抖阴社区

2 : Kim Jaehyun

987 56 8
                                        

Korea
Seoul, 2019
KST 19:54

Meja yang kurang kotor itu aku lap. Sebelah tanganku mengenggam spary kemudian mengelap meja itu. Hari ini hujan lebat, boleh tahan lebat. Jadi, disebabkan hujan agak lebat.. customer kurang hari ini.

Mataku menatap ke arah luar kedai. Hujan masih deras dipermukaan bumi seoul. Tanganku masih lagi mengelap meja.

"Taehyung-ah!"
Aku menolehkan kepalaku menatap ke arah lelaki yang kini menjadi majikanku.

"Iya, Jimin-ssi."
Ujarku.

"Um.. tak perlu formal sangat, panggil jimin hyung je. Lagipun kita dah lama berkawan tae! tak perlu seformal itu lagi." Balasnya aku menganggukkan kepala, bukan apa cuma rasa segan pulak nak panggil jimin biasa.

"Ah, baiklah..hyung!"

"Macam mana dengan jaehyun."

"Ah, nae?"

"Jaehyun putramu tae!"
Ujar jimin.

"Oh, jaehyun dia baik sahaja."

"Baguslah kalau begitu. hyung rindu denganya." kata jimin. Aku hanya tersenyum, jaehyun ada kata kepadanya yang dia juga rindukan jimin. Jimin banyak melayanya. Memanjakanya, walau sebenarnya taehyung tak suka kalau jimin sering-sering memanjakan anaknya.

"Jaehyun pun rindukan hyung juga. setiap hari dia selalu ingin bertemu denganmu hyung!" Kataku lagi. Jimin hanya mengiyakan sahaja.

"Balik, ni hyung hantar tae balik ye! sekali gus hyung nak jumpa dengan jaehyun. Rindu nak peluk dia." Aku hanya menganggukan kepala lalu sambung balik melakukan pekerjaanku.

"Ah, tae!"
aku menoleh semula ke arah jimin-hyung. Lalu dia memberikan sepucuk kertas yang bersampul kepadaku. Aku menatap surat tersebut. Apa yang ada dalam ni.

"Apa ni hyung!"

"Jangan lupa, datang ke majlis perkahwinan aku dengan yoongi." Ucap jimin. Aku membuka isi sampul tersebut lalu melihat kad jemputan itu. Ah, sebentar lagi jimin akan menjadi suami orang. Sebenarnya aku memang dah tahu lama kalau jimin dan yoongi dah bertunang dan mereka akan bernikah tidak lama lagi. Tapi aku tak tahu kalau secepat itu majlis pernikahan mereka.

"Wah, Tahniah hyung! tak sangka secepat ini. Nanti dapatlah tae berkenalan dengan yoongi hyung pasti dia cantik bukan?!" Ujarku dengan berbinar-binar. Semasa pertunangan jimin dan yoongi, aku tak dapat datang sebab jaehyun masuk hospitak akibat demam panas. Jadinya aku tak sempat nak berkenalan dengan yoongi hyung.

Aku harap ada kesempatan aku untuk bertemu dengan tunangan jimin. Tak lama lagi akan menjadi status isterinya jimin. Akhirnya majikanya itu bernikah setelah sekian lama mereka bertunang.

"Terima kasih.. tae!"
ucap jimin. Lalu memeluk tubuh taehyung dengan erat. Taehyung membalas dengan menepuk-nepuk bahu jimin pelan.

"Sama-sama hyung! tae akan datang ke majlis perkahwinan hyung." kataku. Jimin tersenyum gembira. Aku turut gembira. Mungkin lepas ini, jimin akan ada tanggungjawab yang lebih besar, iaitu menjaga isterinya. Mungkin lepas ini, jimin dah tak boleh selalu jenguk jaehyun. Nanti apa pula kata yoongi hyung.

Aku menyambung semula pekerjaanku. Dan tak lama selepas itu, tubuhku seakan seperti ada yang menolak. Aku menoleh ke sisiku dan aku nampak figura seorang perempuan yang aku kenal.

pulak aku tak kenal, Jung Eunha.. Hah! perempuan tu mesti ada je yang dia nak cari pasal dengan aku. Sebenarnya dari awal aku kerja dekat sini, dia memang tak suka dengan aku. Entah atas dasar apa yang dia tak suka aku.

"Hei..!"
Aku memandang ke arahnya.

"Ada apa, eunha-ssi."
Sapaku kembali. Walau sebenarnya cara dia sapa aku memang tak sopan langsung. Tapi nak buat macam mana, aku kenal perangai dia tu.

"Kau asal peluk jimin oppa!"
Ujarnya dengan nada yang tidak berpuas hati. Aku terdiam, dia ni selalu menjadi mata-mata antara aku dan jimin. Aku dan jimin tak ada hubungan apa apa pun, melainkan kawan sahaja. Tapi perempuan ni seboleh-boleh akan fikir yang aku ni ada affair dengan jimin hyung!

Alasan yang selalu perempuan ni pakai ialah dia adalah mata mata bagi yoongi hyung iaitu tunangan jimin. Aku tak ada niat nak rampas jimin pada yoongi. Walau sebenarnya aku tak kenal pun yoongi tu. Tapi aku tahu dia tunang kepada jimin. Dan apa hak aku nak halang. Satu lagi aku memang tak ada apa apa perasaan yang special dengan jimin.

"Haish, peluk kawan pun salah ke?"
Balasku. Dia menggeram mungkin dia marah sebab aku balas dengan dengan kata kata. Kebiasaanya aku tak pernah jawab kalau dia tanya. Lebih tepatnya aku diam, tak nak keruhkan keadaan katanya.

"Kawan kau kata! kau tahukan jimin oppa tu dah tunang. Dan tunang dia tu kawan aku yoongi. Jangan sampai aku bagitahu yang kau cuba untuk rampas jimin dari dia."

"Ya Tuhan! eunha-ssi.. saya tak pernah nak rampas jimin dari yoongi pun. Saya tahu jimin akan bernikah tak lama lagi. Saya cuma anggap dia tu kawan saya sahaja." Ujarku. Gadis itu berdecit tak terima apa yang aku katakan tadi. Mungkin dia akan cakap yang aku beralasan atau pura-pura tunjuk baik kononya.

"Ck! Alasan.. aku peringatkan kau jangan dekat dengan jimin lagi. Kalau kau dekat, kau akan tahu langit tu tinggi ke rendah."  Katanya kemudian berlalu pergi. Aku hanya mengeluh nafas dengan berat. Adakah aku ni perosak bagi sesebuah hubungan. Padahal aku tak ada niat, tapi orang selalu kata yang aku nak rampas milik diorang.

;

Aku pulang ke rumah dengan jimin. Maksud aku, jimin hantar aku balik ke rumah. Yeah, sebab jimin nak jumpa dengan jaehyun.

Pintu itu dikuak lalu aku berjalan masuk ke dalam. Aku nampak jaehyun masih belum tidur, kini dia sedang menonton televisyen sambil berbaring dan berselimut tebal sebab hujan tadi.

"Ah, Mama!"
teriak namja manis itu lalu belari ke arah sang ibu. Aku menyambut putraku dengan pelukan yang hangat.

"Jaehyun dan mandi sayang!" tanyaku. Jaehyun menganggukan kepalanya dengan cepat. Pandanganya teralih kepada jimin yang berjalan masuk ke dalam rumah flat kami.

"Jimin ajusshi!"
Teriaknya kemudian beralih pada jimin yang sedang menghampirinya.

"Jaehyun rindukan ajusshi.." lirihnya. Jimin menganggukan kepalanya lalu mengusap kepala anak itu dengan lembut. Dia juga rindukan jaehyun. Cuma waktu yang memisahkan mereka.

"Ajusshi, pun rindukan jae!"
Kata Jimin. Kemudian jimin menghulurkan kantung plastik makanan ke arah jaehyun. Jaehyun mengambil plastik itu dan melihat isi didalamnya.

"Wah, ajusshi belikan makanan. Tahu tahu je kalau jaehyun tengah lapar sekarang ni." ujar jaehyun dengan mata yang berbinar lalu mengeluarkan makanan itu dan menyambarnya tanpa berkata apa apa. Aku hanya melihat gelagat anaknya.

Jimin tak berhenti tersenyum kepada jaehyun.

"Terima kasih ye hyung!"
Ucapku. Jimin dah banyak menolong kami berdua. Entah aku tak tahu macam mana nak balas jasa dia. But aku bersyukur aku dikurniakan bertemu dengan orang yang berhati mulia seperti Jimin.

"Tak payahlah berterima kasih. Hyung dah anggap jaehyun macam anak sendiri." Balas jimin. Aku hanya tersenyum gembira. Mataku melirik je arah jaehyun.

"Jaehyun, kata apa dekat ajusshi?"

"Thank You ajusshi Jimin." Ucap jaehyun. Jimin tertawa melihat karenah jaehyun. Lalu membalasnya dengan pelukan.

"Your Welcome, makan yang banyak biar cepat besar."

Tbc.

Ada yang nak suruh saya update lagi tak? cerita ini. Nak saya teruskan or stop!

[?] ?????? ???? ????+????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang