抖阴社区

pARt?61

3K 184 13
                                        

We're dreaming in the same dream but why can't we be together..

        __________________________

"Helina...Helina". Kelopak mata Helen buka perlahan-lahan dengan payahnya apabila mendengar nama itu disebut berulang-ulang kali. Kelibat mak cik Laila dipandang sekilas. Tangan mak cik Laila yang menggoncang bahunya dijauhkan dengan lembut sebelum kelopak matanya ditutup kembali. "Helina bangun..Lina deman ni. Makan ubat ya?".

           Mata Helen buka buat kali kedua. Pandangannya diliarkan ke segenap ruang. Bilik Tengku Eray. "Kenapa Lina ada dekat sini?". Soal Helen perlahan. Kepalanya terasa berat. Seluruh tubuhnya langsung tidak bertenaga.

            "Tuan Mika yang bawa Lina dekat sini. Dia cakap dia jumpa Lina pengsan dekat rumah mak cik Zaima". Jelas mak cik Laila lalu mencapai segelas air putih yang diletakkan di atas meja, bersebelahan dengan katil. Kemudian, dihulurkan pada Helen. "Minum air ni dulu. Lina kena makan ubat. Teruk Lina deman ni".

          Helen menggeleng. Air putih yang cuba disua mak cik Laila ke mulutnya ditolak.

         "Lina jangan macam ni..". Mak cik Laila cuba memujuk.

           Senyap. Helen mengalihkan pandangannya ke arah lain. Fikirannya hanya tertumpu pada mak cik Zaima. Matanya dikelip beberapa kali. Cuba menghalang airmatanya daripada terjatuh.

          "Lina...".

          "Dia tak makan lagi ke ubat?". Soal Tengku Eray yang baru sahaja muncul.

          Mak cik Laila menoleh. Kepalanya digelengkan. "Helina tak nak makan ubat, Tuan Mika". Ucapnya jujur.

            Tengku Eray merengus geram.

            "Ke tepi". Arah Tengku Eray pada mak cik Laila lalu pantas mendekati Helen yang sedang berbaring di atas katil.

          Mak cik Laila yang duduk di birai katil segera bangun lalu berganjak ke tepi sedikit. Memberi laluan kepada majikannya.

           Helen tersentak apabila Tengku Eray menarik kolar baju yang dipakainya kasar menyebabkan dia terbangun sedikit. "Boleh tak kau jangan menyusahkan orang lain". Kata Tengku Eray kasar. Ubat di atas meja dikeluarkan daripada paketnya lalu disuakan ke mulut Helen. "Makan".

           Helen diam. Arahan Tengku Eray tidak dihiraukan. Malahan, wajah Tengku Eray juga tidak dipandang.

          "Aku tak ada masa nak main-main dengan kau. Makan ubat ni!". Suara Tengku Eray naik senoktaf.

          Helen masih tidak melayan.

           "Fine!. Kita ikut cara aku". Tengku Eray mencengkam kedua pipi Helen dengan sebelah tangannya. Memaksa Helen membuka mulutnya. Helen yang cuba meronta-ronta tidak dihiraukan. Ubat ditangannya disumbat ke dalam mulut Helen. Gelas yang berisi air putih di tangan mak cik Laila diambil lalu disua ke dalam mulut Helen secara paksa. Memastikan ubat tersebut ditelan oleh Helen.

          Terbatuk-batuk Helen dengan perbuatan Tengku Eray yang tidak disangka-sangka itu. Tekaknya terasa perit. Tengku Eray yang berada dihadapannya dipandang dengan mata yang bergenang.

          "Lain kali apa yang aku suruh, kau buat". Tengku Eray menghentak gelas ditangannya ke atas meja dengan kuat sebelum menjauhkan dirinya daripada Helen dan beredar dari situ.

          Mak cik Laila segera mendapatkan Helen. "Lina okey?.". Tanyanya sedikit cemas.

           Helen hanya mengangguk lemah.

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang