抖阴社区

pARt?17

2.6K 130 2
                                        

I never wanted something more than I want her....

        ___________________________

Tengku Eray meraup wajahnya dengan kasar.Perempuan di kiri dan kanannya yang sibuk menggodanya langsung tidak dihiraukan.Muzik yang rancak dimainkan dalam kelab malam tersebut sedikipun tidak menaikkan semangatnya malam ini.Fikirannya asyik teringat pertengkarannya dengan Helen tengahari tadi.

         "Kau okey tak,bro?".Tanya Akim yang berada di sofa berhampiran dengan Tengku Eray.Pelik apabila perangai Tengku Eray tidak seperti kebiasaannya.Gelisah semacam.

          Tengku Eray tidak menjawap.

           "Mika...you look so handsome tonight".Bisik perempuan disebelah kanannya lalu lehernya dirangkul erat.

           "Mika...".Perempuan disebelah kirinya memaut lembut sebelah lenganya pula.

             "Mika...".

            "Mika.....".

            "Apa?!!".Tengking Tengku Eray sambil bangun daripada sofa dengan kasar."Kaurang boleh blah tak?!!.Rimas kau tahu tak?!!".

             Akim dan semua yang berada di situ tersentak mendengar tengkingan Tengku Eray.Tanpa membuang masa, perempuan-perempuan yang berada di situ terus melarikan diri, meninggalkan Tengku Eray dan Akim berdua.

          Akim melangkah mendekati Tengku Eray."Kau okey tak ni?.Lain macam aje aku tengok kau hari ni?".Tegur Akim prihatin.

           Tengku Eray menarik nafas panjang.Cuba menenangkan dirinya.Wajah sahabatnya dipandang."Aku okey....aku cuma..never mind..aku okey".

           "Betul?"Akim meminta kepastian.

            Tengku Eray mengangguk.

           "Aku rasa aku balik dulu lah.Aku tak ada mood nak stay dekat sini hari ni.Kau stay ajelah.Aku pergi dulu".Balas Tengku Eray lalu segera beredar dari situ tanpa menunggu balasan daripada sahabatnya.

        ____________________________

Tengku Eray bergegas menuju ke biliknya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Pintu bilik ditolak kasar daripada luar.Pandangannya diliarkan ke segenap ruang.Kosong!.Bilik air turur diperiksa tetapi kelibat orang yang dicari tidak juga kelihatan.

       Tengku Eray keluar semula dari biliknya dan mendapatkan Tengku Saleha yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

        "Mummy nampak Lina tak?".Soal Tengku Eray tanpa berselindung.

            Tengku Saleha mengerutkan dahinya."Lina tak ada dengan Eray ke?.Mummy rasa Lina tak balik lagi sejak pagi tadi.Kenapa?.Eray bergaduh dengan Lina ke?".Tanya mummynya bertalu-talu.

          "Tak".Bohong Tengku Eray pantas.

            "Dah tu apa masalahnya?.Eray jangan risau sangatlah.Paling tak pun Lina pergi rumah parent dia.Nanti-nanti balik lah tu".Tengku Saleha cuba menenangkan hati anak lelakinya.Pandanganya difokuskan pada kaca televisyen.Drama yang ditayangkan berjaya menarik perhatiaannya.

          Tengku Eray diam.Punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang berada di situ.

         Tengku Saleha mengerling anak lelakinya yang berperangai tidak seperti kebiasaannya."Jangan risaulah Eray.Kejap lagi balik lah tu".

          _________________________

Datin Helda tersentak apabila gelas yang berada ditangannya tiba-tiba sahaja terlepas dan jatuh menyembah lantai.Habis berderai kaca di atas lantai.Niatnya untuk meminum air terus terbantut.

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang