New age is begin.
Sylvania, menjadi dunia yang maju.
The world remain in peace.
But...
Thats the beginning of the disastrous.
Keamanan Sylvania menjadi taruhan.
Chronos masih dahagakan darah Angele.
Will Aryan, The First Prince fullfill his destiny...
"Resonance Howl!" Ketiga-tiga kepala Cerberus membuka mulut seluas-luasnya lalu keluar satu gelombang bunyi seakan-akan ombak yang sangat dahsyat sehingga menerbangkan pokok-pokok kayu yang berdekatan.
"Oh, damn! Earth Wall!!!" Ryan seru dinding tanah yang berlapis-lapis untuk menghalang impak yang lebih dahsyat apabila terkena serangan Cerberus itu. Dinding tanahnya yang terakhir tidak dapat bertahan lama lalu retak dan runtuh. Serangan gelombang bunyi dari Cerberus menghentam tubuhnya membuat Ryan tercampak jauh dari kawasan pertarungan mereka.
"Erghhh!!!" Ryan mengerang kesakitan. Dia bangun perlahan-lahan kerana pinggangnya terasa seperti mahu patah. Sebelah tangannya telahpun patah angkara mahu menghalang Cerberus menggigit kepalanya. Sebelah tangannya mengesat darah yang mengalir di celah bibir.
Kenapa dia tengok Aryan berlawan dengan Pierce senang je? Bila tiba giliran dia bertarung dengan Cerberus dia terasa mahu mati muda. Jika diteruskan lagi, dia mungkin mati tanpa kahwin dengan Irene. Oh, tidak!!! Aku tak sukakan budak tu!!!
Ryan menyepak pokok yang telah pun tumbang. Saat-saat beginilah dia fikirkan budak tu. Entah-entah sekarang ni budak tu nampak dia lembik sebab tak boleh kalahkan Cerberus seperti mana Aryan boleh kalahkan Pierce dengan sebelah tangan. Ryan tidak sukakan kekalahan.
"That's was fast," komen Hyder.
"Jangan tengok partner Crown Prince sebelah mata," kata Evan. Dia tahu potensi sebenar Ryan.
"He could use his shapeshifters but he refuse. Which I don't get it." Karl bersuara.
"As Crown Prince and Ryan's personal doctor, I know exactly what he hide in his sleeve," kata Raizer sambil menolak cermin mata yang tersangkut di hidung. Matanya memandang statistik tenaga yang digunakan Ryan.
Ryan hanya menggunakan kuasa tanahnya sahaja. Ada dua lagi kuasa yang belum digunakan sepenuhnya oleh Ryan. Rese, seseorang yang bukan asalnya dari Sylvania mempunyai kuasa shapeshifters dan perentas dimensi dari ayahnya. Dan kini Ryan mewarisi semua kuasa ayahnya dan juga mewarisi kuasa belah ibunya yang merupakan seorang puteri di Eatherland.
"Woi!!! Cepatlah!!!" jerit Aryan yang bosan menunggu Ryan yang tidak muncul-muncul.
"Heh!" Kalau Aryan boleh, kenapa dia tidak? Sia-sia dia digelar 'pedang' Aryan kalau dia mengalah begini sahaja.
"Let's the shows begins! Earth Beast!" Seru Ryan. Medan magik muncul di atas tanah. Dari medan magik tersebut muncul kepala perlahan-lahan muncul badannya lalu tangan dan kaki. Ryan terpaksa berundur ke belakang kerana filem yang dia seru sangat besar.
Garghhh!!!
Ngauman dari golem itu memeranjatkan Estelle Knight. Di dalam hutan mereka dapat melihat pokok yang sedang bergoyang dan tumbang satu-persatu. Perlahan-lahan muncul satu raksasa yang menyerupai singa dengan taring yang tajam. Badannya asal daripada tanah, kayu dan batu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.