抖阴社区

34

120 11 0
                                        

Setelah 30 minit, mereka tiba di pantai yang dituju. Pantai tersebut tidak ramai orang kerana ramai orang tidak mengetahui keindahan matahari terbit pada waktu pagi di pantai itu. Jimin berhentikan keretanya dan turun membuka pintu untuk Bella. Bella tersenyum kerana Jimin melayan nya tidak kurang seperti tuan puteri. Dia berbangga mendapat suami macam Jimin.

"Jom pergi sana" kata Jimin. Dia menarik tangan Bella ke arah pokok kelapa yang tumbang. Pokok itu sebenarnya tidak tumbang tetapi ianya condong dan membolehkan kita untuk duduk di atas batang pokok itu.
Mereka duduk di atang batang pokok itu untuk melihat keindahan matahari terbit. Tetapi sekarang matahari tidak terbit lagi.

"10 minutes more" ujar Jimin kepada bella. Tepat 10 minit kemudian matahari mula terbit dan membuatkan cahaya matahari menyinari air pantai di situ.

"Wahh! betul lah cakap awak. Macam mana awak tahu 10 minit lagi?" Soal Bella kepada Jimin.

"Tengok orang lah" kata Jimin dengan bangga.

" Perasan lah tu" ujar Bella.

"Hehe, saya selalu datang sini sebelum kita kahwin dulu." Kata Jimin. Bella hanya mengangguk- anggukkan kepalanya.

"Jom tangkap gambar" ajak Jimin. Dia mengeluarkan iPhone X nya dari poket seluar dan membuka aplikasi camera. Dia memberikan iphone itu kepada bella. Bella mengambilnya dan menangkap gambar selfie mereka berdua.

"Awak tangkap gambar saya." Kata Bella. Dia mula berdiri.

"Kiss dulu" ujar Jimin. Sambil menunjukkan pipinya.

"Ye lah" kata Bella. Dia kearah Jimin dan mencium pipi Jimin.

"Sini" Jimin menunjukkan bibirnya pula.

"Malu lah kalau orang nampak" kata Bella.

"Mana ada orang" kata Jimin.

"Tu" Bella menunjukkan jarinya ke arah pasangan suami isteri yang berada jauh di belakang Jimin.

"Diorang duduk jauh dari kita. Cepat lah" kata Jimin bersama sengihan. Belum sempat Bella bersuara, Jimin dengan pantas mencium bibir Bella. Bella membalas ciuman itu. Seketika kemudian. Ciuman mereka terlerai.

"Dah cepat lah nak ambil gambar" kata Jimin.

"Taknak lah" kata Bella sebelum menyembamkan wajahnya ke dada Jimin.

"Malu lah tu." Kata Jimin sambil ketawa kecil.

"Mana ada" jawab Bella.

"Habis tu?" Jimin mula mengusik Bella.

"Hishh! Ye lah. Cepat lah ambik gambar" kata Bella seraya menolak dada Jimin.

"Main tolak tolak pulak dah. Merajuk lah tu" ujar Jimin perlahan.

"Senyum lah sikit" kata Jimin Apabila muka bella masam mencuka di dalam gambar. Tapi tetap comel.

"Biar lah, orang nak candid" Jalan Bella.

"Ye lah, nak candid tu kejap lagi. Sekarang Ni senyum" kata Jimin.

"Ye lah" ujar Bella. Dia tersenyum memandang ke arah kamera.

"Saya nak ambik gambar atas pokok kelapa tu" kata Bella dan berjalan ke arah pokok kelapa yang condong itu. Dia duduk di atas pokok itu dan tersenyum ke arah kamera.

"Elok-elok duduk atas tu. Jatuh kang baru tahu." Kata Jimin Apabila bella tidak duduk diam diatas pokok itu. Nak posing punya pasal😂.

"Takpe, awak kan ada. Hehe" kata Bella sambil tersengih ke arah kamera. Jimin menangkap gambar Bella yang tersengih tadi.

"Kalau saya sempat sambut. Kalau tak jatuh lah jawabnya." Kata Jimin. Dia mendekati Bella dan duduk di sebelah Bella. Pinggang Bella dipeluknya.

"Tak sempat sambut pun takpe sebab awak pain killer saya. Mesti tak rasa sakit. " Kata Bella

"Amboi! Mana belajar ayat sweet ni?" Tanya Jimin.

"Awak lah yang ajar" kata Bella dengan riang.

"Eh! Saya pulak." ujar Jimin.

"Hehe!" Bella hanya tersengih.

"Awak!" Panggil Bella.

"Panggil saya oppa" ujar jimin.

"Ye lah. oppa!" Panggil Bella sekali lagi.

"Ye sayang, ada apa?" Soal Jimin.

"Erm, saya nak bagitau awak something ni. Tapi awak jangan terkejut tau" kata Bella. Jimin mengerutkan dahi mendengar ayat Bella.

"Apa dia?" Soal Jimin.

"Sebenarnya kan... Saya ada masa 9 bulan lagi" kata Bella sambil memandang Jimin.

"Apa awak cakap ni?" Soal Jimin. Jangan cakap yang andaiannya selama ini betul. Tuhan! Aku baru je nak merasa bahagia. Please jangan uji aku lagi.

"Ye betul. Saya ada masa kurang 9 bulan lagi sebelum.." Bella memberhentikan ayatnya.

"Sebelum saya jadi...MOMMY!!!" Jerit Bella dengan teruja.

"Hah?" Jimin menyoal semula.

"Saya mengandung. Lebih kurang dua minggu dah." Kata Bella dengan riang. 

"Awak mengandung? Maksudnya saya akan menjadi daddy." Kata Jimin. Dengan teruja. Dia bangun dan memeluk Bella.

"Ye." Jawab Bella.

"Kenapa main-main tadi? Awak tahu tak saya dah fikir bukan bukan tadi. Patut lah selama ni perangai awak pelik pelik. Rupanya tengah bawa baby dalam perut tu.

"Apa yang awak fikir?" Tanya Bella.

"Saya fikir awak ada penyakit kronik lepastu awak berubah nak jadi isteri yang baik sebelum meninggal. Sebab tu awak selalu mengalah dengan saya." Kata Jimin. Bella ketawa mendengar balasan Jimin.

"Boleh pulak dia gelak" kata Jimin.

"Andaian awak tu mengarut sangat. Erm, awak kata perangai saya semakin pelik akhir-akhir ini. Pelik kenapa? Saya rasa biasa je." Tanya Bella.

"Awak memang lah tak perasan diri awak. Kan awak selalu mengalah dengan saya. Kalau saya mintak buat sesuatu awak ikut je. Awak tak bantah pun. Sebab tu lah saya fikir bukan-bukan. Orang lain kalau mengandung perangai diorang semakin mengada. Tapi kenapa awak ni semakin membuat kan saya suka awak." Kata Jimin Sambil tersenyum. Bella pula tersenyum malu apabila Jimin berkata begitu.

"Mana ada!" Nafi Bella.

"Ada" balas Jimin.

"Ye lah" jawab Bella.

"Tengok tu. Awak cepat mengalah. Kalau tak awak nak menang je." Kata Jimin.

"Entah lah. Saya pun tak tahu kenapa" kata Bella. Jimin mengusap perut Bella yang masih kempis itu.

"Baby duduk diam-diam tau dalam perut mommy." Kata Jimin. Bella ketawa kecil melihat gelagat Jimin bercakap dengan perutnya. Ada sifat kebapaan di dalam diri Jimin.

TBC..

Feelings [P.J.M]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang