抖阴社区

Bab 15 - Biar Masa Yang Menentukan

10 1 0
                                        

Pagi itu, bonda dan anak-anaknya sedang bersarapan diteman ahli keluarga Ahiz. Ahiz yang sudah memahami tugasnya untuk menghantar bonda ke pelabuhan telah bangun di awal pagi.

Ibu yang sangat mengenali sikap anaknya, agak pelik melihat tingkah Ahiz pada pagi itu. Oleh kerana Ahiz tidak suka bersarapan, maka dibiarkan sahaja anaknya membersihkan kereta di garaj.

Selesai membersihkan kereta, Ahiz masuk ke dalam. Terus menuju ke kamar dan mencapai tuala mandi yang tergantung itu. Sedang berjalan menuju ke kamar mandi, langkahnya terhenti. Ahiz menukar langkah mendapatkan bonda yang sedang duduk di hadapan televisyen bersama ibu.
"Bonda!"
"Feri pukul berapa?"

"Jam 4!"
Jawab bonda ringkas sambil menoleh ke belakang memandang Ahiz.

"Haa ok lah.."
"Ibu! Hari ni makan tengah hari awal sikit eh!"
Memandang muka syurganya itu

Ibu hanya tersenyum. Memahami sikap anaknya yang sukar diatur.

"Bonda!"
"Pukul 2 kita gerak!"
Ahiz memberikan jadual. Dia yang tidak mahu menunggu lama mengharapkan bonda faham akan caranya.

"Ok Ahiz!"
Jawab bonda tanda faham.

Senyuman dilemparkan dan terus menuju ke kamar mandi.

Jam ditangan menunjukkan pukul 3 petang. Masih awal untuk bonda dan anak-anaknya. Ahiz membawa meraka semua ke sebuah cafe berdekatan.

Setelah selesai membeli minuman, mereka duduk di meja bulat yang tersedia di sudut cafe itu.

"Bonda!"
"Aku mahu pipis!"
Adik Ovie bersuara

"Aduh!"
"Di mana toilet ya!"
Bonda memusing-musingkan kepalanya mencari tandas.

"Toilet kat belakang sana bonda!"
Ahiz mengangkat tangan menunjukkan arah

"Ayuh!"
"Biar kakak temanin kamu!"
Ovie menawarkan diri

"Ngak usah!"
"Biar bonda aja yang bawa!"
Bonda bangun dari sofa yang empuk itu dan menarik tangan anaknya. Mungkin bonda sengaja mahu Ovie meluangkan sedikit masa bersama Ahiz sebelum meraka pulang.

Bayang bonda tidak lagi kelihatan, Ovie memulakan perbualan.
"Ahiz!"

"Ermm"
Telefon ditangan sedang membalas mesej dari seseorang. Muka Ahiz juga agak serius.

"Aku boleh tahu?"
Memerhatikan Ahiz yang sibuk dengan telefonnya.

"Apa?"
Masih mengadap telefon

"Kamu punya cewek!"
Tanya Ovie dengan nada yang agak gugup

Telefon terus diletak ke atas meja. Menoleh ke arah Ovie. Agak pelik dengan soalan itu, cuba menjawab dengan usikan
"Ada..ramai!"
"Kenapa?"

"Ah..serius lah!"
Tanpa sedari, Ovie telah memaparkan raut wajahnya yang manja.

Ahiz mengumpul senyum. Lalu berkata
"Im single! Why?"

"Jika benar kita dijodohkan, kamu mau sama aku?"
Ovie masih tidak puas hati dengan perkara itu.

Ahiz menarik nafas panjang. Dalam hatinya berkata
'Apa lagi yang dia ni tak puas hati!'
Cuba menjawab tanpa menyakitkan hati Ovie. Walaupun sebenarnya Ahiz sudah muak dengan soalan-soalan berkaitan jodoh. Bagi Ahiz, kunci hatinya telah lama hilang dan tidak mampu untuk membukanya sendiri.
Mengambil telefon di tangan Ovie lalu diletakkan ke atas meja. Jari jemari Ovie yang lembut digenggam lalu berkata
"Kalau itu yang dah tertulis, Insya-Allah I akan terima U seadanya and I will Take care of U as long as I can!"
"Tapi please! Jangan tunggu I!"
"Biar masa yang tentukan segalanya k!"
Dengan serius Ahiz mengeluarkan kata-kata itu.

Ahiz ShukriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang