抖阴社区

Bab 11 - Nyawa ke-3

10 2 0
                                        

Ahiz yang memandu kereta ditemani adiknya itu hanya mengekori kereta abang iparnya sepanjang perjalanan. Hanya beberapa kali sahaja berhenti berehat di R&R. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ahiz mengejutkan adiknya yang sudah pon tertidur lama.

"Adik!"
"Dah sampai ni!"

"Sampai mana abang Iz?
Adiknya masih mamai

"Sampai syurga dik"
Usik Ahiz

"Ish main-mainlah.."
Adiknya menepuk bahu Ahiz

"Eh betol lah..tengok tu pintu syurga kita dah tunggu!"
Terlihat ibun sudah berdiri dihadapan pintu rumah untuk menyambut anak-anaknya.

"Ouhh..dah sampai.."
Adiknya menjawab sambil menggosok mata

"Eh tak! Jauh lagi ni!"
"Dah cepat bangun!"
Ahiz menolak bahu adiknya

Perjalanan yang jauh membuatkan Ahiz sangat letih. Seperti biasa, tidak akan ada yang berani untuk mengejutkan Ahiz bangun dari tidur menyebabkan dia bangun lewat keesokan harinya.

Sanak saudara mula berkumpul. Ahiz mula sibuk menguruskan persiapan untuk majlis adiknya itu.

Nadiah Rania pula kini sudah berada di Istanbul, Turki. Dia langsung tidak menghantar sebarang berita kedapa Ahiz. Kesibukan Ahiz membuatkannya langsung tidak teringat tentang Nadiah yang nun jauh di mata.

"Ahiz!"
"Ada barang yang tak cukup lagi ni!"
Bersuara pakcik saudaranya dari bangsal belakang rumah.

"Haa sekejap!"
Jawab Ahiz yang sedang menuju ke pintu dapur rumah. Diletakkannya barang ditangan ke lantai dan terus menuju ke bangsal.
"Banyak ke yang tak cukup?"

"Banyak! Tapi ni sume barang yang kecik-kecik je.."
Jawab pakciknya itu

"Haa jap!"
Ahiz mengeluarkan telefon dari dalam koceknya lalu membuat senarai barang yang hendak di beli.

Esok merupakan hari pernikahan adiknya. Di kepala Ahiz sering bermain kenangan bersama adiknya itu. Dia juga hampir tidak dapat menerima hakikat bahawa dia terpaksa menyerahkan adik kesayangannya itu kepada seseorang yang sangat mencintai adiknya.

Di pagi hari pernikahan adiknya, Ahiz hampir menitiskan air mata apabila melihat adiknya sedang menggosok baju Melayunya.
Dalam hatinya berkata, 'ni lah baju terakhir aku yang adik gosokkan. Lepas ni dia gosok baju suami dia pulak'
Kerana kebiasaannya, tanpa disuruh adiknya lah yang akan menyediakan pakaian Ahiz untuk hari-hari istimewa.

"Adik!"
"Kau gosok baju siapa tu?"
Tanya Ahiz pura-pura tidak tahu

"Baju abang Iz lah!"
Jawab adiknya selamba

"Eh..kau kan pengantin!"
"Sebok nak gosok baju aku ni Kenape?"
Ahiz berkata dengan nada yang agak tinggi sedikit

Adiknya meletakkan seterika ditangan ke tepi dan terus memeluk Ahiz. Meraka berpelukan dengan erat. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Di kucupnya dahi adik lantas berkata
" dah..adik g mandi!"
"Baju ni biar abang Iz gosok sampai habis!"

"Tak pe lah!"
"Biar adik siapkan"
Degil adiknya sama seperti Ahiz

"Haa! Degil!"
"Cam mane nak jadi isteri solehah ni kalau dengan abang sendiri pun melawan"
Usik Ahiz sambil membesarkan matanya

"Hahahahaa"
"Ala.. abang Iz ni poyo lah!"

"Dah g mandi sane!"
"Lepas mandi, makan!"
"Nanti mak andam datang adik tak makan lagi!"
Ahiz teringat semasa majlis perkahwinan kakaknya dulu. Terpaksa menahan lapar kerana menjadi patung cendana.

