抖阴社区

18?Penawar

111 7 1
                                        

"Hai..." kata Jimin.

"Hai..." balas Hyewon juga, sepatah.

Terkedu dia ketika menerima panggilan daripada Jimin. Tidak sangka yang Jimin akan menelefonnya seawal pagi begitu. Tersentak dia ketika mendengar deringan telefon tadi. Maklumlah, dia sedang bermalasan duduk di sofa sehingga mahu terlelap sebenarnya.

"Hyewon tengah buat apa tu?" Jimin bertanya lagi. Tenang suaranya.

"Tak ada buat apa. Duduk-duduk je."

"Dah sarapan?"

"Dah," jawabnya sepatah.

"Sarapan apa pagi ni?"

"Hmm.. Hyewon makan roti dengan jam strawberi je."

"Oh!" Itu saja yang Jimin katakan.

"Jimin tak kerja ke?" Hyewon pula bertanya.

"Jimin kat tempat kerjalah ni."

"Dah tu, kenapa telefon Hyewon ni? Tak ada kerja ke?"

"Kerja tu banyak.."

"Dah tu, ni curi tulanglah ya?"

"Tulang siapa yang Jimin nak curi?" tanyanya sambil ketawa kecil. "Jimin risaukan Hyewon. Tu yang Jimin call."

"Risau?" Berkerut kening Hyewon mendengar itu. "Nak risaukan apa? Hyewon ada je kat rumah ni. Bukan ke mana-mana pun."

"Entahlah Hyewon... Jimin sendiri tak tahu kenapa Jimin jadi macam ni. Rasa macam nak balik jumpa Hyewon sekarang ni."

"Eh! Janganlah Jimin. Kan tengah kerja tu. Siapkan kerja awak dulu tu. Petang nanti, kan awak balik sini jumpa saya."

"Nak tunggu petang, lama sangat." rengek Jimin tanpa sedar.

Hyewon tergelak kecil. Alasan Jimin macam alasan budak-budak tadika yang nak balik jumpa eommanya. Tapi, cepat-cepat ditutup mulutnya agar gelaknya tidak ketara.

"Awak makan malam kat rumah ke nanti?" Hyewon bertanya lagi.

"Hyewon nak masakkan ke?"

"Jimin nak makan apa?"

Jimin sudah tersenyum. Tiba-tiba je moodnya bertukar menjadi ceria. Mendengar suara Hyewon yang lunak dan manja bagai menjana semangatnya untuk kembali. Rasa bertenaga tiba-tiba. Indahnya dunia ini dia rasa.

"Awak nak makan apa?" ulang Hyewon apabila talian senyap seketika.

"Jimin nak makan jokbal. Hyewon boleh masakkan?"

"Boleh... Apa lagi Jimin nak?"

'Jimin nak Hyewon.' Laju hatinya menjawab.

"Tak."

"Okay. Pukul berapa awak balik hari ni?"

"Hmm... dalam pukul 8 malam nanti Jimin sampai, okay."



Jimin masuk semula ke pejabatnya sambil tersenyum simpul. Makin melebar senyumannya apabila perasan yang Jungkook asyik memerhatikannya. Sempat lagi dia bersiul riang bak burung berkicauan, terbang bebas di angkasa. Peluk Jungkook melihatnya. Tadi, bukan main mencuka mukanya. Kata pening kepala. Lepas buat panggilan telefon, terus tersenyum panjang. Hairannya! Senang pula Jimin dapat penawar sakit kepalanya.

"Dah sembuh pening kepala kau tu? tanya Jungkook, lebih kepada memerli sebenarnya.

Jimin tergelak. Lagilah pelik Jungkook rasakan. Kena sampuk ke?

"Dah dapat penawar rindu, baiklah kot," balas Jimin.

"Amboi! Senangnya dapat penawar? Dengan satu panggilan je, dah boleh jadi penawar ke?" balas Jungkook. Makin lebar senyuman Jimin. Ditoleh Jungkook sekilas.

"Mestilah.... dapat dengar suara dia, terus sakit aku hilang. Power kan?"

"Kau ni sakit kepala ke sakit angau? Pelik aku."

Jimin ketawa pula.

Tangannya mula menyambung tugasan yang tergendala sebentar tadi. Jadi bersemangat dia untuk meneruskan hari itu dan tidak sabar untuk menunggu malam tiba. Kepulangannya dinanti. Itu yang penting.

"Kalau macam tu, kahwin jelah. Buat apa nak tunggu lama-lama. Boleh selalu jumpa. Nanti, aku berjangkit pula dengan penyakit kau. Bahaya nanti!"

'Aku memang dah kahwin pun, Kook,' balasnya dalam hati. Jungkook biarkan sahaja Jimin dalam dunianya. Biarlah jika dia mahu tersengih sepanjang masa. Selagi tidak mengganggu sesiapa, tiada apa yang perlu dibimbangkan.





































Biarlah... janji, Jimin bahagia.

Cute ? || Park Jimin ||Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang