抖阴社区

8? Sahabat Baik

88 6 0
                                        

Lewat petang itu, Hyewon dan Jimin selamat dikahwinkan. Tiada majlis bersanding. Jauh sekali kenduri besar-besaran. Hanya majlis doa kecil yang diadakan sebagai tanda semuanya berjalan lancar. Tetamu yang dijemput juga hanyalah saudara-mara terdekat dan jiran yang berhampiran. Itu sudah memadai. Lagipun, apa yang sebenarnya terjadi tidak diketahui ramai. Encik Jung sudah berpesan kepada semua yang ada pada malam kejadian supaya tidak menghebahkan hal tu. Apatah lagi membuat tuduhan. Alasan yang diberikan kenapa Hyewon berkahwin tergesa-gesa adalah kerana dia terpaksa mengikut suaminya. Itu saja.

Namun, mulut manusian mana boleh ditutup. Masih juga cerita di atas cerita menjalar di sekitar situ. Pelbagai versi dan tokok tambah juga. Sehingga ada yang menuduh Hyewon sebagai gadis yang rendah moralnya.

Hyewon masih juga begitu. Lebih banyak berdiam dan termenung saja. Sesekali terlihat deras air matanya mengalir, membiaskan rasa gundah di jiwa. Terzahir dalam bentuk itu, walaupun tidak sedikit pun berkurangan rasa sedihnya. Eunha di sebelah pula, tidak putus-putus cuba menenangkannya. Sebagai sahabat baik, Eunha kenal benar keperibadian Hyewon. Hyewon tidak mungkin melakukan perkara yang tidak elok. Itu dia pasti. Dia memang tau cerita di sebalik semua ini sebab Hyewon sering mengadu padanya tentang sikap buruk oppanya, Haechan.

"Hyewon, kau janganlah macam ni. Tak elok kalau suami kau nampak nanti. Apa pula kata tetamu yang datang, tengok kau menangis macam ni. Nanti semua orang tahu kau kena kahwin paksa tau," pujuk Eunha. Dia yang risau melihat keadaan Hyewon begitu. Macam orang patah jiwa. Tiada semangat untuk meneruskan hidup.

"Kau tak berada di tempat aku, Eunha. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Bukan ini yang aku mahukan. Bukan ini, Eunha. Aku tak kenal pun siapa dia. Macam mana aku nak hidup dengan dia?" jawab Hyewon dalam sendu.

Mujurlah hanya mereka berdua dalam bilik ketika itu. Tetamu yang lain sedang menjamah hidangan.

"Aku faham, Hyewon. Memang aku tak berada di tempat kau, tapi apa yang ada di jiwa kau tu aku tahu. Percayalah cakap aku, Jimin oppa tak seperti yang aku sangkakan. Dia baik. Dia boleh jaga kau."

Hyewon mencebik. Ditoleh Eunha sekilas.

"Mudahnya kau bercakap, Eunha. Kau sendiri pun tak kenal dia, kan? Kau pun macam eomma aku, percayakan dia sedangkan kita tak tahu apa yang ada dalam kepala otak dia tu." Ada rasa tidak puas hati pada nada suaranya.

Sungguh, dia tidak mengerti kenapa semua orang menyukai Jimin? Kenapa semua orang menyebelahi Jimin? Apa yang mereka nampak pada diri Jimin? Padanya Jimin hanya mengambil kesempatan. Tidak lebih dari itu.

"Memanglah kita semua tak kenal dia sebelum ni. Tapi, ada baiknya kita tak kenal, tapi tak membawa apa-apa makna dan tak sanggup berkorban untuk kita, Hyewon. Sejak aku jumpa dia, serba sedikit aku dapat menilai dia daripada pandangan kasar aku ni, Hyewon. Aku pasti dia mampu jaga kau. Dia berusaha untuk melindungi kau daripada oppa kau yang macam syaitan tu. Dia nak jauhkan kau daripada Haechan. Kau tak nampak ke semua tu?"

Hyewon melepaskan keluhan kecil. Pandangan ditebarkan lepas ke hadapan. Tanpa haluan. Terasa lelah jiwanya saat itu. Memang dia tidak nampak apa-apa keistimewaan pada lelaki bernama Jimin itu. Jimin baginya sama sahaja seperti lelaki-lelaki lain. Akan mengambil kesempatan terhadap dirinya nanti.

"Kau tahukan prinsip aku, Eunha. Bagi aku, perkahwinan itu hanya sekali dalam hidup. Aku mahukan sebuah perkahwinan seperti yang aku impikan. Dengan lelaki yang aku cinta. Bukan begini, Eunha. Macam mana aku nak hidup dengan lelaki yang aku tak cinta? Dah tu, kitorang dikahwinkan dalam keadaan tergesa-gesa. Ada pula cerita yang tak sedap didengar di sebaliknya.

"Hyewon, apa saja yang berlaku itu, ada hikmahnya. Mungkin impian kau untuk berkahwin dengan lelaki yang kau cinta, tak tercapai. Tapi, siapa tahu kalau Jimin oppa boleh beri kau lebih daripada itu," kata Eunha sambil menarik jemari Hyewon mendarat di pahanya. Dibelek cincin yang baru disarungkan oleh Jimin sebentar tadi. "Kau tahu tak, kata orang cincin perkahwinan itu sebagai lambang ikatan kasih dua hati. Dia mahu aku pilihkan cincin terbaik untuk kau. Hampir semua kedai emas kat bandar tu kitorang redah sehingga dia berpuas hati dengan cincin nikah korang ni. Appa aku pun naik pening masa tu tengok gelagat dia. Kalau orang lain, mungkin main tangkat muat je. Tak ada maknanya nak memilih cincin macam dia. Inilah lambang kasih dia buat kau sebagai isteri dia walaupun korang berdua tak saling mengenali. Berkahwin dengan cara macam ni lagi. Dia menghargai kau, Hyewon."

Hyewon tersenyum sedikit. Direnung cincin perkahwinan hadiah daripada Jimin agak lama. Disentuh permukaan permata yang menghiasinya. Masih hangat terasa bibirnya dikucup oleh Jimin tadi. Kali pertama menerima sentuhan daripada seorang lelaki bergelar suami. Ada rasa sayu di jiwa.

Cara Jimin itu seperti menggambarkan yang mereka berkahwin atas dasar suka sama suka dan bukan kerana terpaksa. Hyewon akui yang keperluan dan persediaan perkahwinan mereka boleh dikira agak sempurna. Tiada cacat celanya. Dia sendiri diberikan satu persalinan lengkap yang cukup cantik. Segala-galanya dia yang tanggung. Tapi, entah kenapa dia masih meragui lelaki itu. Kalau pun ada keikhlasan di hati lelaki itu, pasti kelak dia akan meminta balasan. Itu yang Hyewon fikirkan.

"Hyewon..." panggil Eunha sambil menepuk pahanya, menghapus semua lamunannya. Dia menoleh ke arah Eunha sambil cuba tersenyum. "Aku balik dulu. Dah nak malam ni. Nanti, aku nak balik Seoul semula."

"Cuti kau dah habis, ke?"

"Yup. Aku cuti tiga hari je. Esok, aku ada class. Kau jaga diri baik-baik, ya. Kalau ada apa-apa, kau tahu kan macam mana nak cari aku? Telefon aku, okey," pesan Eunha lagi sambil mengucup kedua-dua pipi Hyewon mesra.

"Aku harap kau bahagia dengan Jimin oppa. Beri peluang untuk diri kau dan dia," bisik Eunha. Kata-katanya penuh bersemangat.

"Terima kasih, Eunha." Itu saja yang mampu Hyewon katakan. Dia memang percayakan Eunha, temannya sejak kecil lagi. Lantas, mereka berpelukan lagi. Kalau itu, Eunha juga menitiskan air mata. Bukan kerana sedih. Tetapi, dia rasa gembira. Dia tahu derita jiwa yang Hyewon lalui selama ini. Berdepan dengan oppa yang sering hilang pertimbangan diri, bukan mudah. Apatah lagi tiada siapa mahu percaya akan cerita-ceritanya. Mungkin, ini jalan terbaik untuk Hyewon meninggalkan kisah dukanya. Biarlah Hyewon merasai apa itu erti bahagia.

Cute ? || Park Jimin ||Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang