku.
"Ok kepala hotak kau. Aku nak tidur atas katil. Kalau kau taknak tidur dengan aku, kau tidur bawah" kata Jimin.
"Hish..takkan lah aku nak tidur atas lantai" kata Bella.
"Kenapa takut sakit belakang. Dahtu tidur lah atas kati ni. Apa masalahnya. Aku bukannya makan kau pun" kata Jimin.
"Yeke tak makan" kata aku perlahan tapi dapat didengari oleh Jimin.
"Kalau kau nak tahu..cuba tidur sini." Kata Jimin sambil menepuk-nepuk sebelahnya.
"Tak nak aku" kataku.
"Aku bukan harimau.. kau tidur jelah sini...kan aku dah janji haritu, aku takkan apakan kau." Kata Jimin
'Oh baru aku ingat...tapi boleh percaya ke dia ni?... tidur jelah atas ni. Takkan lah aku nak tidur bawah.'
Aku terus baring disebelah Jimin dan mengambil bantal peluk untuk diletakkan di tengah-tengah. aku pun tertidur.
Jimin melihat Bella di sebelahnya.
'Aikk!! Tidur dah...penat kot. Tak jadi aku nak kacau kau'. Akhirnya Jimin pun tertidur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Feelings [P.J.M]
Fanfiction"Lepaslah" jeritku apabila dia masih memegang aku BUKK.. Aku terjatuh.'celaka punya orang' aku mencarut dalam hati "Aduh sakitnya. Gila ke ape hah"-Bella "Tadi suruh lepas, saya lepas lah" Aku memandang tajam kearah lelaki tu 'geramnya' "Awak ingat...