Adiknya sudah sah bergelar seorang isteri. Ahiz yang berdiri dihadapan pintu rumahnya hanya melihat pengantin baru yang sedang bersalaman dengan orang tua nya.

Bahu Ahiz ditepuk sepupunya
"Bro! Tahniah dapat adik ipar"

"Eh..Thank you brader!"
Mereka saling bersalaman.

Tangan Ahiz ditarik dari belakang,
"Abang Iz!"

Sejurus Ahiz memusingkan badan, adiknya terus memeluk Ahiz. Dia meletakkan kedua tapak tangannya ke pipi adik kesayangannya itu. Sekali lagi Ahiz mengucup dahi adiknya itu.
"Cantik adik abang hari ni!"
Kata Ahiz sambil tersenyum bahagia. Matanya mula merah kerana menahan sebak.

"Adik sayang abang!"
Itu yang keluar dari mulut adiknya

"Abang sayang adik sampai jannah tau!"
Ahiz menepuk-nepuk manja pipi adiknya.

Air mata adiknya berlinangan
"Dah..jangan nangis, abis make-up!"
"Nanti tak cantik dah adik abang ni!"
Usik Ahiz. Sekali lagi mereka berpelukan dengan erat.

Adiknya dilepas dari pelukkan untuk menyambut tangan yang dihulur oleh ahli keluarganya yang baru itu.
"Bro!"
"Ni adik aku!"
"Nyawa ke-3 aku!"
"Tolong jage dia dan sayang dia lebih dari aku jaga dan sayang dia!"
Ahiz memberi amaran dalam senyuman

Ahiz sangat bersyukur, kerana adiknya telah selamat diijab kabulkan dengan seorang pemuda yang sangat bertanggungjawab dan menjaga agama.

Sepanjang hari, majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Setelah usai berkemas, Ahiz duduk di berandar rumah sambil menghisap rokok. Terlihat Irfan sedang berjalan menuju ke arahnya, tanpa berfikir panjang dia membuang rokok itu.

"Cik Iz buat ape duduk sini sorang-sorang?"
Tanya anak kecil itu

"Tak de buat pape..Cik Iz Saje duduk sini!"

"Abang nak teman Cik Iz duduk boleh?"

"Give me your hug first!"
Ahiz menghulurkan tangan
"Good boy!"
Ahiz mengangkat Irfan dan diletakkan ke pangkuannya.

Ahiz merasa sedikit lega apabila majlis pernikahan adiknya sudah selesai. Tinggal majlis persandingan yang akan berlangsung esok hari. Dia mula teringat tentang Nadiah yang sedang bercuti.

Melihat ke dalam skrin telefonnya tiada jaringan yang tersedia. Diangkat-angkatnya tangan untuk mencari jaringan.
"Yes! Ade pon!"

Ahiz terus membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat pesanan yang diterimanya.
Selesai membalas semua pesanan tersebut, Ahiz melihat pula ke status WhatsApp. Dengan harapan Nadiah ada memaparkan gambar-gambarnya yang sedang bercuti.

Ahiz tersenyum, apabila apa yang diharapkan ada di situ. Hanya sekadar mengintai dari paparan skrin telefon cukup baginya yang sedang terfikirkan tentang wanita itu.

KEESOKAN HARINYA

"Ada sesiapa nampak phone abang Iz!"
Tanya Ahiz kepada adik-adik sepupunya yang sedang leka bermain di ruang tamu. Ahiz yang baru teringat akan telefonnya itu mula mencari

"Abang Iz letak dekat mane?"
Tanya salah seorang dari meraka

"Haa tu lah.."
"Abang lupa, abang letak mane!"
"Semalam abang tido kat sini!"
"Tu yang cari kat sini"
Ahiz duduk di sofa tempat dia tidur semalam

"Cik Iz!"
"Ni telefon Cik Iz kan?"
Irfan menunjukkan telefon Ahiz yang berada di sebelah televisyen.

🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹

Bilakah Nadiah Rania mengutuskan kata rindu?
👉🏻👈🏻

So far korg rase cerita ni mcm mane? Boleh go ke tak??
🤨

Ahiz ShukriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang