抖阴社区

Chapter 10: Past III: Chronos

3.3K 297 24
                                        

SYLVANIA digegarkan sekali lagi dengan kemunculan Ancient Demon di tengah-tengah Bandar Diraja Sylvania dengan tiba-tiba. Bangunan-bangunan yang baru dibina kembali runtuh kerana dimusnahkan oleh raksasa itu. Lvanians yang tidak sempat menyelamatkan diri menjadi makanannya. Lebih malang lagi menjadi mangsa runtuhan bangunan. Penduduk Sylvania lari bertempiaran apabila melihat kemunculan raksasa yang disangka sudah pun pupus dalam Perang Kedua.

Kekacauan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan keadaan menjadi kacau-bilau. Sebagai Pemerintah Sylvania, Aydan tidak akan melepaskan tangan begitu sahaja dengan membiarkan tenteranya berhadapan dengan makhluk itu. Dia bergegas ke tempat kejadian bersama-sama Lyon dan Hyrez yang baru dilantik sebagai General Sylvania sejak Aydan menaiki takhta.

Kemunculan Ancient Demon dengan tiba-tiba membuatkan Anna rasa tidak sedap hati. Namun, ditepiskan perasaan itu. Mungkin sebagai seorang ibu, dia risaukan anaknya yang sedang menyelamatkan dunia mereka sekali lagi. Lebih baik Anna menghabiskan masa bersama-sama keluarganya memandangkan Isabelle akan tinggal di Astland sehingga melahirkan anak kedua.

“Bonda...” ujar Isabelle.

Anna melangkah masuk ke dalam bilik. Puteri bongsunya sedang mendukung Ian yang sedang nyenyak tidur. Cucunya yang sulung, Evan juga berada di dalam bilik itu menemani bondanya. Evan asyik membaca buku sambil berbaring di atas karpet gebu diperbuat daripada kapas sutera.

“Bonda ingat, anakanda berada di dalam kamar.” Anna duduk di sebelah Isabelle. Pipi tembam Ian dicuit geram. Si kecil itu menggeliat namun matanya dipejam rapat.

“Tadi ye. Nea suruh anakanda tengokkan Ian sebentar.”

“Nea pergi mana? Dia baru sahaja sebulan bersalin,” ujar Anna. Dia menggelengkan kepala. Baik menantu, mahupun anakanda sendiri selalu lasak biarpun diri sudah sarat mengandung atau baru bersalin.

“Cari Aryan. Cucu kesayangan bonda tu perangainya sebijik macam Aydan,” kata Isabelle. Kedua anak-beranak itu meletuskan ketawa.

Senyuman Anna menjadi kendur. Perasaan tidak sedap hati semakin kuat menguasai dirinya. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Ancient Demon muncul tiba-tiba di bandar. Aryan pula hilang entah ke mana. Bulu romanya berdiri tegak. Tanggapannya tidak pernah salah.

“Pierce!” seru Anna.

Sang naga muncul serta-merta di dalam bilik tersebut membuatkan Evan yang sedang membaca buku terganggu dengan kehadiran Ancient Beast itu. Pierce yang muncul faham apabila Anna menyerunya. Ada sesuatu yang akan terjadi pada hari ini. Sesuatu yang dahsyat.

“Isabelle dengar bonda. Isabelle ikut Pierce. Bawa Ian dan Evan bersama-sama anakanda. Pierce akan melindungi anakanda,” ujar Anna. Dia cuba mengukir senyuman untul beritahu semuanya baik belaka.

“Pierce, bagitahu semua Ancient Beast untuk lindungi pewaris mereka.”

Anna mencium dahi Ian dan Evan. Kemudian, dia mencium dahi Isabelle untuk beberapa saat. Tanpa banyak soal, Isabelle mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Anna. Dia tahu, jika dia membantah, dia juga tiada pilihan lain selain ini biarpun berat untuk dia pergi. Sebelum dia menghilang bersama Pierce, satu letupan yang kuat kedengaran.

ARYAN, jomlah balik!” kata Ryan. Tidak... Dia menjerit di tepi telinga rakan baiknya itu.

“Bisinglah awak ni! Kalau awak nak balik, balik je lah!” marah Aryan.

“Tapi... Bonda dan ayahanda awak kan dah pesan jangan main luar istana!” Ryan mengingatkan kembali peraturan yang baru sahaja diturunkan oleh mereka berdua. Sebenarnya khusus untuk Aryan sahaja, tapi disebabkan dia juga bersubahat dengan Aryan. Dia juga menerima padah yang sama.

Book 3: Aryan The First Prince [?]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang