抖阴社区

B55

7.6K 780 19
                                    

SELEPAS makan malam, Yasmeen dan Yaseer disuruh berehat oleh Tok Wan. Nak berbual panjang dengan Tok Wan langsung tak diberi keizinan atas alasan mereka penat berjalan jauh, atas motor pula tu! Nak membantah lebih-lebih, Tok Wan dah angkat jari telunjuk dan goyang-goyangkan di hadapan mereka. Sudahnya, mereka akur dalam keterpaksaan.

Masing-masing senyap di dalam bilik. Duduk sebelah-menyebelah dengan jarak dua orang dewasa lagi boleh menyempit di antara mereka. Di tangan, masing-masing pegang telefon.

Yasmeen khusyuk berchatting dengan Laila. Hampir satu hari tidak masuk kafe dan melayan perbualan gila bersama Laila, buat Yasmeen rasa rindu.

Laila
Banyak gila orang tadi...

Penat aku 😞

Yasmeen senyum kecil.

You

Alah, macam tak biasa ramai orang?

Laila

Memanglah biasa.... tapi takde kau, dia jadi luar biasa tahu tak!

Dah lah budak berdua tu buat kerja satu... satu... kalau tak kerana iman yang menebal ni, dah lama aku hamburkan kata-kata 'cinta'.

Yasmeen menggeleng kecil sambil gigit bibir bawah. Macam-macam betullah Laila ni.

You

Amboi. Kau jangan! Menyesal sendiri nanti!

Laila

Tu lah pasai!

Terima kasih pada iman yang menebal ini

😎

You

Eleh. Tak mustahil juga kau nak hamburkan kata cinta tu. Mesti ada Nuqman kan? Sebab tu menebal semacam iman kau tu!

Laila

Wow wow wow

Merepek apa benda ni?

Takde kena mengena dengan mamat tu lah! Walaupun dia ada, keadaan dia tetap sama macam dia takde!

You

What make you think I believe your words huh?

Laila

😭

Aku benci kau dohhhhh!!!

Yasmeen hamburkan tawa kecil akhirnya. Tak tahan dengan kecomelan 'kisah cinta' Laila dan Nuqman ni!

You

Cover ayu over tak hari ni?

Yaseer dah tak senang duduk di hujung katil. Dengan siapa lah Yasmeen duk sibuk berbalas WhatsApp, sampai gadis itu boleh senyum, gigit bibir dan ketawa kecil macam tu.

C | ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang