抖阴社区

                                        

Ailey membalas pelukkan Helen dengan mata yang bergenang. "I tak sengaja Helen".

"I know..it's not your fault".

______________________

Kaca-kaca yang pecah di atas lantai, Helen kutip berhati-hati dengan tangannya lalu dimasukkan ke dalam tong sampah kecil yang berada dihadapannya. Barang-barang yang jatuh di atas lantai diletakkan kembali di atas rak. Disusunnya satu-persatu dengan teliti.

"Helen....". Panggil Ailey yang sedang memegang bakul berisi pakaian milik Tengku Eray ditangannya.

"Hmm...". Helen menoleh ke arah Ailey yang berdiri berhampirannya.

"Bukan susun macam tu". Ailey bersuara.

Helen mengerutkan dahinya. "Habis tu susun macam mana?".

Ailey meletakkan bakul ditangannya lalu menghampiri Ailey. Barang-barang yang disusun oleh Helen di atas rak dikucar-kacirkan. Kemudian, Ailey mengambil pula beberapa kotak minuman dan plastik yang dibuangnya ke dalam tong sampah yang berada di penjuru bilik lalu diteraburkan di atas lantai. Belum cukup dengan itu, katil Tengku Eray yang kemas juga diubah kedudukan bantal dan cadar agar kelihatan bersepah.

"Ailey...you buat apa ni?". Soal Helen yang hairan dengan tindakan Ailey.

"Buat bilik tuan Mika macam sediakala". Jawap Ailey ringkap.

"Maksudnya?".

"Bilik dia bersepah. Langsung tak kemas sebab tu lah I kemaskan tapi tak tahu pulak dia akan mengamuk. I pun tak faham. Tempat lain dia nak semua kemas tapi bilik dia sendiri bersepah-sepah. Apa masalah dia?".

Helen tergaman.

'Sejak bila bilik awak bersepah ni?'.

'Sejak kau tak ada. Sekurang-kurang bila bersepah aku rasa macam kau ada'.

Mungkin dia tiada dalam fikiran Tengku Eray dan mungkin hati Tengku Eray masih mengingatinya.

Senyuman nipis terukir di bibir Helen. Eray..

______________________

"Maaflah Lina..Ailey tentang perkara tadi. Mak cik betul-betul lupa nak maklumkan pada kamu berdua pasal bilik tuan Mika tu. Memang dia tak benarkan sesiapa masuk bilik dia". Jelas mak cik Laila sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Helen dan Ailey.

"Tak apalah mak cik". Balas Helen sambil menuangkan jus oren ke dalam tiga gelas yang berada dihadapannya.

Ailey mengangguk.

"Betul tu. Perkara dah lepas. Mak cik pun tak sengaja kan?. Kita lupakan aje lah". Kata Ailey sebelum menikmati makanan dihadapannya.

Helen turut mengangguk. Jam ditangannya dipandang. Sudah hampir pukul sepuluh malam. Nampaknya dia perlu balik segera selepas makan. Pasti mak cik Zaima bimbang kalau dia lewat balik.

"Makanlah Lina". Ucap Mak cik Laila sambil melabuhkan punggungnya disebelah Helen.

Sudu dicapai oleh Helen. Baru sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya, tiba-tiba kedengaran nama Helina dipanggil.

"Sorry ganggu". Rayden yang entah dari mana muncul bersuara.

"Tak apa. Tuan Rayden nak apa?". Tanya mak cik Laila lembut.

"Mika, dia suruh Helina ikut dia keluar". Terang Rayden tanpa berselindung.

Sudu ditangan, Helen jatuhkan ke dalam pinggan. "Saya?". Jari Helen tunjukkan ke arah dirinya sendiri.

Rayden mengangguk.

Helen mengalihkan pandangan pada mak cik Laila dan Ailey sebelum memandang Rayden kembali. "Er..kenapa?".

"Saya tak tahu. Dia cuma suruh saya panggil awak".

"Oh..er okay". Putus Helen.

"Kalau macam tu saya tunggu dekat luar lah". Pamit Rayden lalu segera pergi dari situ.

"Er..Lina keluar sekejap. Kalau you nak balik, you balik lah dulu Ailey". Kata Helen lalu segera mengejar langkah Rayden.

Ailey sekadar mengangguk dengan raut wajah yang kehairanan.

________________________

Helen melepaskan keluhan berat. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket sweater lalu tangannya itu digengam erat cuba mengawal perasaannya saat ini. Tengku Eray yang sedang sibuk bermesra dengan beberapa orang perempuan di sofa yang bertentangan dengannya dipandang.

Apa yang Tengku Eray mahukan?. Suruh dia mengikutinya ke club malam semata-mata mahu menyuruhnya melihat dia bermesra dengan perempuan?.

"Mika...cantik tak I hari ni?".

"You makin handsomelah".

"You tahu kan I sayang you?".

"I miss you, Mika".

Membuntang mata Helen apabila melihat Tengku Eray mencium wajah salah seorang perempuan yang berada disampingnya. Berdekatan dengan bibir perempuan itu.

Helen hanya menahan rasa.

"Tak sangka aku dapat jumpa kau dekat sini malam ni". Seorang lelaki tiba-tiba muncul lalu mengambil tempat disebelah Helen.

Helen menoleh. Tersentak dirinya apabila melihat lelaki disebelahnya. Kekasih Gina dulu.

"Saya tak kenal awak". Ujar Helen lalu segera bangun daripada sofa. Namun, lelaki itu bertindak menariknya menyebabkan Helen terduduk kembali di atas sofa.

"By the way, aku tak sempat berkenalan dengan kau. Orang panggil aku Jimmy. Macam dengan kekasih aku tu, dia sihat?".

Helen hanya mendiamkan dirinya. Kekasih tapak kaki dia!. Lelaki tak guna.

Tanpa membuang masa, Helen bangun daripada sofa. Namun belum sempat dia pergi dari situ, laungan Jimmy mematikan langkahnya.

"Perempuan tu dah nak blah, kau tak nak ikut sekali ke Mika?!".

Kelopak mata Helen pejamkan buat seketika. Tangannya digengam kuat. Tubuhnya dipusingkan semula menghadap Jimmy. Dapat dilihat yang wajah Tengku Eray sudah berubah.

"Tak. Tak ada apa-apa". Helen menarik Jimmy menjauh tetapi Jimmy menepis tangannya kasar.

"Kau kenal ke perempuan tu?". Tengku Eray bersuara sambil bangun daripada sofa.

"Tak ada kenal sangat tapi takkan lah kau tak kenal kan?. Dia selalu datang sini dengan kau". Balas Jimmy. "Lagipun, aku memang tak puas hati dengan perempuan ni". Jimmy menjeling Helen sekilas. "Tapi...disebabkan dia dengan kau, aku tak berani nak kacau dia".

"Apa?". Tengku Eray menghampiri Helen.

"Kau hilang ingatan ke apa?". Jimmy memandang Tengku Eray pelik. "Kebanyakan orang dekat sini memang selalu nampak kau dengan dia".

Helen sudah gelisah.

Jimmy bangun daripada sofa. Kedua tangannya ditepuk kuat. Menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain. "Dengar sini. Nampaknya Mika kita ni ada masalah sikit. Dia tak ingat perempuan depan dia sekarang ni. Jadi apa kata kaurang tolong dia, betul atau tak Mika datang sini dengan perempuan tu sebelum ni". Laung Jimmy lantang sambil menunjuk ke arah Helen dan Tengku Eray.

"Haah lah. Muka perempuan tu familiar".

"Aku pernah nampak perempuan tu dengan Mika sebelum ni".

"Dia lah perempuan yang asyik dengan Mika tu".

"Entahlah..rasa macam perempuan tu".

Orang disekeliling mula berbisik-bisik sambil memandang ke arah mereka berdua. Helen pantas menundukkan sedikit kepalanya. Menghalang wajahnya daripada terus dilihat. Dia perlu keluar dari sini.

"Game apa yang kau main ni?". Tengku Eray bersuara dengan nada keras.

Helen mengetap bibir.

Tengku Eray menarik Helen ke arahnya dengan kasar. "Kau bukan saja kena aku sebagai Eray..kau pun kenal aku sebagai Mika. Siapa kau sebenarnya?. Did you know that I lost my memory?!!".

Terkaku Helen disitu.










Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang