抖阴社区

》008《

124 27 26
                                    


"Awak sure nak balik rumah awak ni?" Jungkook menyoal.

Risau sekiranya Jaemin dipukul lagi.

Jaemin menganggukkan kepalanya. Lagipun, dia sudah tiada baju.

Dia juga tidak mahu dihina oleh Jimin. Kata-kata Jimin itu boleh membuatkan dia tidak tidur seharian.

Kata-katanya yang berbisa membuatkan dia terduduk dan tidak mampu untuk bangun lagi.

Walaupun berulang kali dia menafikannya.

Dia akhirnya akan mengalah dengan kata-kata Jimin.

Biarlah dia pulang ke rumah dan diseksa lagi. Setidak-tidaknya dia tidak akan berasa sakit hati mendengar tuduhan tidak berasas dari Jimin.

Melihatkan Jaemin yang sudah nekad itu Jungkook mengalah.

Jauh di sudut hatinya dia amat bimbang dengan apa yang bakal ditempuhi oleh Jimmy.

"Awak nak saya hantar?" Jungkook menyoal lagi.

Jaemin mengeleng.

Sekiranya dia dihantar oleh Jungkook, adiknya akan berasa marah dan mungkin dia akan dipukul lebih teruk lagi.

Jungkook mengangguk. Dia terpaksa akur dengan kehendak Jaemin. Tangannya menggenggam tangan Jaemin erat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan tangannya.

"Walau apapun yang terjadi, saya nak awak terus kuat... jebal... jangan banyak menangis dan buktikan awak kuat... lawan orang yang buat awak terseksa... jebal... " Jungkook menarik Jaemin ke dalam dakapannya.

Air matanya mengalir lagi buat gadis bernama Jaemin ni. Dia tidak sanggup melihat gadis ini terseksa.

Secara jujurnya dia tidak tahu perasaan apa ini. Apakah sekadar rasa kasihan buat gadis itu atau ianya perasaan lain?

Pelukan itu dieratkan lagi. Kedua-duanya mengalirkan air mata.

"S... ssa... saya tak tahu nak lawan macammana kook... ss... ssaa... saya lemah sangat... tsk... tsk... " pelukannya pada Jungkook longlai.

Hampir saja dia terjatuh.

Ke mana perginya keberanian yang dahulu menjadi miliknya?

"Ss... sssa... saya tak kuat Jungkook...ss... saya tak berani melawan... " Jaemin meraung lagi.

Belakang bahu Jaemim ditepuk perlahan. Membiarkan perempuan itu meluahkan perasaannya.

"Meraunglah Jaemin, lepaskan kemarahan kau pada aku... lepaskannya!" Jerkah Jungkook lagi.

Bibirnya laju menyentuh bibir munggil milik Jaemin.

Tangannya mengusap rambut Jaemin yang sudah serabai itu.

Tindakannya jelas membuatkan Jaemin terkedu.

Air matanya masih lagi mengalir meskipun tindakan Jungkook adalah di luar jangkaannya.

"Jebal... lepaskan kemarahan kau pada aku!" Jungkook menempik kuat.

Apa semua ini Jungkook?

Bagaimana seorang gadis yang dilindungi dan dijaga dengan baik oleh kau mampu untuk melepaskan kemarahannya pada kau?

"Biarkan aku merasai sedikit kesakitan yang kau rasa Jaemin," Jungkook bersuara lirih.

Jaemin yang memerhatikan tindakan Jungkook itu hanya mendiamkan diri.

Kesakitan itu biarlah dia seorang yang merasakannya. Orang lain tidak perlu dan tidak layak disakiti.

"Mianhae, Jungkook... sakit ini hanya untuk aku," sambil tersenyum Jaemin melekapkan bibirnya pada Jungkook.

[C]  If You Were MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang