抖阴社区

B11

7.6K 748 21
                                    

YASMEEN turun ke dapur dengan niat ingin membantu Puan Zulin apa yang patut. Walaupun tak reti nak masak, kenalah rajinkan diri juga turun dapur. Kacaukan ke, basuhkan ke, toskan ke. a
Apa ingat diri ni raja ke? Bila turun dari kamar beradu terus ngap makan? Nak kena bebel dengan Encik Zulkifli, silakan.

Berbalik semula.

Tapi, bila sampai di dapur, terus rasa hairan datang menerpa Yasmeen. Mana tidaknya kalau kosong aje dapur. Takde tanda-tanda Puan Zulin mahu buka dapur gas dan campakkan makanan dalam kuali.

Yasmeen garu kepala. Jam di dinding dipandang.

"Dah pukul 5:39 ni. Umi tak nak masak ke?" Tanya Yasmeen sambil dia berjalan keluar dari dapur.

Tangga dipanjat kembali menuju ke bilik tidur Puan Zulin dan Encik Zulkifli. Ketukan diberikan tapi langsung tiada siapa yang menyahut. Yasmeen pun buka pintu, tengok isi dalam, kosong tanpa penghuni.

Dahi Yasmeen berkerut.

"Aik, mana semua orang ni?" Kepala digaru.

Kaki menapak ke bilik untuk mengambil telefon pintarnya.

"Apa kes ni? Aku rasa baru dua jam lalu aku duduk dalam bilik. Keluar-keluar, takde orang dah. Adik pun takde ni." Omel Yasmeen seraya tangan menekan contacts dalam telefon.

Umi

Terus punat hijau ditekannya.

Tut... tut...

"Okey, nasib baik berdering. Kalau tak, aku tak ta--"

"Assalamualaikum." Mati terus bebelan Yasmeen bila Puan Zulin mengangkat panggilannya.

"Eh. Waalaikumsalam. Umi!"

"Hmmm."

"Umi kat mana ni? Semua orang takde kat rumah, pergi mana?" Tanya Yasmeen. Duduk dilabuhkan atas katil. Dah duduk rasa seronok pula kalau dapat berbaring, jadi dia baring terus atas katil.

"Kan Meen ada kat rumah. Apa yang semua orang takde nya?"

Yasmeen buat muka bosan.

"Ha. Ha. Ha. Kelakar."

Puan Zulin menghamburkan tawa kecil.

"Kat mana, umi? Balik lambat lagi ke? Nak Meen masakkan nasi dulu?" Tanya Yasmeen.

"Tak payah masak. Umi kat rumah bakal menantu ni."

Berkerut dahi Yasmeen.

"Menantu? Menantu daripada siapa? Adik?" Apa ke pelik sangat uminya ini?

"Daripada Meen lah."

Makin berkerut dahi Yasmeen. Serius, umi dia ni sihat ataupun tidak?

"Mana pulak Meen ada suami. Boyfriend pun takde."

"Crush ada."

Gulp.

"Umi kat rumah Yas ke?"

"Bingo!" Dan tawa kedengaran kuat! Amboi, tak cover! Mentang-mentanglah keluarga Yaseer tu kawan baik sejak kecil, boleh gelak kuat-kuat lah?

"Umi! Umi buat apa kat sana? Ya Allah! Siapa yang ada kat sebelah umi? Takde siapa dengar kan umi bual apa dengan Meen ni?" Dengan cemas, Yasmeen bertanya. Cemaslah weh. Dah lah Puan Zulin cakap pasal menantu daripada dia tadi. Kuat-kuat pula tu!

"Ada... Yusrah!" Mata Yasmeen membulat bila dengar suara adik perempuan Yaseer, Nurul Yusrah, yang berumur 15 tahun dari corong telefon.

'Mati, Meen! Mati!!!'

C | ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang