抖阴社区

30. Marriage [Ending] ?

787 52 3
                                        

Wedding Jeon Jungkook
&
Kim Taehyung



Taehyung berasa gugup lain macam harini. Apa taknya, harini adalah hari perkahwinanya bersama orang yang ia cinta. Taehyung berasa seperti semua ini adalah mimpi belaka. Tak menyangka bahawa dia akan menikah dengan jungkook.

Lebih tepatnya hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Kalau di ingatkan dahulu, sangatlah perit kehidupan taehyung. Tapi mulai hati ini hidupnya akan berubah kalau dahulu ia hanya hidup berdua dengan jaehyun anaknya. Tapi hari ini dia akan hidup bertiga iaitu adanya jungkook sebagai pelengkap kehidupanya.

"Tae.." terkejut bukan main rasanya saat bahunya ditepuk pelan oleh sang bakal ibu mentua.

"Ah, kamjagiya.. mama.."

"Mian, mama kejutkan kamu ye.." taehyung mengelengkan kepalanya menarik lengan sang bakal ibu mentua untuk dipeluk erat. Entah kenapa taehyung rindukan pelukan hangat ibunya.

"Kenapa ni taehyung.." ujar wanita paruh baya itu. Taehyung sekali lagi mengelengkan kepala sambil mencari nyaman dalam dakapan wanita itu.

"Tae cuma rindukan mendiang eomma.. andai dia ada saat ini.. pasti dia orang pertama yang gembira lihat tae bernikah dengan jungkook.." Entah kenapa hati wanita jeon itu berasa sebak. Dadanya begitu sesak saat taehyung mengatakan bahawa dia begitu rindukan ibunya.

"Maafkan mama.. tae.."

"Aniya.. bukan salah sesiapa pun. Semua ini sudah menjadi ketentuan takdir. Tae terima dengan hati yang ikhlas dan redha."

"Kamu betul-betul anak yang baik taehyung.. mendiang eomma kamu pasti merasa bangga dengan kamu nak. Mempunyai anak setulus kamu." ucap wanita itu sambil mengusap-usap rambut taehyung. Hati taehyung begitu murni mudah memaafkan dirinya yang begitu banyak melakukan kesilapan.

"Taehyung sekejap lagi majlis dah nak mula. Mari kita turun, jungkook dah tunggu dekat bawah sana."

"Ah, baiklah.." saat taehyung bangkit berjalan keluar dari dress up room. Taehyung melihat penampilan jaehyun yang begitu terlihat berbeda. Dengan rambut yang ia sisirkan ketepi membuatkan anaknya itu terlihat semakin kacak.

"Mari, hyunie pimpinkan mama." ujarnya pelan sambil menghulurkan tanganya yang kecil. Taehyung terkekeh melihat itu lalu menyambut huluran jaehyun kemudian dipimpin sehingga ke hadapan jungkook dan sang pendeta.

"Baiklah, hyunie akan serahkan mama pada daddy. Tapi daddy kene ingat, jangan sakiti mama cintailah ia sepenuh hati. Kerana mama begitu berharga bagi hyunie."

"Baiklah, Encik Jeon Jaehyun." Kata jungkook membuatkan para tetamu yang hadir turut tersenyum melihat mereka berdua.

Jaehyun belari ke arah sang nenek yang duduk dihujung sana. Melihat upacara majlis mengangkat sumpah dan janji.

"Saudara Jeon Jungkook adakah anda bersedia menerima Kim Taehyung sebagai pasangan anda. Menerima baik buruknya mahupun kekurangan dalam dirinya. Menjalani kehidupan mahu susah atau senang." Ujar sang pendeta.

"Iya, saya Jeon Jungkook bersedia menerima Kim Taehyung sebagai pasangan hidup saya. Menerima baik buruknya mahupun kekurangan dalam dirinya dan menjalani kehidupan mahu susah atau senang." Balas jungkook yang kini menatap taehyung dihadapanya.

[?] ?????? ???? ????+????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang