Langit sudah gelap. Yeri perlahan-lahan membuka matanya. Dia dan Baekhyun baring di atas satu katil. Mereka tidur mengiring. Baekhyun dalam keadaan memeluk Yeri daripada belakang. Kepala Yeri pula diletakkan di atas sebelah lengan Baekhyun. Yeri yang perasan akan posisinya memusingkan badannya ke belakang menghadap Baekhyun dan mengalihkan tangan Baekhyun yang mengalas kepalanya. Risau jika lengan Baekhyun tak berjalan darah. Yeri mengalas kepalanya dengan kedua belah telapak tangannya.
Hidung Yeri dan Baekhyun bersentuhan. Yeri pandang lelaki itu lama. Dia tersenyum. Sebelah tangannya naik dan membelai lembut pipi putih milik Baekhyun. Tenang sahaja muka Baekhyun dalam keadaan tidur. Tidurnya kelihatan lebih lena.
"Baekhyun....."
Yeri terfikir pula pasal penyakit Baekhyun yang menghadapi gastrik. Dia kena makan. Kalau tidak, sakitnya mungkin melarat.jadi, Yeri kejut Baekhyun. Perlahan dia menepuk tubuh sasa milik Baekhyun.
"Baekhyun....bangun....awak tak lapar ke?"
"Hmm..."
Baekhyun tergerak sedikit. Tapi, dia kembali tidur. Yeri berdecit kecil. Dia lagi sekali menepuk Baekhyun.
"Baekhyun, bangunlah.....awak kena makan. Nanti awak gastrik"
Baekhyun perlahan-lahan membuka matanya. Dia tatap mata Yeri. Bibirnya menguntumkan senyuman kecil menandakan dia tidak apa.
"Kalau awak nak makan saya boleh bawakkan"
"Just stay here with me"
Yeri mengangguk kecil akan arahan Baekhyun. Mereka saling bertatapan. Sebelah tangan Baekhyun menyisir rambut Yeri ke belakang telinga.
"Do you miss me?"
Yeri senyum ke arah Baekhyun. Dia mengangguk laju. Baekhyun turut sama menguntum senyuman kecil.
"Sorry....sebab saya awak sakit"
"It is okay. Anggaplah ini sebagai hukuman atas dosa-dosa saya sebelum nih"
"Jangan stress-stress tau. Jangan fikir bukan-bukan. Kalau awak perluka seseorang, saya sentiasa ada untuk awak"
"Ok dear"
Baekhyun memeluk pinggang Yeri dan menarik Yeri dekat ke dadanya. Muka Yeri tersembam pada dada Baekhyun. Setelah beberapa minit, mereka tertidur dalam posisi yang sama.
****
< Yeri POV >
"Auchh......"
Aku terbangun apabila mendengar suara yang seakan mengerang kesakitan. Dah tentu empunya suara itu ialah Baekhyun. Aku buka mata dan melihat muka Baekhyun yang berkedut menahan kesakitan. Lantas, aku terus duduk dari baring.
"Baekhyun, kenapa nih? Awak sakit ke?"
Baekhyun mengangguk perlahan dengan mukanya yang berkerut kesakitan itu. Dia memegang perutnya. Aku dah hagak. Ini mesti kes gastrik.
"Haishhh awak nih. Kan saya dah cakap semalam makan. Tengok sekarang dah kena gastrik"
Aku pun bangun dari katil. Tak sangka aku tidur di hospital malam tadi.
"Saya panggil doktor kejap ehh"
Sedang aku ingin berganjak, Baekhyun memanggil aku.
"Tak payahlah panggil doktor. Tak ada motif pun"
"Motifnya sekarang awak tengah gastrik. Dah, duduk diam-diam"
Aku pun keluar dari bilik Baekhyun dan memanggil doktor. Kebetulan, ada doktor berhampiran di situ. Aku pun memanggilnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Am I In The Contract? (Baekhyun's malay fanfiction)
FanfictionKisah cinta bersaksikan sehelai kertas. "Kontrak tuh perjanjian. Bukan kontrak cinta" Kata Baekhyun tanpa memandang wajah Yeri sebaliknya hanya memandang skrin laptop sambil jejari bermain pada papan kekunci. "Lupakan kontrak" Baekhyun gugup. Dia t...