抖阴社区

》011《

145 27 27
                                    


Pusara Jungkook itu diperhatikannya.

Tenanglah kau di sana Jungkook

Jimin mengeluh kecil. Sungguh di hatinya menggunung dengan perasaan serba-salah.

Kerana sikap egonya dia telah mengheret Jungkook kepada maut. Dan sekarang dia tidak tahu ke mana Jaemin menghilang.

Dia meletakkan mawar putih pada pusara Jungkook sebelum keluar dari kawasan perkuburan.

Teringat kembali pada surat yang diberikan Jungkook oleh adik Jungkook iaitu Sarang.

Annyeong!

Jimin-hyung, aku selalu berasa tak sedap hati sejak kebelakangan ni. Seolah-olah aku dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku nanti.

Aku ingin beritahu kau. Jaemin atau nama sebenarnya Jimin itu langsung tidak seperti yang kau sangkakan.

Dia teraniaya hyung.

Aku dah tahu semuanya.

Kau tahu? Hari dimana kita terserempak dengan dia dalam keadaan dia tercedera?

Aku nampak semuanya hyung.

Kau tahu kenapa dia tidak beritahu kita?

Semuanya sebab dia takut kau akan sakitkan hati dia dengan kata-kata. Dia tahu yang kau takkan pernah percaya pada dia.

Gadis yang kau katakan cantik dan baik adalah puncanya. Adik angkat dia si Park Aeri.

Kenapa aku beritahu kau semua ni hyung?

Sebab aku mahu kau menjaganya dengan baik. Dia dah terlalu banyak merasai kesakitan

Andai kata, apa yang dirasakan aku ini betul.

Jaga dia untuk aku hyung.

Golden Maknae,
Jeon Kookie 😉💕

Jimin mengenggamkan tangannya erat. Dia tidak nampak ke mana menghilangnya gadis itu saat ini.

Gadis itu juga tidak menghadiri upacara pengebumian Jungkook.

"Aku akan jaga gadis itu untuk kau, Jeon Jungkook,"

🔸🔸🔸

Jimin menelan air liurnya berat. Sungguh dia panik saat ini.

Matanya masih lagi fokus pada gadis yang sedang berdiri di atas rooftop itu.

Orang ramai sudah riuh rendah melihat kejadian itu. Masing-masing tidak tahu mahu melakukan apa-apa.

Mereka hanya memerhati dari jauh pihak bomba yang sedang cuba memujuk gadis itu supaya tidak membunuh diri.

"Korang buat apa lagi? Pergi carikan tilam supaya gadis ni selamat!" Jimin menjerit lagi.

Sungguh dia risau. Ini kerana yang sedang cuba untuk membunuh diri itu adalah Jaemin.

Dia sudah berjanji dengan Jungkook untuk menjaga gadis itu, namun gadis itu sekarang dalam cubaan untuk membunuh diri.

Jaemin dapat memerhati semuanya dari atas.

Dia juga dapat melihat wajah kelat dan panik milik Jimin.

Hatinya sekarang seakan sudah mati. Fikirannya teringat pada Jungkook, teringat pada ibu bapa kandungnya.

Menurut fikirannya yang berkecamuk dengan masalah sekarang, dia harus mengikut jejak langkah Jungkook dan ibu bapa kandungnya.

Apa sahaja yang dikatakan oleh bomba itu langsung tidak didengarinya.

[C]  If You Were MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang